Sakit Rengat; Azabnya Pengalaman Ibu Selepas Bersalin

Sakit Rengat; Azabnya Pengalaman Ibu Selepas Bersalin

Aduh, sakitnya rengat! Pasti setiap wanita yang pernah melahirkan dan berpantang selalu teringat-ingat kesakitan tersebut. Kalau boleh dah tak merasainya lagi, kan?

Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal, Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan di Sunway Medical Centre memberitahu kesakitan dialami wanita seperti kontraksi atau rengat adalah disebabkan proses pengecutan rahim untuk kembali ke bentuk asal.

“Sejurus selepas bersalin rahim perlu mengecut untuk mengelak daripada pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan. Ini adalah proses normal yang dialami setiap wanita. Pada hari-hari seterusnya, rahim mengalami proses pengecutan untuk kembali ke bentuk asal. Secara amnya, dalam tempoh 10 hingga 14 hari, rahim sudah tidak boleh dirasai di kawasan abdomen,” katanya.

Tahap kesakitan rengat berbeza pada setiap wanita dan daya ketahanan terhadap kesakitan juga berbeza. Ada wanita yang berasakan ia amat menyakitkan dan ada pula yang boleh menahannya. Ada kalanya, sakit rengat akan juga bertambah ketika menyusukan bayi dan ini adalah normal kerana hormon oksitosin yang menggalakkan pengeluaran susu juga menggalakkan kontraksi.

Wanita dinasihatkan untuk meneruskan penyusuan badan walaupun terpaksa menahan kesakitan kerana semakin kerap bayi menyusu semakin cepat rahim mengecut.

Kebiasaanya darah nifas akan keluar semasa tempoh rengat ini. Jika pendarahan terlalu banyak atau si ibu merasai kesakitan yang terlalu kuat, dinasihatkan segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman dan komplikasi lain yang berbahaya.

Pengalaman Sakit Rengat

Sarwani Padzil masih mengingati momen kelahiran anak keduanya 11 tahun yang lalu. Selepas kelahiran tersebut, beliau mula mengalami kesakitan sama seperti kontraksi ketika mahu bersalin.

Menurut Sarwani, rengat dirasai sejurus selepas melahirkan anak. Ketika itu dia masih di hospital dan doktor terpaksa memberikan ubat penahan sakit bagi mengurangkan kesakitan. Namun ia hanya bertahan selama empat jam dan selepas itu rasa kontraksi yang teruk di bahagian rahim datang semula. Darah nifas juga keluar lebih banyak dan berketul-betul.

Bercerita tentang pengalamannya, Sarwani memberitahu beliau berada di hospital selama tiga hari dan doktor memberikan dua jenis ubat penahan sakit berbentuk tablet dan suntikan. Walaupun masih merasai sakitnya, suntikan itu dapat mengurangkan seketika sebelum rengat datang semula. Mungkin sesetengah wanita mengalami kesakitan seperti senggugut tetapi pada saya ia lebih sakit dan sangat menyeksakan. Beliau juga terpaksa menyambung pengambilan ubat tahan sakit ketika di rumah bagi mengurangkan tekanan.

Tips Ketika Rengat

Bertungku dan berurut

Bertungku boleh dilakukan menggunakan tungku khas yang anyak dijual dalam pasaran. Seeloknya bertungku dibahagian rahim, paha dan kaki secara lebih kerap bagi mengelakkan kejang urat.

Urutan juga penting untuk melegakan urat-urat yang menegang semasa proses melahirkan anak.

Image result for tungku bersalin

Sapu minyak panas

Sebaik saja bersalin, sapu minyak panas pada perut dan kemudian pakai bengkung. Sapukan juga pada kaki dan pakai stoking bagi mengelakkan kaki dimasuki angin.

Ubat tahan sakit

Jika sakit yang terlampau anda boleh ambil ubat tahan sakit. Tapi perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Rehat

Benda paling penting. Ibu lepas bersalin perlu banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Hal ini bagi mengelakkan ibu berasa tertekan dan penat. Tekanan boleh menyebabkan ibu lepas bersalin sering menangis dan kurang memberi tumpuan kepada bayi yang baru dilahirkan. Ini juga boleh menyebabkan meroyan!

Sokongan Suami

Dr Sharmina menasihati golongan bapa supaya prihatin dan mengambil tahu mengenai kesakitan yang ditanggung isteri serta membuat persediaan bagi membantu isteri agar tidak menderita kesakitan seorang diri. Wanita selepas bersalin sangat memerlukan sokongan moral dan fizikal daripada suami.

Setiap wanita melalui tempoh kesakitan rengat yang berbeza, biasanya antara dua hingga 10 hari. Tapi ada juga yang langsung tidak pernah merasai rengat untuk kelahiran. Walau bagaimanapun, sokongan moral ahli keluarga terdekat terutamanya suami sangat diperlukan selepas proses kelahiran.

Image result for husband taking care of wife
Sokongan suami sangat penting untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh isteri.

Perhatian

Terdapat beberapa perkara yang perlu suami beri perhatian semasa isteri berpantang.
Suami perlu meberi perhatian yang secukupnya kepada isteri kerana waktu ini isteri sangat memerlukan bantuan dan sokongan suami. Suami kena selalu berada memberi kata-kata semangat dan membelai isteri. Hal ini penting bagi meredakan tekanan dan kesakitan isteri.

Sediakan makanan pantang

Suami kena selalu ringan tulang untuk membantu menyediakan makanan yang sesuai untuk isteri semasa berpantang. Bab makanan pun sangat penting tau, kalau salah makan memang makin merana la isteri anda.

Uruskan bayi

Lepas balik kerja tu kalau boleh luangkan sedikit masa untuk layan bayi anda. Bantu isteri mandi dan tidurkan bayi. Waktu tengah malam pun sama, rajinkan diri untuk bancuh susu bayi. Barulah isteri tak terbeban buat benda seorang diri.

Image result for dad and baby
Foto: Mas & Pas

Penjagaan ibu selepas bersalin sangat penting. Kerjasama daripada orang sekeliling terutama suami sangat penting bagi memastikan ibu boleh berpantang dengan selesa. Ibu-ibu jangan cepat stress tau. Jaga diri elok-elok!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart