Si Hijau – Makanan Super Untuk Si Manja

Si Hijau – Makanan Super Untuk Si Manja

Brokoli atau kubis bunga hijau ialah sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai sayur-sayuran. Jambak bunganya bersama tangkai jambak bunga yang muda direbus atau dikukus sehingga sederhana empuk untuk dijadikan sebagai ulam. Rasanya lemak-lemak manis.

Tempoh sesuai untuk memperkenalkan brokoli kepada bayi.

Brokoli mungkin bukan sayur pilhan pertama untuk diperkenalkan kepada bayi kerana ia boleh menyebabkan gas atau kembung perut. Umur yang sesuai untuk untuk memperkenalkan brokoli ialah apabila bayi berusia lapan sehingga 10 bulan. Walau apa-apapun, jangan lupa dapatkan nasihat pakar dahulu.

Cara penyediaan brokoli

Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah dengan mengukus atau memasaknya dengan menggunakan minyak zaitun. Brokoli juga sedap dimasak secara panggang atau sup.

Jom kita tengok beberapa resepi yang berasaskan brokoli. Mama papa boleh cuba untuk si kecil.

PURI BROKOLI BAYAM

Bahan-bahan

  • 1 cawan brokoli
  • 2 cawan bayam

Cara-cara

  1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukus selama dua minit.
  2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua minit atau sehingga brokoli lembut.
  3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  4. Sejukkan terlebih dahulu sebelu, dihidangkan kepada si manja.

TIP: Semasa mengisar puri, pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.

SUP BROKOLI BERKRIM

Bahan-bahan

  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1/2 batang saderi (dicincang)
  • 1 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 4 cawan bunga brokoli (potong kecil)
  • 1 1/2 tepung serba guna
  • 1 cawan susu
  • Sedikit garam dan lada hitam kasar

Cara-cara

  • Cairkan mentega dalam periuk sederhana besar.
  • Tumis bawang dan saderi sehingga lembut. Masukkan brokoli dan air rebusan ayam, tutup dan reneh selama 10 minit.
  • Tuangkan sup dalam pengisar. Pastikan ia tidak lebih daripada separuh penuh. Tahan penutup pengisar dengan tuala dapur yang dilipat dan berhati-hati mengisar.
  • Tuangkan sup ke dalam periuk bersih.
  • Dalam periuk kecil yang lain, cairkan mentega dan masukkan tepung diikuti susu. Kacau sehingga kental dan berbuih dan masukkan ke dalam sup.
  • Perasakan dengan lada hitam dan garam.
  • Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart