Siapa di sini yang kerap meneliti najis anak selepas mereka selesai membuang, mendebarkan bukan? Bagaimana anda tahu anak anda sedang mengalami cirit-birit? Di bawah ini, kami senaraikan tanda-tanda anak anda mengalami cirit-birit dengan beberapa rawatan yang boleh dilakukan di bawah.
Tanda-tanda cirit birit
- Najis kelihatan berair
- Najis lebih banyak daripada biasa
Punca cirit-birit
- Perubahan diet makanan
- Kesan alergi
- Bakteria
- Virus
- Kesan pengambilan ubat
Perlu diingatkan, sekiranya bayi anda mengalami ciri birit, segeralah berjumpa doktor untuk nasihat medikal. Cirit-birit dalam kalangan bayi berbahaya kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan seorang bayi boleh meninggal disebabkan dehidrasi !
Makanan yang BAGUS untuk bayi anda
- Pisang
Pisang mengandungi kandungan potassium yang tinggi, bagus untuk membantu urus menyerap air. - Nasi
Nasi membekalkan tenaga kepada bayi anda. Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit yang teruk, hentikan sementara pemberian nasi. Lebihkan meminum air. - Epal
Epal mengadungi pectin , bagus untuk memekatkan makanan dalam usus agar tidak dikeluarkan dalam keadaan cair (cirit). - Roti
Sama juga seperti nasi, roti dapat membekalkan tenaga kepada anak anda.
Sekiranya anak anda berusia 6 bulan ke bawah, kerapkan pemberian susu badan untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
Ibu bapa juga perlu berjaga-jaga. Sentiasa perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak anda. Contoh tanda-tanda hidrasi adalah, menangis tidak mengeluarkan air mata, lampin kering, kulit apabila dicubit halus mengambila masa lebih dari 2 saat untuk kembali ke bentuk asal, segera berjumpa dengan doktor!
Makanan yang perlu DIELAKKAN untuk bayi anda.
- Makanan tenusu
Dikhuatiri akan membantu pembiakan bakteria dan virus di dalam perut, kecuali yogurt yang mengandungi bakteria baik. - Buah pic, prun, apricot dan plum
Buah-buah ini dikatakan membantu melembutkan najis bayi anda. - Makanan tinggi fiber
TIPS EKSTRA : Ibu bapa juga boleh sapukan T Rub Balm daripada Tasneem Naturel sebagai alternatif perubatan. Balm tersebut diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan sangat bermanfaat untuk anak anda.
Semoga bermanfaat!
Kalau sekarang ini bayi anda mengalami masalah cirit-birit…
Saya sarankan anda untuk dapatkan T-Rub dari Tasneem Naturel kerana ia telah membantu lebih 70,000 ibu ayah di Malaysia untuk mengatasi masalah penghadaman bayi seperti cirit-birit, sembelit dan kembung anak secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

