Wah banyak rupanya khasiat menarik Minyak Vetiver, terutamanya yang no 4 tu!

Pernahkah anda terbaca mana-mana kandungan produk yang anda beli dan ternampak perkataan Vetiver? Vetiver sering digunakan dalam produk-produk aromaterapi, wangian, kosmetik, sabun dan kadangkala sebagai perisa di dalam minuman. Vetiver juga turut dipanggil sebagai serai wangi ataupun rumput wangi dalam kalangan rakyat Malaysia.  Pati minyak tulen Vetiver diperoleh dengan melalui proses penyulingan akarnya. Aromanya keras tetapi masih manis dibau. Ia boleh memberikan rasa ketenangan , tetapi bukan itu sahaja. Jom kita pelajari apa lagi khasiat di dalam minyak pati vetiver.

Photo from Freepik


1. Bersifat anti-keradangan.

Memandangkan minyak pati vetiver dikenali dapat memberikan hasil menenangkan, ia juga boleh meredakan keradangan. Minyak vetiver sangat berkesan untuk melegakan keradangan berpunca dari sistem saraf dan juga sistem perdearan darah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dijadikan rawatan untuk strok haba dan juga kulit yang mengalami dehidrasi. Sekiranya anda ingin sapukan minyak vetiver di kulit anda, larutkan dengan minyak kelapa. Hanya titskan beberapa titik sahaja dan urut seperti biasa.

2. Bersifat anti-septik.

Di negara-negara tropika seperti India dan negara-negara jirannya, bakteria dan mikroorganisma boleh membiak dengan cepat kerana persekitarannya yang optimum. Dengan itu, sebarang luka yang dialami boleh mendedahkan diri kepada penyakit sepsis. Minyak vetiver dapat membantu menghalang bakteria yang boleh menyebabkan sepsis dan menghapuskan bakteria tersebut. Anda boleh meletakkan minyak vetiver ke atas luka engan melarutkan beberpa titik minyak tersebut di dalam air mandian. Ia dapat merangsang penghasilan sel-sel baru.

3. Menguatkan sistem ketahanan badan.

Minyak pati vetiver sangat tinggi dengan antioksida. Dengan cirinya ini, ia dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dengan menghapuskan toksin dari dalam badan dan melawan radikal-radikal yang bebas di udara. Untuk menguatkan sistem ketahanan badan anda, anda disarankan untuk menghidu wap minyak vetiver ataupun melalui penggunaan ‘air diffuser’.

4. Membantu menghilangkan jerawat & meningkatkan kesihatan kulit.

Minyak vetiver membantu menghilangkan jerawat dan parut jerawat juga. Ia mempunyai ciri anti-keradangan dan akti-bakteria. Kehadiran minyak vetiver di kulit menyebabkan bakteria yang boleh menghasilkan jerawat tidak mempunya ruang dan kesempatan untuk tumbuh kerana sifat antic-bakteria minyak vetiver itu sendiri. Namun sekiranya masih ada jerawat yang terhasil, minyak vetiver mampu mengawanya dari menumbuh dengan lebih banyak.
untuk menggunakan minyak vetiver ini, anda boleh meletakkan beberapa titik minyak vetiver ke dalam pencuci muka anda.


5. Menenangkan minda.

Pati minyak vetiver sangat terkenal dengan sifatnya yang boleh memperbaiki keadaan mental seperti stress, kebimbangan, kemurungan dan juga sukar tidur. Ia mempunyai sifat terapeutik yang berkesan dengan tubuh badan manusia. Anda boleh menggunakan produk yang mempunyai minyak vetiver untuk mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan di atas atau meletakkannya di dalam ‘air diffuser’.

Tahukah anda, Sleep Time Balm daripada Tasneem Naturel mengandungi pati minyak vetiver? Balsam ini diformulasi khas untuk membantu anak-anak yang sukar tidur malam, dan aktif di waktu malam supaya mereka mudah tidur, lena dan bangun dengan ceria.

Buat sesiapa yang berminta, anda boleh terus layari www.tasneemnaturel.com ataupun hubungi Tasneem Consultants, Anie (www.wasap.my/60146222675) atau Anis (www.wasap.my/60146222768)

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart