Ramai ibu-ibu berpantang yang masih keliru dengan makanan yang patut dimakan semasa berpantang. Terlampau banyak pantang larang sehingga ibu-ibu berasa tidak yakin dan takut jika makan sebarangan, kesihatan mereka dan bayi mereka akan terjejas.
Ibu-ibu semua usah khuatir ya. Di sini, kami senaraikan makanan dan serta khasiatnya untuk dimasukkan ke dalam menu harian anda. Selang selikan menu agar selera ibu sentiasa baik dan seterusnya dapat memberi bekalan nutrisi yang bagus semasa berpantang.

IKAN TENGGIRI, SALMON, TUNA, KACANG WALNUT, TELUR, MINYAK IKAN
- Berupaya mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin
- Memperbaiki fungsi otak
- Membantu membina system saraf bayi
PRODUK TENUSU RENDAH LEMAK
- Membekalkan vitamin B (membekalkan tenaga) , vitamin D (baik untuk tulang) dan protein
DAGING TANPA LEMAK, HATI, KERANG, KEKACANG, BIJI BUNGA MATAHARI
- Sumber penting zat besi
- Membantu membekalkan tenaga kepada ibu
BUAH-BUAHAN
- Buah berwarna terang seperti anggur, betik & blueberry : Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi
- Oren : Membekalkan vitamin C (baik untuk tulang, gigi & kulit) yang tinggi kepada ibu
BROKOLI DAN BAYAM
- Tinggi kandungan Vitamin A (Baik untuk mata & kulit)
- Tinggi kalsium
- Tinggi kandungan antioksida & serat makanan
AIR KOSONG
- Mengelakkan dehidrasi yang boleh mengakibatkan kehilangan tenaga badan.
- Membekalkan air yang mencukupi untuk mengelakkan sembelit
Jadi bagaimana? Anda sudah bersedia untuk menempuhi tempoh berpantang anda? Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan anda semua.
Jangan lupa, sharing is caring!
Petikan diolah dari Nestle Malaysia