Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Ikuti 6 langkah ini!

Susu yang diperlukan oleh bayi, kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi untuk tumbesaran membabitkan golongan terbabit. Ini adalah sajian sihat lengkap dan seimbang yang memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan golongan itu. Tetapi benarkah susu punca anak hiperaktif dan kurang selera makan?
Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Ikuti 6 langkah ini!
Sebenarnya ia  kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi yang menjadikannya sebagai hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak

Pengambilan berlebihan memudaratkan hati

Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Ikuti 6 langkah ini!

Pengambilan susu berlebihan dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah buah pinggang yang membabitkan keadaan hiperpotasium, hiperfosfat dan hipercalcium boleh memudaratkan lagi kesihatan buah pinggang dan keseimbangan elektrolit dalam badan pesakit.

Justeru, sebelum minum susu, pesakit terbabit perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai pemakanan atau doktor sekiranya mahu mengambil susu dalam kuantiti yang melebihi standard hidangan sehari.
Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Ikuti 6 langkah ini!
Tiada kajian menunjukkan individu mudah terdedah kepada penyakit berjangkit sekiranya tidak pernah meminum atau kurang minum susu, melainkan susu yang diambil sudah tercemar. Penyakit berjangkit yang juga penyakit bawaan boleh dijangkiti menerusi bawaan air, udara, sentuhan secara langsung dan juga tidak langsung.
Seseorang boleh terkena penyakit berjangkit bawaan air atau sentuhan secara langsung sekiranya susu yang hendak diminum sudah mengandungi kuman dan bakteria yang membahayakan

Info Susu

Susu kambing besar manfaatnya!

Susu daripada mamalia yang mempunyai kelenjar susu termasuklah manusia, lembu, kambing, unta, kambing biri-biri dan kerbau, tetapi yang paling popular ialah susu lembu.

Antara susu lembu dan kambing:

  • Kandungan laktosa, lemak dan protein adalah adalah lebih kurang sama
  • Bezanya adalah saiz lemak dan pecahan asid amino (protein) yang terdapat dalam susu kambing lebih kecil berbanding lembu
  • Susu kambing mudah dihadam
  • Berbanding susu lembu dan kambing, susu biri-biri dan kerbau mengandungi kandungan protein dan lemak lebih tinggi.
  • Rasa susu setiap haiwan berbeza.

Susu di Malaysia

Susu Fresh Milk Mana Satu Nak Pilih Untuk Bayi? - Islam Itu Indah

Lambakan produk susu dengan pelbagai jenama di pasaran sedikit sebanyak membuatkan ramai ibu bapa di luar sana mula runsing untuk membuat pilihan. Tak kurang juga, ada pula yang langsung tak ambil peduli tentang kandungan di dalamnya.
Baru-baru ini kami berpeluang menemu ramah seorang doktor perubatan iaitu Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman berkenaan topik pemilihan susu untuk seisi keluarga. Ini antara tips dan fakta yang beliau kongsikan untuk anda!

1. Jenis-jenis susu

Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Ikuti 6 langkah ini!

Susu mengandungi nutrisi yang baik dan anda disarankan untuk minum setiap hari. Sememangnya susu segar adalah pilihan yang terbaik, namun ia mungkin kurang sesuai bagi sesetengah orang yang perlu berjimat dan tak punya masa untuk mendapatkannya dengan kerap kerana susu segar biasanya lebih cepat rosak.

Menurut Dr. Suriyakhatun, tak salah jika anda cuba mendapatkan nutrisi melalui susu yang telah diproses seperti susu UHT. Walau bagaimanapun, susu jenis ini sudah dipanaskan pada suhu yang tinggi dan khasiatnya telah berkurangan kecuali jika ia diperkayakan dengan nutrien penting dalam prosesnya.
Secara alternatifnya, ibu-ibu boleh memilih susu tepung seperti full cream kerana ia merupakan susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying. Proses ini mengekalkan kebanyakkan nutrisi semula jadi dalam susu tersebut.

2. Full cream susu paling ideal

Segelas susu penuh krim atau full cream mengandungi peratusan lemak yang paling banyak, iaitu sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim
Walaupun ramai yang ‘takut’ dengan lemak, namun susu inilah yang paling sesuai untuk anak kecil kerana mereka memerlukan kandungan asid lemak yang terkandung di dalamnya bagi perkembangan optimum tubuh.
Paling menarik, susu jenis ini jugalah yang sesuai digunakan untuk dicampurkan ke dalam kopi untuk menghasilkan kopi susu ala barista. Kalau anda jenis tak suka minum susu, boleh cuba cara ini. Sedap tau!

3. Susu penuh krim – kandungan kebaikan semula jadi dan tidak menggemukkan

Apabila ditanya sama ada susu full cream menggemukkan, Dr. Suriyakhatun dengan pantas menjawab ‘tidak’. Menurut beliau, susu memang boleh menambah berat badan seseorang tapi hanya apabila ia diambil secara berlebihan dan tidak terkawal.
Misalnya setiap kali selepas makan nasi atau mengambil makanan berat, anda terus minum susu. Amalan ini sesuai untuk orang kurus saja. Tambah Dr. Suriyakhatun lagi, susu full cream sebaliknya mempunyai khasiat lebih lengkap berbanding pilihan susu lain yang berada di pasaran.
Jadi, sebenarnya anda tak perlu risau pun soal berat badan kerana sebenarnya banyak lagi makanan lain yang boleh menggemukkan. Tambahan pula, kandungan nutrisi dalam susu full cream adalah kandungan semula jadinya.

4. Pengambilan gula berlebihan punca anak hilang selera makan

Menurut Dr. Suriyakhatun, berdasarkan pemerhatian beliau, boleh dikatakan kebanyakan minuman dan makanan yang berada di pasaran Malaysia mengandungi gula, perisa dan bahan tambahan lain.
Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak yang diberi makanan dan minuman dengan kandungan gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan mereka cepat hilang selera makan, susu punca anak hiperaktif dan berisiko mendapat pelbagai masalah lain termasuklah alergi, penyakit kulit dan kerosakan gigi.
Oleh kerana susu merupakan sebahagian diet penting kanak-kanak, Dr Suriyakhatun berulang kali menyarankan jenama Fernleaf Full Cream sepanjang sesi temu bual dengan beliau. Menurut beliau, selepas membuat semakan label satu persatu, setakat ini hanya produk ini saja yang diyakini yang paling sedikit mengandungi bahan tambahan lain
Beliau juga sempat berseloroh yang beliau sebenarnya secara tidak sengaja pernah mempromosikan jenama susu Fernleaf Full Cream ini dalam satu perkongsiannya di facebook. Namun, Dr. Suriyakhatun berpendapat mencadangkan sesuatu produk yang baik kepada masyarakat itu juga sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.

5. Susu ibu adalah susu yang paling bagus!

Susu Fernleaf Full Cream 1-3 Tahun [Review susu kanak kanak]

Jika sebelum ini si kecil minum susu badan ketika bayi. Tahniah! Ibu telah membuat satu pilihan yang paling baik untuk anak. Menurut Dr. Suriyakhatun, susu ibu mempunyai nutrien mengikut keperluan tepat berdasarkan usia bayi dan ia memiliki antibodi yang tidak ada di dalam susu formula.
Pemberian susu ibu bukan saja mencukup­kan semua zat yang diperlukan bayi untuk membesar, malah ia juga meningkatkan sistem pertahanan bayi. Teruskan memberi susu ibu selama mungkin. Walaupun begitu, ramai ibu mulai mencari gantian untuk susu ibu apabila anak mencapai umur 1 tahun kerana kekurangan susu badan.
Ibu-ibu boleh memberikan susu jenis full cream seperti Fernleaf. Lagi bagus jika ibu terus ajar mereka minum susu dalam cawan atau gelas saja kerana ia lebih elok berbanding amalan penggunaan botol susu.

6. Semak label sebelum beli

Tips seterusnya sewaktu nak pilih susu untuk keluarga ialah lihat saja di bahagian label dan pilih susu yang paling pendek senarai ramuannya. Untuk dapatkan lebih kepastian. Senarai kandungannya lebih pendek berbanding susu lain.

Buat pilihan terbaik untuk keluarga!

Jadi ibu sekalian, adakah anda sudah memilih susu yang terbaik untuk anak anda? Jangan jadikan susu punca anak hiperaktif dan kurang selera. Apa yang pasti, jika ingin membeli susu, sentiasalah periksa labelnya dulu ya!

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.