Benda Wajib Yang Patut Anda Bawa Ke Hospital

Due date dah tak lama lagi. Mesti ibu dah tak sabar kan? Ibu ayah kena pastikan barang-barang keperluan untuk dibawa ke hospital sudah ada dan siap dikemas. Barulah hari kejadian nanti semua tidak kelam kabut.

Beg hospital mesti dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda tiba-tiba bersalin awal. Ibu ayah kena pastikan beg hospital ini sudah diletakkan di dalam bonet kereta supaya senang apabila tiba hari untuk bersalin nanti. Ibu juga tidak dinasihatkan untuk membawa barangan berharga seperti barang kemas kerana keselamatan di hospital tidak terjamin dan dikhuatiri hilang.

Sekarang mari kita semak barang keperluan yang perlu dibawa ke hospital.

Senarai Keperluan Ibu

  • Buku Pink (Check up)
  • IC suami isteri
  • Kad Nikah/Sijil Nikah
  • Baju + Kain batik
  • Tuala
  • Tudung
  • Stoking tebal
  • Maternity pad
  • Keperluan mandian
  • Minyak angin/ubat-ubatan
  • Pakaian dalam
  • Kudap-kudap

Selain barang keperluan semasa dalam labour room, ibu ayah mesti bawa sekali dokumen penting seperti buku pink, kad pengenalan dan kad nikah. Ini penting untuk pendaftaran nanti.

Keperluan lain, ibu ayah boleh tambah sendiri ikut kesesuaian.

Barang Keperluan Bayi

  • Baju (dua pasang)
  • Mitten and booties
  • Newborn diapers
  • Kain bedung
  • Kain barut
  • Blanket
  • Minyak telon/baby balm

Ini pula barang keperluan untuk bayi. Ibu ayah tak perlulah bawa banyak sangat pakaian untuk bayi, rasanya memadai sepasang dua sahaja.

Untuk bayi yang baru lahir, kami cadangkan ibu ayah sediakan balm semulajadi daripada Tasneem Naturel. Biasanya bayi baru lahir akan kena penyakit kuning (jaundis), jadi ibu ayah boleh berikhtiar dengan balm T-Rub. Balm ini berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan perut bayi seperti kembung, cirit birit dan sembelit. Bacaan kuning bayi insyaAllah akan turun jika bayi selalu buang air besar.

Semoga perkongsian kami dapat membantu ibu-ibu yang akan bersalin terutamanya kepada ibu yang kali pertama akan merasai pengalaman ini. Ibu-ibu jangan panik tau, banyakkan berdoa supaya proses kelahiran bayi anda berjalan dengan baik.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com