Apa Nak Buat Bila Si Abang/Kakak Cemburu Dengan Kehadiran Adik Barunya?!

Adalah sangat normal sekiranya anak anda yang lebih tua cemburu dengan kehadiran bayi baru ke dalam hidupnya. Di sini anda sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting, iaitu untuk anak anda uruskan rasa cemburu mereka supaya rasa sayang kepada adiknya akan timbul dan mengatasi rasa cemburunya.

Sebenarnya, segalanya bermula semasa dalam fasa mengandung lagi. Apa yang anda perlu lakukan adalah memastikan mereka berasa seronok dan tidak sabar akan kelahiran adiknya nanti. Semasa kelahiran pula, pastikan anak anda tidak terasa tersisih. Didik anak anda supaya faham bahawa ketidakberadaan anda sepanjang anda di hospital adah tidak mengapa dan selamat untuk mereka.

Tetapi semestinya, anak anda akan berhadapan dengan realtiti bahawa dia kini sudah ada adik dan, anda pula sudah ada bayi baru dalam pangkuan anda. Anak anda mungkin nampak okay di luar, tetapi sebenarnya mereka sedang bertarung dengan perasaan mereka. Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan rasa persaingan antara adik beradik dan reaksi panik anak anda sebaik sahaja melaihat adiknya?

1. Pastikan si ayah yang mendukung bayi masuk ke dalam rumah.

Ibu terus menuju ke arah anak yang lebih tua. Segera peluk dan cium mereka kerana mereka sudah beberapa hari tidak berjumpa dengan anda. Konsep waktu ini adalah ‘reunion’ bersama dengan anak yang ditinggalkan, bukan meraikan bayi yang baru sampai di rumah.

(Anda boleh praktikkan cara ini sekiranya anak anda lebih rapat dengan ibu. Sekiranya anak lebih rapat dengan ayah, si ibu lah yang perlu mendukung bayi dan ayah yang lakukan bahagian peluk dan cium anak lebih tua.)

2. Jadikan anak anda hero di mata adik baru mereka (dan di mata mereka sendiri).

Apabila anda mempunyai masa privasi dengan anak anda, panggil anak anda yang lebih tua dan peluk kedua-kedua anak anda. Perkenalkan si abang/kakak kepada adiknya. Beritahu kepada adik bahawa inilah abang/kakak yang baik dan hebat, yang mana anda harapkan si adik akan membesar sama seperti abang/kakaknya. Senaraikan beberapa perkara yang anda sukakan akan si abang/kakak yang patut si adik tahu.

(Sekiranya anda mempunyai lebih daripada seorang anak yang lebih tua, lakukan perkara ini secara berasingan supaya mudah untuk dikendali).

3. Rapatkan ikatan antara anak-anak anda.

Latih si abang/kakak untuk duduk dan dukung adiknya, pastikan mereka memegang kepala adik mereka dengan betul. Pakar telah menyatakan bahawa kepala bayi menghasilkan hormone pheromones. Pheromones adalah satu hormon yang boleh menerbitkan perasaan kasih sayang. Apabila si kakak/abang menghidu hormon tersebut, mereka akan rasa sayang kepada adik mereka dan keinginan untuk melindungi adik mereka akan timbul. Lebih kerap mereka saling berpelukan, lebih banyak rasa sayang akan diterbitkan.

4. Pastikan anak anda yang lebih tua tahu mereka masih penting dalam keluarga anda.

Kerapkan mengingatkan si abang/kakak bahawa mereka sangat disayangi dan betapa mereka telah banyak menyumbang dalam keluarga. Contoh. “Abang, ibu suka bila abang tolong ibu macam ini”, “Kaklong, ibu suka bila kaklong buat ibu tergelak macam ini”. Apabila anda sering hargai anak-anak anda yang lebih tua, anak anda akan sedar kepentingan mereka dalam keluarga. Kerapkan perbualan ini agar mereka tidak rasa tersisih.

5. Ini bukan masa yang sesuai untuk mendewasakan anak anda..

Tangguhkan ‘potty training’, jangan serta merta hentikan anak anda dari meminum susu botol atau puting susu dan lain-lain lagi. Sekiranya si abang/kakak terjaga tengah malam mencari anda, dan anda tidak boleh pergi kepadanya kerana ada bayi, pastikan si ayah bangun dan pujuk anak anda sehingga mereka tertidur semula. Biarkan mereka menjadi bayi selama mana yang dia mahu tanpa rasa malu atau bersalah. Ini kerana ini adalah masa mereka akan menguji anda sama ada anda masih menyayangi mereka atau tidak. Berikan mereka kasih sayang dan perhatian sebaik mungkin.

6. Kekalkan rutin yang sama seperti mereka masih bayi sebanyak yang mungkin.

Sekiranya si abang/kakak sudah mempunyai rutin dari kecil, kekalkan rutin tersebut. Kebanyakan ibu bapa, apabila sudah menimang cahaya mata yang baru, rutin sedia ada untuk anak yang lebih tua terus dihentikan. Elakkan perkara sebegitu. Ini untuk menghindari si kakak/abang dari berasa tidak selamat dan stress.

7. Jangan jadikan ‘segalanya mengenai adik’

Kawal perasaan obses anda terhadap bayi anda, jadikan ianya momen privasi antara bayi anda dan anda sahaja. Jangan kerap memuji bayi anda di hadapan kakak/abangnya. Daripada anda berkata, “Tunggu adik bangun ya, nanti ibu main dengan abang/kakak”, tukarkan ke “Tunggu ibu habis basuh baju ya, nanti ibu datang main dengan abang/kakak”. Elakkan dari elemen yang boleh membuatkan si abang/kakak rasa iri hati kepada adik kerana diberi perhatian yang lebih berbanding mereka.

8. Bacakan buku mengenai adik beradik bersama anak-anak anda.

Kaedah ini boleh digunakan untuk memerhatikan perasaan anak-anak anda. Tujuan anda melakukan perkara ini adalah untuk membantu anak anda untuk mengekspreskan perasaan mereka, kemudian membantu mereka untuk uruskan perasaan mereka. Galakkan ikatan dibentuk tetapi benarkan perasaan negatif uuntuk dikongsikan juga. Jujur dengan anak anda, “Ibu faham, abang/kakak rasa sedih sebab ibu kerap habiskan masa dengan adik”. Tunjukkan rasa simpati, “Kesian adik tak reti mandi sendiri kan? Adik kecil lagi, kita kena tolong dia”.

9. Galakkan rasa empati.

Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila ibu bapa menggalakkan anak-anak yang lebih tua untuk melihat bayi sebagai manusia yang sebenar, di mana mempunyai perasaan sendiri, mereka akan lebih menyayangi dan ingin melindungi adik mereka. Contoh:

"Wah, adik suka lah bila abang nyanyi untuk adik!” 
"Tengok tu, mulut adik bergerak sama macam kakak-adik nak jadi macam kakak!”
"Emm, ibu tertanya-tanyalah, adik dah kenal ke belum nenek ya?”
"Ibu rasa adik takut bila dengar anjing menyalak.”

11. Kekalkan keakraban dengan anak yang lebih tua.

Habiskan sebanyak mungkin masa bersendirian dengan si abang/kakak. Sekiranya ada orang dewasa lain bersama anda, biarkan mereka mendukung dan memegang bayi anda, manakala anda segera memeluk dan bersembang dengan si abang/kakak. Sekiranya tiada siapa yang boleh memegang bayi anda, sentiasa bersembang dengan si abang/kakak. Jika tiba waktu makan untuk si bayi, anda panggil si abang/kakak dan biarkan mereka bercerita mengenai kehidupan seharian mereka kepada anda. Jangan lupa respon ya!

12. Jangkakan tangisan.

Anak anda akan menangis untuk meratapi kehilangan mereka; iaitu hubungan eksklusif mereka dengan anda. Terutama sekali sekiranya anda baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua. Sekiranya anda pernah merasai kehilangan bekas teman lelaki/wanita/tunang, gandakan kesedihan anda itu 1000 kali ganda. Ingat, sekiranya anak anda meragam dan merengek, letakkan diri anda di tempat mereka. Mereka sedang dalam kesakitan. Mereka sedang bersedih. Mereka tidak reti untuk bercerita akan perasaan mereka dan mereka marah. Inilah masa mereka paling memerlukan anda. Sekiranya mereka menangis, marah atau merengek, segera peluk mereka. Katakan:

"Abang tengah sedih ya sekarang ini.
Nampak abang sedih sangat-sangat dalam hati. Abang tahu kan ibu sayang abang
sangat-sangat? Ibu akan sentiasa ada disisi abang. Abang boleh datang peluk ibu
bila abang rasa sedih. Meh ibu peluk lagi sambil bagi adik makan. Jom kita
nyanyi lagu kegemaran abang ya.”

Benarkan mereka untuk menangis dalam pelukan anda selama yang mereka mahu. Kemudian bantu mereka untuk merasa lega dan selamat. Biarkan mereka tahu yang walaupun mereka tidak akan selalu dapat apa yang mereka mahu, mereka akan dapat lebih lagi sebenarnya ; Pelukan anda dan rasa simpati anda. Seorang ibu yang menerima anak mereka seadanya dan akan sentiasa berada disisi mereka tidak kira apa jua keadaan.

Jadi bagaimana ibu bapa semua? Sudah bersedia untuk menimang cahaya mata yang seterusnya? Kongsikan artikel ini sekiranya anda rasa ianya bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart