Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Anak Menangis Tanpa Henti Waktu Malam Sebab Kembung Perut, Apa Nak Buat?

Anak menangis tengah malam itu perkara biasa namun, sekiranya menangis tanpa henti hampir setiap malam, anak anda berkemungkinan sedang mengalami kembung perut.

Apa itu kembung perut?

Menurut maksud perubatan, kembung perut itu adalah di mana anak anda menangis secara berlebihan, kerap berlaku dan lama yang terjadi pada seorang bayi yang sihat. Anak anda selalunya akan menangis melebihi 3 jam sehari, melebihi 3 hari seminggu dan perkara ini terjadi sekurang-kurangnya paling sekejap dalam masa seminggu.

“Kembung perut sering berlaku pada bayi berusia beberapa minggu sehingga lebih kurang 3,4 bulan namun, ia juga boleh berlanjutan sehingga bayi berusia 6 bulan.”

Kembung perut tiada kesan jangka masa panjang. Anda hanya perlu lalui tempoh tangisan yang lama dari anak anda, selain daripada itu tiada apa yang perlu anda risaukan.

Apa Yang Menyebabkan Kembung Perut?

Sebenarnya, tiada punca yang tepat bagi kembung perut. Ia mungkin terjadi kerana kesakitan abdomen, perubahan paras hormon dalam usus, ketidakserasian pada susu, ataupun gas terperangkap dalam badan. Namun punca-punca ini mungkin hanya berlaku dalam 15%-20% pada bayi, selebihnya tiada punca tetapi hanya tangisan yang lama.

Apakah Simptom-Simptom Kembung Perut?

Setiap bayi sememangnya unik dan mempunyai kelakuan tersendiri, namun kembung perut selalunya dipengaruhi dengan beberapa karakter di bawah;

  • Menangis melebihi 3 jam sehari.
  • Tangisan yang sukar ditenangkan dan berpanjangan – tangisannya akan berbunyi keras dan lain berbanding tangisan bayi yang biasa.
  • Tangisan selalunya memuncak pada lewat petang hingga ke malam.
  • Muka bayi anda akan kemerah-merahan semasa menangis.
  • Bayi anda akan menggenggam tangan mereka dan mengangkat kakinya hingga ke atas perut.

Jika anda risau tangisan anak anda itu bukan disebabkan oleh kembung perut tetapi sakit yang lain, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Jika Anak Anda Mengalami Kembung Perut?

Sejujurnya, tiada rawatan yang spesifik untuk kembung perut kerana setiap bayi bertindak balas secara berbeza dengan setiap alternatif anda untuk hentikan tangisan mereka. Di sini kami sertakan beberapa alternatif yang berjaya menenangkan tangisan bayi lain yang mungkin boleh membantu menenangkan bayi anda juga;

Cara Memegang Bayi

  • Angkat bayi anda, balutkan badan mereka dengan bedung dan letakkan dalam buaian.
  • Dukung bayi anda dengan posisi yang berbeza sebagai contoh di bahu, dipeluk dalam lengan, baringkan mereka dengan perut ke bawah di atas lengan anda.
  • Bedung: Sentiasa bedungkan anak anda kerana mereka berasa selamat dan selesa di dalammnya.
  • Hayunkan anak anda dalam pelukan anda secara perlahan.
  • Dudukkan anak anda semasa sedang menyusukan mereka untuk mengelakkan mereka mudah tertelan udara.
  • Sendawakan bayi anda sejurus selepas anak anda selesai meminum susu.

Penyusuan:

  • Ada ibu bapa menyarankan ibubapa untuk menggunakan botol susu dengan aliran laju jika anda menyusukan anak anda menggunakan botol bagi mengelakkan anak anda menghisap udara.
  • Sendawakan anak anda selepas meminum susu.
  • Jangan kerap tukar susu formula melainkan dinasihatkan oleh doktor.

Persekitaran:

  • Ada ibu bapa mencadangkan untuk tidak kerap mengangkat dan meletakkan anak anda. Anda juga boleh cuba biasakan anak anda untuk letak dalam persekitaran yang senyap.
  • Tolak anak anda dalam stroller atau pandu mereka dalam kereta kerana bayi sukakan pergerakan.
  • Gunakan bunyi white noise: Mesin basuh, vacuum cleaner, bunyi radio yang statik.
  • Anda boleh tuam perut anak anda dengan tuaman yang suam juga.

Pemakanan jika anda menyusukan anak anda;

  • Elakkan minuman yang berkafein, beralkohol dan memakan makanan yang terlampau pedas. 

Bila Anda Perlu Ke Hospital?

Jika anak anda berkelakuan seperti di bawah, segera bawa berjumpa doktor;

  • Tangisan yang lemah, nyaring dan berterusan.
  • Lembik ketika diangkat oleh anda
  • Tidak mahu minum susu.
  • Muntahkan cecair hijau.
  • Mempunyai darah pada najis.
  • Demam melebihi suhu 38°C ke atas (jika berusia 3 bulan ke bawah) atau 39°C ke atas (jika mereka berusia 3-6 bulan)
  • Ubun-ubun timbul
  • Serangan sawan
  • Bertukar kebiruan, atau sangat pucat.
  • Mempunyai masalah pernafasan, seperti pernafasan laju atau meneran semasa bernafas.

Cara Tenangkan Diri Semasa Tangisan Berpanjangan Anak Anda

Mencuba namun gagal untuk menenangkan bayi yang sedang menangis adalah perkara yang menekankan perasaan anda. Anda perlu sentiasa ingat, kembung perut pada anak anda bukanlah salah anda dan anda bukanlah ibu bapa yang tidak bagus apabila anda tidak berjaya menenangkan anak anda.

Sekiranya anda benar-benar tertekan, tidak mengapa untuk letakkan anak anda di mana-mana tempat yang selamat dan rehatkan diri anda 5-10 minit sebentar. Jangan lupa minta tolong pada orang sekeliling untuk sokongan moral dan bantuan fizikal jika anda memerlukan.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping