Manfaat Minyak Lavender Yang Perlu Anda Tahu

Pati minyak lavender (lavender essential oil) adalah minyak pati yang paling banyak sekali digunakan di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, sudah hampir 2500 tahun khasiat minyak lavender sudah ditemui dan digunakan? Minyak pati lavender popular kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, mempunyai efek menenangkan, membantu depresi dan juga bagus untuk kesihatan. Oleh sebab itu, minyak lavender digunakan secara meluas bukan sahaja secara aromaterapi bahkan dalam dunia kosmetik.

Berikut adalah beberapa khasiat pati minyak lavender yang perlu anda tahu;

  • Minyak Lavender bagus untuk kulit yang baik

Seperti yang semua sedia maklum, lavender mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, yang bagus untuk kulit. Jika anda ingin cuba, anda boleh campurkan setitik minyak pati lavender dengan beberapa titik minyak argan ataupun minyak jojoba dan urutkan di muka untuk menghasilkan kulit yang glowing dan sihat.

  • Minyak lavender bagus untuk merawat jerawat

Lavender merupakan bahan semulajadi yang mempunyai kandungan yang baik untuk membasmi bakteria dan juga mempunyai ciri anti-keradangan. Kedua-dua khasiat ini bagus untuk kulit kerana tidak menyumbatkan liang pori dan juga mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jerawat. Bukan itu sahaja, minyak lavender juga melancarkan peredaran darah di mana dapat membantu membekalkan nutrisi kepada kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

  • Minyak lavender bagus untuk merawat eczema

Ekzema merupakan satu keadaan kulit yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada sesiapa yang menghidapinya di seluruh dunia ini. Ia boleh menyebabkan  kulit menjadi kering, gatal-gatal dan yang lebih kronik, boleh dialami di seluruh badan.

Minyak pati lavender sangat bagus untuk merawat ekzema dengan syarat, perlu dicampurkan dengan carrier oils (tea tree oil), ia akan sangat membantu mengurangkan ekzema. Terkenal dengan sifat antiseptik, minyak lavender boleh membantu mengurangkan kegatalan, kemerah-merahan dan juga mengawal symptom ekzema yang lain.

  • Minyak lavender bagus untuk luka dan calar-calar.

Minyak lavender telah terbukti membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, lecur dan juga calar-calar kerana ia mempunyai sifat anti-mkrobakteria. Kajian telah dijalankan pada tahun 2016 di mana minyak pati lavender telah disapukan pada tikus makmal yang terluka dan sebagai perbandingan, tikus makmal yang lain tidak disapukan minyak lavender. Ternyata, pembentukan tisu untuk menyembuhkan luka tersebut lebih cepat dihasilkan di tikus yang telah disapukan minyak lavender. Beberapa penyelidikan lain juga telah dijalankan bagi menyokong khasiat minyak lavender ini.

  • Minyak lavender baik untuk tidur

Selepas ini, anda tidak perlu lagi bergantung pada pil tidur untuk membantu anda tidur. Minyak lavender telah terbukti membantu anda untuk mendapatkan mood tidur, menenangkan dan juga melenakan tidur anda.

Pati minyak lavender merupakan alternatif yang lebih selamat untuk anda mudah tidur, tidur lena dan dapatkan tidur berkualiti.

Dengan mempelajari kahasiat-khasiat pati minyak lavender ini, Tasneem Naturel telah pun formulasikan pati minyak lavender ke dalam Sleep Time Balm, Sleep Roll On dan juga Sleep Pillow Mist. Boleh cuba produk-produk ini di Tasneem Naturel dan juga Shopee ya.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart