Anak Anda Asyik Merengek? Jom Tangani Masalah Tersebut Dengan 6 Rahsia Ini!

Adakah anak-anak anda patut dapat apa yang mereka mahu hanya dengan merengek? Semestinya tidak. Adakah anak-anak anda patut belajar bahawa dengan mengemukakan hujah yang baik, mencuit hati, bijak berkata-kata, baru layak menerima apa yang mereka mahu? Semestinya! Sememangnya anak-anak anda boleh pergi jauh dalam hidup jika mereka sudah dididik dari awal.

Tetapi, bagaimana mahu membantu mereka untuk menguasai kemahiran ini?

Merengek adalah perkara biasa antara kanak-kanak. Ibubapa selalunya akan sentiasa menasihati anak-anak untuk bercakap dengan elok kerana mereka sendiri tidak tahan mendengar rengekan anak mereka. Tetapi, untuk pengetahuan anda, rengekan adalah isu dalaman anak anda. Jadi sekiranya anda ingin mereka berhenti merengek, anda harus tahu punca-punca anak anda merengek.

Di bawah ini kami sertakan punca-punca anak anda merengek. Moga dapat membantu anda semua.

1. Merengek kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam diri mereka.

Apabila manusia merasa terlampau banyak benda yang perlu mereka lalui, mereka akan mula merengek. Ada kanak-kanak yang akan menunjukkan ‘tantrum’, dan apabila semakin dewasa mereka akan kerap merengek dan menangis. Pertama sekali, penuhi keperluan asas mereka seperti makanan, waktu rehat, waktu bermain dan waktu bersama dengan anda.  Dengan memenuhi semua keperluan ini, mereka akan kurang merengek. Ingat, jangan cipta suasana yang boleh membuatkan anak anda merasa negatif.

2. Merengek kerana anak anda memerlukan perhatian.

Sentiasa penuhkan tangki emosi anak anda. Pastikan anak anda menerima perhatian yang sepenuhnya. Pernahkah anda sendiri kerap bertanya kepada pasangan anda, “Awak sayang saya tak?” walaupun sudah bertahun-tahun kahwin? Begitu jua anak anda. Mereka sentiasa ingin menguji anda sama anda mereka masih disayangi dan masih menerima sokongan sepenuhnya dari anda ataupun tidak.

Sebagai contoh, sekiranya si kecil anda jatuh, segera peluk mereka sebelum mereka menangis. Tanyakan keadaan mereka. Percayalah, hubungan dan perhatian adalah keperluan asas manusia. Kanak-kanaklah yang paling memerlukan perhatian.

3. Merengek kerana mereka tidak suka apa yang sedang berlaku tetapi tidak mempunyai kuasa untuk hentikan keadaan tersebut.

Seorang penulis buku kekeluargaan pernah berkata,

“Apabila anak-anak kita merengek, mereka sebenarnya sedang merasa tidak berkuasa. Sekiranya kita marah dan enggan mendengar luahan mereka, mereka akan merasa lebih tidak berkuasa. Namun jika kita segera mengalah, turut merengek dan tunduk kepada mereka, kita sebenarnya sedang menghargai perasaan tidak berkuasa mereka itu. Sebaiknya, anda cuba untuk bertenang, ajak mereka bermain menggunakan suara yang tegas, kita sedang membantu mereka untuk menjadi berkuasa dan yakin.”

Ingat, anda sebenarnya sedang berinteraksi dengan mereka. Mulakan dengan memberitahu mereka yang anda sedia mendengar apa yang mereka mahu. Contoh, “Adik nak pergi main dekat taman mainan ya? Sebab tu adik asyik desak mama pergi sana tapi mama tak layan dan adik sekarang ini sedang rasa kecewa, kan?”
Kadangkala, hanya dengan mendengar dan ceritakan semula apa yang mereka rasa boleh membuatkan mereka terus berhenti merengek Sekiranya anak anda masih terus merengek, segera tukar topic yang masih lagi dalam rangkaian perbualan anda. Contoh, “Ibu faham. Tapi ibu tertanya-tanyalah, mana anak mama yang comel, baik dan bersuara lembut itu ya?” dengan nada bergurau.

Cuba buat-buat sedang mencari suara anak anda yang biasa dengan bermain. Sehingga anak anda sendiri bersuara menggunakan suara biasanya.

Akhirnya, ajari anak anda cara yang betul untuk menyuarakan apa yang mereka mahu.

Sekiranya anda memang tidak boleh bawa anak anda ke taman mainan, jadi tegas. Nyatakan sebab mengapa anda tidak dapat bawa mereka ke taman mainan. Kanak-kanak perlu diajar dengan kekecewaan.

4. Merengek kerana mereka perlu menangis.

Anak anda mempunyai banyak sebab untuk menangis; mainan kegemaran dirampas oleh adik beradik, kena pandai kencing dan berak sendiri, adik baru dan macam-macam lagi! Benarkan mereka menangis. Sekiranya anda sudah tenangkan mereka namun mereka tetap ingin menangis, biarkan mereka. Berikan masa kepada mereka untuk keluarkan perasaan sedih mereka. Selepas mereka sudah berhenti menangis, peluk mereka. Pandang mata mereka dan kata, “Ibu perasan adik rasa sedih. Adik nak ibu peluk adik? Adik nak menangis pun takpe. Kadang-kadang, semuaorang memang kena menangis tau. Jangan risau, ibu ada dengan adik ya. Menangislah.”

5. Merengek kerana rengekan mereka berkesan.

Sebab itu, jangan sesekali mengalah dan tunduk dengan rengekan anak anda. Sekiranya anak anda merengek kerana inginkan gula-gula dan anda terus belikan gula-gula tersebut hanya kerana untuk hentikan rengekan mereka, anda sebenarnya sedang melatih anak anda untuk merengek apabila memerlukan sesuatu.
Namun, anda boleh hargai rengekan mereka sebagai cari mereka mengekspreskan perasaan mereka. Cuba terapkan empati dalam diri anda. “Ibu faham adik kecewa sebab ibu tak belikan gula-gula itu,…”. Biarkan mereka tahu mereka tidak keseorangan dalam merasa kecewa itu. Tidak salah sekiranya anda menggantikan gula-gula tersebut dengan membeli epal ataupun bawa mereka ke taman mainan.

6. Merengek kerana anda sanggup melakukan apa sahaja untuk hentikan rengekan mereka.

Mengapa ibubapa tidak sukakan rengekan? Rengekan adalah satu bentuk tangisan yang lebih matang. Dengan rengekan, mereka sedang memberitahu anda untuk berikan perhatian kepada mereka. Dan sebagai manusia biasa, anda telah diprogramkan untuk memberikan reaksi kepada rengekan tersebut, sama seperti tangisan.  Jadi apbila nda mendengar rengekan, anda akan bimbang dan tertanta-tanay apa yang sedang berlaku. Anda akan lakukan apa sahaja untuk hentikan rengekan tersebut.

Namun sekiranya anda berhenti seketika, tarik nafas dan ingatkan diri anda bahwa tidak perlu tergesa-gesa untuk terus ke anak anda, anda akan merasa lebih baik. Jangan biarkan mod autmatik panic anda menguasai diri. Jangan sesekali merasakan bahawa anda perlu untuk selesaikan masalah anak anda.  Cuma senyum dan peluk anak anda. Kebanyakn mereka akan berhenti merengek.

Sebagai alternatif lain, Tasneem Naturel menyediakan mandian Calm dan juga balsam Calm. Kedua-dua produk ini diperkaya dengan pati minyak tulen yang dosnya telah dilaraskna mengikut kesesuaian bayi dan kanak-kanak. Formulasi pati minyak tulen di dalam kedua-dua produk ini dirumuskan khas untuk meningkatkan kualiti tidur, menstabilkan modd, merangsang aliran darah, menurunkan tekanan darah, merangsang rasa ketenangan dan relaks dalam diri dan pelbagai lagi.

This Post Has 2 Comments

  1. Balm Calm Time kami sekeluarga guna tiap malam. Badan rasa rileks sebelum dapat tidur lena.
    Tq Tasneem Naturel!

    1. Wah terima kasih!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart