11 CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN YANG BOLEH DILAKUKAN DI RUMAH

Betul ke adalah idaman ibu-ibu semua untuk dapatkan perut yang kempis selepas bersalin? Ada yang bekerja keras untuk mengecapi impian itu dan ada juga yang terus berputus asa. Walau bagaimanapun, jangan risau, masih ada sinar harapan untuk anda semua. Di bawah ini kami kongsikan 11 tips dapatkan perut kempis dari rumah sahaja!

1. Berbengkung

Salah satu cara berkesan untuk membantu mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan berbengkung. Berbengkung ini bukanlah serta merta dapat mengempiskan perut ibu-ibu tetapi, ia dapat membantu menyokong perut ibu yang baru selepas bersalin. Bagi ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan, pemakaian bengkung dinasihatkan dilakukan selepas 4-6 minggu bersalin. Sekiranya anda merasa tidak selesa, anda bolehlah lapikkan kesan jahitan dengan tuala wanita yang belum digunakan lagi.

2. Losyen

Terdapat banyak pilihan losyen di pasaran yang menjanjikan perut nipis setelah pemakaian. Buat ibu-ibu yang menyusukan anak, berhati-hati dengan kandungan losyen anda dan pastikan ianya selamat digunakan oleh ibu menyusu. Cuba cari losyen yang mempunyai kandungan kolagen, Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin E. Kandungan-kandungan ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung mengempiskan perut

3. Lemon madu

Cara yang paling mudah untuk mengempiskan perut anda! Anda cuma perlu campurkan segelas air suam dengan sedikit jus lemon dan separuh sudu madu. Minum ketika perut kosong ya.

4. Teh hijau 

Secawan teh hijau sehari membantu menghilangkan lemak perut! Seperti yang semua sedia maklum, teh hijau merupakan sumber minuman yang tinggi dengan antikoksida.
Tetapi ingat, minumlah teh hijau dengan bersederhana. Ini kerana, teh mengandungi kafein dan kurang elok untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

5. Epal

Jadi, epal bukan sahaja menjauhkan doktor dari anda, tetapi juga lemak perut. Epal mempunyai pectin yang membantu membakar lebihan lemak perut. Sama seperti teh hijau, epal juga kaya dengan anti oksida dan ini dapat membantu mengelakkan pengumpulan lemak secara berlebihan.

6. Diet seimbang 

Masihkah anda ingat akan saiz makanan yang patut ada dalam pinggan? Suku-suku separuh? Ya, amalkan diet seimbang ya ibu-ibu. Kurangkan juga pengambilan garam dan gula selagi boleh. Elakkan minuman berkarbonat juga.
Ingat, untuk dapatkan perut kempis, pemakanan seimbang adalah yang paling penting!

7. Makan sedikit tetapi, kerap.

Jangan seskali cuba untuk diet semata-mata untuk mengempiskan perut. Ianya tidak berkesan malahan akan membuatkan anda menjadi lemah. Ibu-ibu selepas bersalin memerlukan tenaga yang banyak. Untuk pengetahuan anda, kadar metabolism anda tinggi ketika ini. Cuba untuk makan 2 makanan berat dan 3-4 makanan ringan sehari. Kenyangkan diri anda sebolehnya semasa sarapan untuk memulakan hari anda!

8. Bersenam

Bila sebut bersenam sahaja, ibu-ibu akan panik. Jangan risau, senaman yang dimaksudkan di sini adalah senaman ringan sahaja. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan adalah berjalan ataupun berenang. Cuba lakukan senaman ringan sedikit demi sedikit dan jika anda sudah berasa yakin dengan diri anda, anda boleh cuba berbasikal pula.

9. Menyusu badan

Tahukah anda, memberi susu badan secara eksklusif kepada bayi anda membakar hampir 500 kalori setiap hari? Bukan itu sahaja, penyusuan badan juga membantu uterus anda untuk mengecut kepada saiz yang asal. Menarik bukan?
Tidak perlu kami huraikan lagi apakah kebaikan terhadap bayi anda apabila diberi susu badan secara eksklusif, anda tahu!

.

10. Air

Ini merupakan cara paling mudah, penting dan berkesan Air menghapuskan toksin badan anda dan juga membantu mengurangkan lemak perut. Ia juga membantu menggantikan cairan yang hilang semasa anda menyusukan anak anda. Ibu-ibu yang menyusukan anak pasti tahu betapa hausnya anda setiap masa.
Jadi, jangan terpengaruh dengan mitos yang menyatakan air membuncitkan anda!

11. Daun kari & bawang putih

Tahukah anda, daun kari sangat bagus dalam proses detoks? Dan semestinya bagus untuk menghapuskan lemak di perut!
Begitu juga bawang putih pula sangat bagus untuk mengempiskan perut anda. Bagaimana? Kunyah dua ulas bawang putih dan diikuti dengan meminum air lemon. Cuba dan kongsikan kepada kami keberkesanannya!

Jadi bagimana? Cukup bukan tips yang kami kongsikan di sini?

Kami harap tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu semua untuk mendapatkan kembali perut idaman masing-masing. Tetapi, ingat! Sentiasa bersederhana dengan badan anda sendiri dan jangan merasa stress jika berat badan anda tidak berkurangan. Jangan laparkan diri anda kerana bayi anda juga secara tidak langsung akan menerima kurang nutrisi yang diperlukan mereka untuk membesar.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart