4 TANDA ANAK ANDA MUNGKIN MENGHIDAPI EKZEMA TANPA ANDA SEDARI!

“Abang, semalam anak kita makan apa ya? Dia asyik menggaru je dari tadi. Takut salah makan”

IBUBAPA SERINGKALI MENGANGGAP JIKA BADAN ANAK GATAL-GATAL, PUNCANYA ADALAH MAKANAN!

Tahukah anda, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh faktor kebersihan, faktor jangkitan ataupun lain-lain? Pernah tak terfikir anak anda menghidapi ekzema? Kadang-kadang tanpa ibubapa sedari, anak mereka sebenarnya adalah merupakan penghidap ekzema.

Ekzema ialah satu keadaan di mana sebahagian kulit akan mengalami bengkak, gatal-gatal, kulit menjadi merah, merekah dan juga seakan kasar. Kadang kala, kulit juga boleh jadi melepuh. Ekzema juga terbahagi kepada beberapa jenis, bermula dari tahap yang paling ringan hinggalah tahap paling kritikal. Selalunya , ekzema tahap paling ringan yang tidak diketahui ibubapa.

Berikut adalah tanda yang menunjukkan MUNGKIN anak anda menghidapi ekzema tanpa anda sedari menurut Profesor Madya Dr Adawiyah Jamil (Pakar Perubatan Dermatologi, PPUKM)

Bila digigit nyamuk, sukar hilang.

Untuk pengetahuan anda, kulit kanak-kanak yang menghidapi ekzema sangat kering dan sensitif. Jadi apabila mereka digigit nyamuk, kesan gigitan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meninggalkan parut. Ibubapa seringkali menganggap ini merupakan perkara biasa tanpa mengetahui ini adalah simptom penghidap ekzema.

Daki pada kulit kepala

Tahukah anda, kelemumur juga sebenarnya adalah merupakan salah satu jenis ekzema? Tetapi untuk lebih spesifik, untuk bayi yang baru lahir, kelemumur yang dikategorikan sebagai ekzema adalah apabila kelemumur tersebut dalam keadaan lapisan daki yang berwarna coklat kehitaman. Ianya kelihatan seperti kepingan kulit yang melekat pada kulit kepala dan jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman lalu timbul biji-biji berair dan ianya gatal!

Ruam susu

Ruam susu merupakan sejenis ‘infantile eczema’. Ianya merupakan keadaan dimana ruam-ruam merah yang akan tumbuh di pipi bayi pada umur sekitar 2 bulan dan kebiasaannya akan hilang selepas beberapa bulan.

Keadaan kulit kering

Naluri ibu bapa akan mula mengesan anak mungkin ada ekzema apabila perasan kulit anak kering dan kadangkala bersisik. Walaupun keadaan kulit mereka begitu, mereka kelihatan tidak terkesan dari segi kegatalan ataupun timbul masalah kulit yang lain.

Jadi, ayuh semak dan teliti tanda-tanda di atas sama ada sedang berlaku pada diri anak anda ataupun tidak. Jika ya, boleh terus bawa jumpa doktor ya.
Sebagai alternatif, anda juga boleh cuba gunakan balm Skeenz daripada Tasneem Naturel sebagai langkah rawatan awal. 100% diperbuat daripada bahan semulajadi, tidak panas, tidak pedih, wangi dan tidak melekit!

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart