Gunakan 6S Ini Untuk Hentikan Bayi Menangis

Tidak cukup tidur merupakan perkara biasa bagi mereka yang bergelar ibu ayah. Anak kecil yang selalu meragam dan menangis pada waktu malam cukup meresahkan ibu ayah. Dr Harvey Karp, pakar pediatrik ada mengajar satu teknik praktikal untuk hentikan bayi menangis melalui Teknik 5S.

Teknik ini berkesan kerana ia memfokuskan kepada cara meniru pergerakan serta bunyi yang boleh didengari oleh bayi ketika mereka berada dalam rahim ibu. Bayi sebenarnya sudah biasa dengan keadaan sempit dan pelbagai bunyi bising ketika berada dalam kandungan ibunya selama 9 bulan. Oleh sebab itu, bayi mudah untuk meragam apabila diletakkan di dalam bilik yang terlampau sunyi sambil tangan dan kakinya bebas bergerak.

1) Swaddling (Membedung)

Melalui cara swaddling atau membedung, kita perlu membalut bayi dengan selimut nipis dan emmastika tangannya berada di sisi badannya dan dibalut kemas. Bedung perlu dilakukan dengan cara yang betul dan perlu dilakukan sebeum waktu tidur.

Cara yag betul membolehkan bayi menggerakkan kaki dan mengelakkan tangannya daripada bergerak bebas. Selain itu, bayi yang dibedung juga perlu dibaringkan secara menelentang. Balutan juga perlu kemas dan ketat bagi mengelakkan balutan longgar dan mudah tercabut serta dikhuatiri akan meningkatkan risiko bayi lemas.

2) Stomach/Side Position (Berbaring secara meniarap atau mengiring)

S yang kedua ialah side position di mana ibu ayah perlu membaringkan bayi secara meniarap atau mengiring. Kemudian, tepuk dengan lembut bahagian belakang atau sisi bayi.

Namun begitu, ibu ayah tidak boleh meninggalkan bayi tidue bersendirian semasa membuat teknik ‘S’ yang kedua ini.

3. Shush (Membuat bunyi ‘shuhhh’)

Teknik seterusnya yang ibu ayah boleh gunakan ialah membuat bunyi ‘shuuhh’. Bilik yang terlalu sunyi sebenarnya tidak akan dapat menenangkan bayi yang sedang merengek. Semasa berada dalam kandungan, mereka sudah biasa dengan bunyi bising. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu membuat white noise.

Buat bunyi “shuushhh” dengan kuat di telinga bayi ketika dia menangis dan perlahankan suara anda apabila dia mula tenang. Teruskan membuat teknik bunyi ini sehingga anak anda terlena.

4. Swing (Membuai)

Teknik ini sebenarnya antara teknik terbaik untuk hentikan bayi menangis. Dukung bayi dan gerakkan badan anda ke depan dan belakang atau ke kiri dan kanan dengan perlahan sehinggalah bayi tenang dan terlena.

5. Suck (Menghisap)

Teknik suck ialah kaedah memberi puting (pacifier) atau membiarkan bayi menghisap jari.

Pergerakan mulut bayi ketika menghisap dapat memberikan rasa selesa dan boleh menghentikan tangisan serta menggalakkan bayi anda untuk tidur lena.

Image result for baby sucking pacifier

6. Sapu Calm Time

Calm Time merupakan balm semulajadi yang berasaskan sumber tumbuhan. Balm ini berfungsi untuk memberi ketenangan dan membantu bayi untuk tidur dengan lebih lena dan bangun dalam keadaan yang ceria.

Calm Time Balm

Ibu ayah bolehlah gunakan teknik-teknik ini untuk redakan bayi menangis. Nak lagi senang, boleh cuba Calm Time ni. Sapukan balm dan urut di pergelangan tangan, belakang cuping telinga, kawasan tulang belakang (belakang badan) dan telapak kaki. Balm ini boleh disapu bila-bila sahaja sama ada sebelum atau ketika anak sedang hyper/mengamuk. InsyaAllah bayi akan lebih tenang dan kurang menangis & merengek.

Punca Kenapa Anak Anda Sering Merengek/Menangis/Meragam

 

1. Merengek Kerana Tidak Tahu Apa Yang Sedang Berlaku Dalam Diri Mereka.

Apabila manusia merasa terlampau banyak benda yang perlu mereka lalui, mereka akan mula merengek. Ada kanak-kanak yang akan menunjukkan ‘tantrum’, dan apabila semakin dewasa mereka akan kerap merengek dan menangis. Pertama sekali, penuhi keperluan asas mereka seperti makanan, waktu rehat, waktu bermain dan waktu bersama dengan anda.  Dengan memenuhi semua keperluan ini, mereka akan kurang merengek. Ingat, jangan cipta suasana yang boleh membuatkan anak anda merasa negatif.

2. Merengek Kerana Anak Anda Memerlukan Perhatian.

Sentiasa penuhkan tangki emosi anak anda. Pastikan anak anda menerima perhatian yang sepenuhnya. Pernahkah anda sendiri kerap bertanya kepada pasangan anda, “Awak sayang saya tak?” walaupun sudah bertahun-tahun kahwin? Begitu jua anak anda. Mereka sentiasa ingin menguji anda sama anda mereka masih disayangi dan masih menerima sokongan sepenuhnya dari anda ataupun tidak.

Sebagai contoh, sekiranya si kecil anda jatuh, segera peluk mereka sebelum mereka menangis. Tanyakan keadaan mereka. Percayalah, hubungan dan perhatian adalah keperluan asas manusia. Kanak-kanaklah yang paling memerlukan perhatian.

3. Merengek Kerana Mereka Tidak Suka Apa Yang Sedang Berlaku Tetapi Tidak Mempunyai Kuasa Untuk Hentikan Keadaan Tersebut.

Seorang penulis buku kekeluargaan pernah berkata,

“Apabila anak-anak kita merengek, mereka sebenarnya sedang merasa tidak berkuasa. Sekiranya kita marah dan enggan mendengar luahan mereka, mereka akan merasa lebih tidak berkuasa. Namun jika kita segera mengalah, turut merengek dan tunduk kepada mereka, kita sebenarnya sedang menghargai perasaan tidak berkuasa mereka itu. Sebaiknya, anda cuba untuk bertenang, ajak mereka bermain menggunakan suara yang tegas, kita sedang membantu mereka untuk menjadi berkuasa dan yakin.”

Ingat, anda sebenarnya sedang berinteraksi dengan mereka. Mulakan dengan memberitahu mereka yang anda sedia mendengar apa yang mereka mahu. Contoh, “Adik nak pergi main dekat taman mainan ya? Sebab tu adik asyik desak mama pergi sana tapi mama tak layan dan adik sekarang ini sedang rasa kecewa, kan?”
Kadangkala, hanya dengan mendengar dan ceritakan semula apa yang mereka rasa boleh membuatkan mereka terus berhenti merengek Sekiranya anak anda masih terus merengek, segera tukar topic yang masih lagi dalam rangkaian perbualan anda. Contoh, “Ibu faham. Tapi ibu tertanya-tanyalah, mana anak mama yang comel, baik dan bersuara lembut itu ya?” dengan nada bergurau.

Cuba buat-buat sedang mencari suara anak anda yang biasa dengan bermain. Sehingga anak anda sendiri bersuara menggunakan suara biasanya.

Akhirnya, ajari anak anda cara yang betul untuk menyuarakan apa yang mereka mahu.

Sekiranya anda memang tidak boleh bawa anak anda ke taman mainan, jadi tegas. Nyatakan sebab mengapa anda tidak dapat bawa mereka ke taman mainan. Kanak-kanak perlu diajar dengan kekecewaan.

4. Merengek Kerana Mereka Perlu Menangis.

Anak anda mempunyai banyak sebab untuk menangis; mainan kegemaran dirampas oleh adik beradik, kena pandai kencing dan berak sendiri, adik baru dan macam-macam lagi! Benarkan mereka menangis. Sekiranya anda sudah tenangkan mereka namun mereka tetap ingin menangis, biarkan mereka. Berikan masa kepada mereka untuk keluarkan perasaan sedih mereka. Selepas mereka sudah berhenti menangis, peluk mereka. Pandang mata mereka dan kata, “Ibu perasan adik rasa sedih. Adik nak ibu peluk adik? Adik nak menangis pun takpe. Kadang-kadang, semuaorang memang kena menangis tau. Jangan risau, ibu ada dengan adik ya. Menangislah.”

5. Merengek Kerana Rengekan Mereka Berkesan.

Sebab itu, jangan sesekali mengalah dan tunduk dengan rengekan anak anda. Sekiranya anak anda merengek kerana inginkan gula-gula dan anda terus belikan gula-gula tersebut hanya kerana untuk hentikan rengekan mereka, anda sebenarnya sedang melatih anak anda untuk merengek apabila memerlukan sesuatu.
Namun, anda boleh hargai rengekan mereka sebagai cari mereka mengekspreskan perasaan mereka. Cuba terapkan empati dalam diri anda. “Ibu faham adik kecewa sebab ibu tak belikan gula-gula itu,…”. Biarkan mereka tahu mereka tidak keseorangan dalam merasa kecewa itu. Tidak salah sekiranya anda menggantikan gula-gula tersebut dengan membeli epal ataupun bawa mereka ke taman mainan.

6. Merengek Kerana Anda Sanggup Melakukan Apa Sahaja Untuk Hentikan Rengekan Mereka.

Mengapa ibubapa tidak sukakan rengekan? Rengekan adalah satu bentuk tangisan yang lebih matang. Dengan rengekan, mereka sedang memberitahu anda untuk berikan perhatian kepada mereka. Dan sebagai manusia biasa, anda telah diprogramkan untuk memberikan reaksi kepada rengekan tersebut, sama seperti tangisan.  Jadi apbila nda mendengar rengekan, anda akan bimbang dan tertanta-tanay apa yang sedang berlaku. Anda akan lakukan apa sahaja untuk hentikan rengekan tersebut.

Namun sekiranya anda berhenti seketika, tarik nafas dan ingatkan diri anda bahwa tidak perlu tergesa-gesa untuk terus ke anak anda, anda akan merasa lebih baik. Jangan biarkan mod autmatik panic anda menguasai diri. Jangan sesekali merasakan bahawa anda perlu untuk selesaikan masalah anak anda.  Cuma senyum dan peluk anak anda. Kebanyakan mereka akan berhenti merengek.

Sebagai alternatif lain, Tasneem Naturel menyediakan sabun mandian Calm Bath dan juga balm Calm Time diformulasikan secara semula jadi khas untuk bayi. Kedua-dua produk ini diperkaya dengan pati minyak tumbuhan yang dosnya telah dilaraskan mengikut kesesuaian bayi dan kanak-kanak. Formulasi pati minyak di dalam kedua-dua produk ini dirumuskan khas untuk meningkatkan kualiti tidur, menstabilkan mood, merangsang aliran darah, menurunkan tekanan darah, merangsang rasa ketenangan dan relaks.

Calm Time, Solusi Semula Jadi Untuk Redakan Rengekan & Ragaman Si Manja

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.