Apa itu Sonotron & Bagaimana Ia Dapat Membantu Merawat Batuk Berkahak Anak Anda?

Ibu bapa yang anaknya sudah mengalami batuk, batuk berkahak yang lama pasti sudah mula mencari alternatif lain selain ke klinik dan hospital kan? Ubat sudah dimakan, mandian air lemon sudah, minyak bawang putih dan macam-macam lagi sudah dilakukan, tetapi masih sama. Pernahkah anda terdengar akan rawatan terapi sonotron?

Sonotron ialah rawatan terapi medikal yang pantas, berkesan dan tidak menyakitkan. Ianya bebas daripada sebarang penggunaan ubat-ubatan & pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh juru terapi, ia memberi kesan serta merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah. Terapi sonotron ini telah dicipta dan digunakan sejak tahun 1987. Rawatan ini menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, 430 kHz. Alat Sonotron ini menghasilkan tenaga dari pancaran sinaran (Corona Discharge Beam).

Kaedah terapi sonotron ini selalunya digunakan untuk mengubati penyakit saraf dan otot seperti sakit leher, bengkak kaki, masalah lutut dan lain-lain lagi. Namun kebelakangan ini, terapi sonotron ini mula popular kerana dikatakan berkesan membantu merawat batuk berkahak untuk bayi dan kanak-kanak.

Pancaran sinaran daripada alat yang digunakan untuk terapi ini berupaya untuk menyingkirkan radikal bebas berlebihan yang terdapat dalam sel-sel bermasalah. Setelah radikal bebas ini ditukarkan kepada oksigen dan air, sel yang sakit berupaya untuk sembuh dengan serta merta secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.

Bagaimana rawatan terapi Sonotron ini dilakukan?

Gambar diambil dari Baby Centre.

Bayi akan diminta untuk ditanggalkan pakaian untuk menjalani proses terapi Sonotron. Pancaran sinaran akan selalunya dihalakan ke bahagian dada, tekak, hidung dan belakang badan. Sepanjang terapi, alat yang digunakan tidak akan langsung menyentuh pesakit. Pesakit hanya akan berasa suam sahaja pada badan apaila sinar tersebut dipancarkan.

Keberkesanan sonotron ini boleh dilihat seawal selepas selesai terapi sonotron sehingga 24jam. Anak anda akan sama ada muntahkan kahak dan lendir mereka ataupun, mengeluarkan lendir dan kahak tersebut melalui najis mereka. Menurut ahli terapi sonotron, untuk betul-betul merawat batuk berkahak anak anda, proses terapi sonotron ini sebaiknya dilakukan 2-3 kali , dengan syarat tidak melebih tempoh seminggu jarak antara setiap sesi.

Setelah proses terapi sonotron selesai, anda juga boleh sapukan CF Rub Balm daripada Tasneem Naturel dan melakukan tepuk percussions. Tepuk percussions sangat penting apabila anak anda berkahak kerana ia dapat melonggarkan kaviti udara anak anda sekaligus membantu melegakan pernafasan mereka.  Kebanyakan pesakit yang telah menjalani terapi sonotron bersetuju bahawa terapi sonotron ini sedikit sebanyak membantu mengeluarkan lendir dan juga kahak anak-anak mereka. Bagaimana dengan anda? Pernahkah anda mencuba terapi sonotron ini? Ataupun, inginkah anda mencuba terapi medikal ini? Banyak-banyakkan pembacaan dan juga cuba minta pandangan doktor ya.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart