6 Makanan Yang Boleh Banyakkan Susu Badan

Kebanyakan ibu-ibu yang baru dikurniakan cahaya mata yang pertama menyangkakan susu badan akan terus melimpah ruah semenjak dari hari pertama. Itu salah! Jumlah susu yang dihasilkan badan adalah sebanyak mana yang bayi anda perlukan. Pada hari-hari pertama kelahiran, bayi hanya akan minum susu dalam kuantiti yang sedikit kerana saiz perut mereka yang kecil sahaja. Ramai ibu-ibu yang kecewa kerana sudah ada yang mula mengepam susu dengan alasan ingin mengumpul stok bekerja. Tahukah anda, susu kolustrum yang awal itu jumlahnya sangat sedikit tetapi sangat bagus untuk bayi anda! Jadi, letak jauh-jauh pam susu itu dan susukan terus anak anda, melainkan anak anda mempunyai keadaan kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk menyusu secara direct.

Jadi, apa yang paling ditakutkan ibu-ibu yang menyusukan anak semua? Semestinya susu badan semakin berkurang! Dan yang paling menakutkan, susu badan kering! Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurangan. Jadi sebelum kita terus ke makanan yang boleh banyakkan susu badan, kita tengok dulu penyebab-penyebab susu badan berkurangan. Antaranya adalah;

  • Bayi tidak menyusu dengan kerap / tidak pam 2-3 jam sekali. Apabila badan tidak menerima arahan (demand) untuk menghasilkan susu, secara automatik, ia akan mula kurangkan penghasilan susu badan.
  • Teknik lekapan yang salah. Sekiranya bayi tidak melekap dengan betul, penghasilan susu akan berkurangan kerana jumlah susu yang keluar hanyalah sedikit.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubatan boleh mempengaruhi hormon badan yang menghasilkan susu. Sebaiknya, beritahu kepada doktor bahawa anda menyusu badan sebelum menerima sebarang ubat.
  • Badan kurang sihat. Apabila badan anda kurang sihat, secara automatik hormone yang menghasilkan susu akan terganggu.

Selain daripada power pumping, terdapat juga makanan yang boleh membantu para ibu di luar sana untuk menambahkan penghasilan susu badan. Tidak semua makanan sesuai dengan setiap ibu, tetapi tidak salah mencuba sekiranya anda betul-betul ingin tambahkan susu badan bukan?

Makanan yang boleh banyakkan susu badan;

  1. Oat. Oat bukan sahaja boleh membantu membanyakkan susu badan, ia juga malahan kaya dengan fiber dan tenaga. Ia sangat bagus dalam mengawal kawalan gula dalam badan sekiranya anda menghidapi kencing manis semasa mengandung. Anda boleh makan oat bersama dengan makanan lain seperti madu ataupun buah-buahan sebagai sarapan. Anda juga boleh memakan biskut oat.
  2. Bayam. Tinggi dengan zat besi, bayam adalah salah satu sayuran yang sesuai dimakan setiap hari. Ia terbukti dapat menambahkan jumlah susu badan anda.
  3. Bawang putih. Bawang putih sememangnya mengundang bau yang kurang menyenangkan apabila anda memakannya, namun ianya dapat membantu menambahkan jumlah susu badan anda juga. Bukan itu sahaja, bawang putih juga dikenali sebagai makanan anti kanser.
  4. Asparagus. Asparagus merupakan makanan yang diperbuat daripada 93% air, jadi ianya tinggi dengan fiber. Asparagus juga rendah kalori dan sodium. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan vitamin B6, kalsium, magnesium dan juga zat besi. Ia boleh di masak secara stim atau digoreng sebenatr dengan minyak zaitun.
  5. Halba. Herba ini dikatakan antara makanan yang paling cepat nampak kesannya. Halba selalunya diminum bersama dengan air the.
  6. Aprikot. Anda perlukan sesuatu yang manis? Anda boleh cuba aprikot kering. Ia bukan sahaja dapat tambahkan susu, ia juga merupakan sumber kalsium yang bagus. Anda juga boleh tambahkan apricot kering ke dalam oat anda.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart