Wah, banyaknya manfaat minyak marjoram yang berguna!

Sering kali terbaca perkataan ‘Marjoram’ di dalam senarai kandungan produk yang anda sudah beli atau ingin beli tapi tak pasti apa maksudnya itu? Banyak ke manfaat minyak marjoram ini? Pati minyak tulen marjoram adalah merupakan ekstrak daripada daun segar dan daun kering pokok marjoram.

Ada banyak sangat manfaat kesihatan pati minyak tulen marjoram tau! Jom baca di bawah ini;

1. Penahan Sakit Yang Berkesan

Minyak marjoram mempunyai sifat untuk menahan kesakitan yang berkesan. Oleh sebab itu, ia sering digunakan untuk merawat keradangan otot, sakit urat, selsema dan juga demam. Minyak marjoram adalah pati minyak tulen yang dihasilkan secara semulajadi dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan setelah dipakai, tidak seperti ubat tahan sakit lain yang dijual di pasaran.

2. Pembasmi Kuman Yang Hebat

Tahukah anda, pati minyak tulen marjoram merupakan pembasmi kuman yang hebat? Ia dapat menghapuskan bakteria dari badan. Ia boleh melindungi badan daripada jangkitan bakteria dan juga kondisi seperti keracunan makanan, cirit birit yang disebabkan oleh bakteria dan lain-lain.

3. Bersifat Antiseptik

Pati minyak tulen marjoram merupakan antispektik yang berkesa. Antispektik ini bermaksud ia boleh mebantutkan pembiakan atau reaksi mikroorganisma terutamanya dalam tisu badan. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk merawat luka dalam dan juga luaran. Jika anda perasan, pati minyak tulen slalu digunakan dalam losyen dan krim antisepktik.

4. ‘Anti Spasm’

Apa itu spasm? ‘Spasm’ adalah pergerakan otot secara tiba-tiba dan tidak normal, ataupun rasa sakit tiba-tiba. Minyak marjoram boleh bantu melegakan ‘spasm’ dalaman seperti ‘spasm’ pernafasan ataupun usus. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu merawat kejangan otot yang biasa di mana-mana bahagian badan.

5. Anti Virus

Pati minyak tulen marjoram bersifat anti-virus. Ia sangat berkesan digunakan untuk keadaan seperti demam cacar, selsema, influenza dan juga ‘mumps’.

6. Penghadaman

Marjoram adalah merupakan rawatan tradisional yang digunakan untuk kesihatan penghadaman. Minay marjoram dapat membantu merangsang perembesan jus-jus penghadaman seperti jus hemedu dalam perut. Aroma minyak marjoram juga merangsang kalenjar air liur dengan melakukan pre-penghadaman di dalam mulut dahulu. Ia juga mencetuskan peristalsis (pergerakan makanan dalam otot) dan memudahkan pergerakan makanan yang dimakan melalui salauran penghadaman.

7. Membuang gas

Pati minyak tulen marjoram dapat membantu merawat masalah memalukan seperti membuang angin. Ia dapat meredakan dinding usus dan juga otot abdomen, di mana membantu menghasilkan gas. Sekali gus, ia juga dapat merawat masalah penghadaman, kembung perut, pedih hulu hati dan juga sakit perut.

8. Diuretik

Pati tulen minyak marjoram bersifat diuretik. Ia dapat membantu merangsang penghasilkan air kencing, di mana dapat mengeluarkan toksin berlebihan dari dalam badan. Ia membuang sodium berlebihan, hempedu dan juga asid urik yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan. Bukan itu sahaja, kencing juga boleh merendahkan tekanan darah, membersihkan buah pinggang dan mengurangkan lemak. Sekiranya anda mengalami bengkak ataupun edema, cuba sapu minyak marjoram. Namun hati-hati, jangan sehingga anda dehidrasi.

9. Merangsang Haid

Sekiranya anda menghadapi masalah haid tidak teratur, haid yang sakit, anda boleh mempertimbangkan minyak marjoram. Minyak marjoram mengurangkan symptom menstruasi seperti sakit kepala, pening dan juga emosi tidak stabil. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengelakkan menopause tidak matang.

Tasneem Naturel juga turut menggunakan minyak marjoram di dalam produk-produk sedia ada. Layari www.tasnemnaturel.com untuk maklumat lanjut!

This Post Has One Comment

  1. Wah banyaknya manfaat Marjoram ni.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart