Batuk Kokol Bayi

Pertussis, atau turut dikenali sebagai batuk kokol (whooping cough) merupakan penyakit berjangkit yang melibatkan sistem pernafasan. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Bordella pertussis dan boleh disebarkan melalui udara daripada pernafasan orang yang dijangkiti.

Batuk kokol adalah batuk yang tidak dapat dikawal, sukar berhenti dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Penyakit ini boleh dijangkiti oleh semua peringkat umur tetapi amat serius dan berbahaya untuk bayi berusia setahun ke bawah.

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada batuk kokol adalah dengan mengambil vaksin.

Batuk Kokol Dalam Kalangan Bayi

Penting untuk anda sedari, kebanyakan bayi yang menghidapi Pertussis (batuk kokol) tidak batuk langsung. Apabila batuk menyerang mereka, mereka selalunya akan terus berhenti bernafas dan bertukar kebiruan. Batuk kokol juga lebih kerap terjadi pada waktu malam.

Simptom-simptom Batuk Kokol

Simptom Pertussis (batuk kokol) boleh dilihat seawal 5 hingga 10 hari setelah dijangkiti. Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil masa sehingga 3 minggu untuk dikesan. Batuk kokol dalam kalangan bayi adalah sangat minimal dan kadangkala langsung tiada. Walau bagaimanapun, bayi akan mempunyai simptom yang dikenali sebagai ‘apnea’. ‘Apnea’ adalah keadaan di mana bayi akan berhenti bernafas seketika ketika sedang bernafas seperti biasa.
Bayi yang mengalami batuk kokol akan kelihatan tercungap-cungap untuk bernafas lalu akan mengalami ‘apnea’.
Bagi bayi yang telah menerima vaksin, peratus bayi yang mengalami ‘apnea’ dan warna kulit seakan kebiruan/ungu serta muntah adalah sedikit.

Cara pencegahan

Pemberian vaksin akan diberikan sebanyak sekurang-kurangnya 3 dos kepada bayi ketika mereka berusia 2, 3 dan 5 bulan. Dos keempat (booster) juga akan diberikan ketika bayi berusia 18 bulan.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda perlu terus berjumpa doktor , walapun anak anda sudah divaksinkan, sekiranya anda berasa bahawa anak anda mengalami batuk kokol ataupun jika mereka telah terdedah dengan sesiapa yang menghidapi batuk kokol.

Ini penting lebih-lebih lagi jika anak anda telah mengalami batuk yang lama dan juga;

  1. Kulit atau bibir anak anda kelihatan biru / merah ketika / selepas batuk.
  2. Anda anda muntah selepas batuk
  3. Anak anda mengalami ‘apnea’.
  4. Anak anda kelihatan lembik.

Sekiranya anda telah disahkan menghidapi ‘Pertussis’ dan diminta berehat di rumah, segera ke hospital sekiranya mereka mengalami kesukaran untuk bernafas ataupun menunjukkan simptom-simptom dehidrasi.

Kongsikan artikel ini, semoga bermanfaat untuk semua ibubapa di luar sana!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart