Ini Langkah Mudah Untuk Memandikan Bayi Baru Lahir.

Ini Langkah Mudah Untuk Memandikan Bayi Baru Lahir

Mandikan bayi baru lahir bukan sahaja boleh merehatkan si manja, tetapi ia juga boleh memberi anda peluang untuk mengeratkan ikatan dan bermain selepas seharian sibuk melakukan pelbagai perkara. Sama seperti urutan bayi, mandian hangat juga boleh menjadi cara yang baik bagi membantu menyediakan si manja untuk tidur.

Waktu mandi dipenuhi buih, percikan, bisikan dan tawa. Itulah sebabnya ia merupakan waktu yang sesuai dalam hari anda untuk merangsang deria si manja dan mengeratkan lagi ikatan anda berdua. Ikuti panduan langkah demi langkah kami yang mudah untuk mempelajari pelbagai perkara asas atau beberapa petua baharu.

Air Sahaja Tidak Cukup untuk Bayi Anda

Baby's Bath: What You Do and Don't Need | CafeMom.com

Air sebagai pembersih tidak dapat membuang kotoran larut lemak yang tertinggal di bawah lampin dan pakaian. Jika kotoran tersebut tidak dibuang, ia boleh menjejaskan lapisan penghalang kulit yang halus itu. Air sahaja sebenarnya boleh mengeringkan kulit bayi anda. Penggunaan air sahaja yang berulang-ulang, terutamanya apabila air itu mengandungi kalsium atau klorin, telah terbukti menyebabkan kehilangan lembapan daripada sel kulit lalu mengakibatkan kulit yang terengsa atau merah.

Memandikan Bayi Baru Lahir

Kebanyakan pakar penjagaan kesihatan mengesyorkan supaya bayi baru lahir dimandikan 2 atau 3 kali seminggu dan meningkatkan kekerapan seiring dengan bertambahnya usia si manja. Walaupun bayi tidak boleh dimandikan setiap hari, mandian dengan span ialah alternatif yang menjadi pilihan ramai ibu untuk membersihkan bayi mereka yang baru lahir.

Cara Mandikan Bayi Baru Lahir

Sinki dapur boleh menjadi tempat yang bagus untuk memandikan si manja (pastikan kepala paip dipusing ke arah lain dan tuala lembut atau alas busa diletakkan di dasar sinki) atau anda boleh menggunakan besen mandi plastik kecil yang diletakkan di dalam besen mandi besar supaya mudah untuk anda memegang si manja.

Bahagian 1

  1. Bermulalah dengan beberapa inci air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah Celcius. Selepas mengisi besen atau tab mandi, pastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
  2. Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas.
  3. Pastikan pemanas air di rumah anda tidak ditetapkan kepada suhu lebih tinggi daripada 48 darjah Celcius untuk melindungi keluarga anda daripada melecur.
  4. Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.
  5. Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya!

Bahagian 2

  1. Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam. Pastikan untuk guna pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut. Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
  2. Cuci kawasan lampin akhir sekali. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang
  3. Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
  4. Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
  5. Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.
  6. Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut,  yang hipoalergenik dan terbukti secara klinikal bersifat lembut dan tidak merengsakan.

Petua Memandikan Bayi

  • Bersihkan apa-apa yang boleh anda lihat sahaja. Jangan masukkan sebarang benda jauh ke dalam saluran telinga atau hidung bayi anda
  • Setiap bayi adalah berbeza, tetapi sesetengah bayi tidak suka dimandikan sejurus selepas dia menyusu. Ramai ibu mendapati waktu yang paling sesuai memandikan bayi adalah sebelum si manja menyusu atau makan
  • Dan ingat, jangan sesekali biarkan si manja bersendirian di dalam bekas mandi.

Apabila dilakukan dengan betul, masa mandi boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan cara yang baik untuk mengeratkan jalinan anda berdua dan memastikan kulit si manja sihat. Sapukan pelembap yang lembut selepas mandi untuk kulit yang sihat dan terhidrat.

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.