Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Sebut pasal berpantang terbayang segala pantang larang nenek moyang yang menjadi kepercayaan. Kalau tak ikut, risau pula kesannya pada badan. Tetapi boleh percaya ke atau ia sekadar mitos berpantang yang karut?

Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Sewaktu proses melahirkan bayi, sememangnya seseorang wanita itu akan kehilangan banyak darah. Oleh sebab itu, setiap wanita selepas bersalin disarankan agar berehat dan mematuhi beberapa amalan. Istilah biasa yang sering digunakan adalah berpantang.

Antara amalan berpantang adalah berjalan dengan perlahan, tidak boleh banyak bergerak, dilarang duduk bersimpuh, diet dan penjagaan pengambilan makanan setiap hari.

5 mitos berpantang popular 


1. Jangan minum banyak air

1. Jangan minum banyak air

Ibu selepas bersalin yang menjalani proses berpantang adalah tidak dibenarkan untuk meminum air dalam kuantiti banyak. Dikatakan jika minum secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan jumlah air di dalam badan menjadi terlalu banyak

Fakta : Sudah tentu ia satu kepercayaan karut yang harus dielakkan. Ibu baru bersalin boleh minum air secukupnya tapi tidak boleh berlebihan.

2. Jangan Makan Ikan, ayam dan telur!

2. JANGAN MAKAN Ikan, ayam dan telur!

Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas dianggap sebagai ’tajam’ dan ’bisa’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang.

Fakta!

Makanan ini merupakan sumber baik bagi :

  • protein
  • vitamin
  • garam mineral.

Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

3.Tidak boleh membaca buku

3.Tidak boleh membaca buku

Ada yang mengatakan proses bersalin akan menyebabkan hati menjadi lemah dan ia dikaitkan dengan mata. Oleh sebab itu, wanita selepas bersalin amat tidak digalakkan untuk memberi tekanan kepada mata seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.

Fakta: Sebenarnya ia tiada kaitan yang dapat menghubungkan antara membaca atau menangis dengan masalah mata.

4. Jangan guna penghawa dingin atau kipas

4. Jangan guna penghawa dingin atau kipas

Mendedahkan diri dengan angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin memasuki badan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari.

Ibu dalam berpantang juga perlu memakai pakaian berlapis atau tebal kerana risau angin masuk ke dalam badan.

Fakta: Berdasarkan sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh memasuki kulit dan terus masuk ke saluran darah. Maka ia sudah tentu perkara yang tidak tepat.

Kunci utamanya adalah bersederhana. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ibu harus tahu perkara yang boleh memberikannya keselesaan.

5. Jangan makan makanan sejuk

5. Jangan makan makanan sejuk

Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.

Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.

Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan  ibu dalam pantang.

Fakta

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber:

  1. vitamin
  2. mineral
  3. fitokimia
  4. serat.

Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.

Hak individu

Hak individu

Kebanyakan individu pada zaman moden ini kurang mengamalkan pantang larang kepercayaan nenek moyang terdahulu. Ia sama ada disebabkan ketiadaan masa atau kerana tidak mempercayai amalan berpantang itu sendiri.

Tidak kisah sama ada anda ingin berpantang atau tidak, perkara paling penting adalah untuk menjaga kesihatan diri. Elakkan daripada membiarkan diri berdepan tekanan sehingga boleh mengakibatkan mudarat.

Jom ikuti kisah perkongsian Puan Aifa tentang pantang ini.

Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Berpantang pun kena hukum!

Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Ada seorang hamba Allah ni dia direct message Aifa di Instagram. Dia cakap dia beranak sama tarikh dengan Aifa 26 April 2021. Dia pelik kenapa Aifa nampak sihat dan bertenaga. Sedangkan dia punya luka jahitan masih lagi tak kering. Badan dia pun masih lesu. Sampai dia cakap rupa dia dah macam kak limah dah dalam pantang.

Makan makanan berkhasiat

Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Baiklah. Aifa nampak sihat dan bertenaga sebab Aifa dah takde rasa sakit dah dekat luka jahitan. Badan pun takde rasa penat ke apa. Apa yang Aifa amalkan ni jujur ye makan makanan yang berkhasiat. Aifa tak pantang makan.
Aifa cuma pantang makan junk food sahaja. Ikan tak kira ikan apa Aifa makan. Telur pun Aifa makan. Ayam, daging semua makan. Sebab apa? Sebab semua ni sumber protein. Dan protein berfungsi menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera sekaligus akan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Macam kuah laksa la. Tinggi protein tu sebab diperbuat dengan isi ikan. Aifa juga makan buah dan sayur untuk meningkatkan sistem immune badan.
Kebanyakan ibu berpantang yang terlalu berpantang ni jujur cakap luka akan jadi lambat sembuh sebab tak cukup protein. Semua benda nak pantang sampai makan ikan kering je mana lah nak dapat khasiat. Lepastu complain susu kurang. Memang susu kuranglah kalau badan tak cukup zat.

Tak aktif bila berpantang!

Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Lepastu masa pantang jangan duduk je. Kena bangun berjalan jugak. Aifa hari pertama beranak dah berjalan ke sana ke sini nak bagi peredaran darah berjalan dengan lancar. Barulah badan fresh. Kalau asyik duduk je memang sakitlah badan tu.
Aifa dulu masa mengandung memang selalu tidur sebab tak larat nak jalan, sekali nak bangun dari katil memang sakit gila badan sampai kena makan panadol utk kurangkan sakit. Sebab tu bila lepas beranak misi minta ibu-ibu berjalan ke tandas. Slow slow pun takpelah janji ada pergerakan. Tak digalakkan guna wheelchair melainkan kalau perlu sangat-sangat.
Aifa beranak Uthman ingat jahit sikit je sekali mak Aifa check masa nak cuci luka Aifa, mak kata banyak ni berjahit. Tapi alhamdulillah hari ke 9 tu dah Aifa dah sampai ke Aeon Mall dah cari baju raya. Tinggal anak-anak dekat suami.
Personally, Aifa kalau sakit fizikal Aifa masih boleh bangun dari katil. Tapi kalau sakit mental, sakit emosi baru Aifa terlantar atas katil. Sebab tu antara ubat yang doktor bagi untuk luka bersalin dengan ubat Quetiapin Aifa lagi takut kalau ter missed makan ubat Quetiapine. Aifa makan kapsul atau pil herba 2 atau 3 kali je tu pun masa rengat. Ubat pancho makan tapi tak konsisten. Makan pun tak sampai 5 hari.

Jaga emosi ketika berpantang

Berpantang, Mitos atau Fakta? Ibu Wajib Aktif. Jangan Asyik Melepet!

Aifa nampak sihat dan bertenaga sebab emosi Aifa stabil. Dalam pantang pastikan emosi kita stabil. Makan cukup tidur cukup. Terlampau berpantang bahaya jugak takut nnti mak mak post partum depression pula (meroyan). Yela itu tak boleh ini tak boleh semua tak boleh lama-lama stress jugak.
Sama juga dengan melawa bersiap cantik-cantik dalam pantang. Yang ni Aifa pelik jugak. Bila ibu berpantang makeup dan bersiap pergi klinik untuk checkup baby ramai tengok dengan pandangan pelik. Takkan la kalau pantang je kena tnjuk muka pucat, pakai kain sarung.
Aifa kalau tak sakit memang tak reti dah nak tunjuk sakit. Dah tak sakit nak keluar touch up la sikit, pakai elok-elok sikit. Kadang orang ni melawa bukan nak impress orang tapi utk kepuasan diri sendiri. Sebab ada yang reply dekat story whatsapp Aifa. Dia cakap Aifa cantik je dalam pantang saya dah macam Kak Limah.
Entahlah hidup ni pilihan. Kita yang pilih untuk jadi apa jadi macam mana. Bila dah pilih nak jadi macam tu tak perlulah bandingkan diri kita dengan orang lain. Cuma nak bagitahu hari ni genap 4 minggu bersamaan 28 hari Aifa beranakkan Uthman.
Sekiannnnn.
Facebook : Aifa Azlan 
Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.