Sakitnya bayi nak tumbuh gigi, apa rawatannya?

Adakah bayi anda sedang tumbuh gigi yang pertama dan meragam? Penting untuk ibu bapa fahami apa yang bayi anda lalui dan cuba untuk legakan kesakitan mereka.

Air liur meleleh, kuat meragam dan sering menangis adalah cara-cara bayi anda mengekspresikan kesakitan mereka.

Apa Yang Tipikal?

Walaupun perkembangan setiap bayi berbeza, namun kebiasaannya bayi akan mula tumbuh gigi pertamanya di sekitar usia 6 bulan. Selalunya gigi pertama yang akan tumbuh adalah gigi depan di bahagian bawah (lower central incisors) dan diikuti dengan gigi depan bahagian atas (upper central incisors).

Antara tanda-tanda klasik dan symptom anak anda sedang mengalami fasa pertumbuhan gigi pertama adalah;

  • Air liur kerap meleleh
  • Sudah mula suka menggigit objek.
  • Kerap merengek dan meragam.
  • Gusi sakit dan melembut.
  • Demam bersuhu tidak terlalu tinggi

Ada sesetengah ibu bapa mengatakan bahawa anak mereka akan mengalami demam suhu tinggi dan cirit birit disebabkan pertumbuhan gigi, namun penyelidik menyatakan bahawa demam suhu tinggi dan cirit-birit bukanlah simptom pertumbuhan gigi. Sekiranya demam bayi anda bersuhu 38°C ataupun cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor untuk konsultasi kesihatan.

Cara Terbaik Untuk Melegakan Sakit Gusi Bayi

Sekiranya bayi anda kelihatan tidak selesa dan kesakitan, anda boleh cubakan tips-tips di bawah ini bagi membantu mereka;

  • Gosok gusi bayi anda. Gunakan jari yang bersih ataupun gauze pad yang telah dibasahkan untuk menggosok gusi bayi anda. Tekanan dari jari anda dapat mengurangkan ketidakselesaan mereka.
  • Pastikan gusi anak anda sejuk. Kain yang sejuk, sudu ataupun teether yang telah disejukkan juga boleh diberikan kepada anak anda untuk mereka gigit.  
  • Cuba berikan makanan yang agak keras. Sekiranya anak anda sudah mula makan, cuba berikan lobak ataupun timun yang telah disejukkan kepada mereka untuk digigit. Namun, anda perlu hati-hati agar mereka tidak tertelan ketulan yang besar.
  • Lap air liur yang meleleh. Air liur meleleh merupakan sebahagian daripada proses pertumbuhan gigi. Sekiranya anak anda selalu memasukkan teether, jari ataupun objek lain ke dalam mulut mereka, ia akan menyebabkan air liur terhasil.   Bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit, sentiasa lapkan air liur mereka. Kanda semestinya tidak mahu anak anda mengalami masalah kulit dan juga sakit nak tumbuh gigi di masa yang sama bukan?

Bila anda perlu hubungi doktor?

Pertumbuhan gigi biasanya boleh sahaja dikendalikan sendiri oleh ibu bapa di rumah. Walau bagaimanapun, anda perlu bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya anak anda terlampau kerap meragam dan menangis, suhu demam yang tinggi dan juga sebarang masalah kesihatan lain yang timbul yang tidak kena mengena langsung dengan proses pertumbuhan gigi.

Cara Menjaga Gigi Baru Bayi Anda

Sebaiknya, anda gunakan kain yang lembap ataupun berus gigi lembut, untuk menggosok gusi bayi anda. Setiap hari. Proses ini dapat mengelakkan pengumpulan bakteria yang banyak di dalam mulut bayi anda.  

Sekiranya gigi sudah mula timbul, anda boleh mula gunakan berus gigi yang halus untuk menggosok gigi mereka. Sehingga anak anda reti untuk meludah, sekitar usia 3 tahun, anda hanya perlu menggunakan ubat gigi yang mempunyai florida dengan kuantiti yang sedikit sahaja (lebih kecil dari sebutir nasi) . Apabila anak anda sudah berusia 2 tahun, anda boleh mula letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang.  

Sudah tiba masanya juga untuk anak anda mempunyai rutin ke klinik gigi. Buat yang terlambat, jangan khuatir, anda boleh berjumpa dengan doktor gigi anak anda sekarang. Ini semua demi kesihatan gigi dan gusi anak anda.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart