Cara Cucian & Pembasmian Kuman Botol Susu Yang Patut Anda Tahu!

Siapa sangka, nak cuci botol susu pun ada cara yang betul dan salah kan? Tidak mengapa, sebagai ibu bapa, setiap hari kita akan belajar ilmu yang baru untuk kebaikan anak-anak.
Perkara pertama yang anda wajib tahu adalah, anda perlu BASUH & STERILISE botol susu dan semua peralatan yang digunakan untuk anak anda menyusu sekurang-kurangnya sehingga anak anda berusia 6 BULAN! Proses ini dapat membantu anak anda daripada jatuh sakit yang berpunca daripada jangkitan kuman daripada botol susu. Sekiranya anda memilih untuk tidak terus sterilise selepas anak anda berusia 6 bulan, anda harus memastikan botol susu, putting, dan semua peralatan makanan dan minuman anak anda dibersihkan dengan betul.

Membasuh botol dan peralatan botol.

Ingat ya, sentiasa basuh dan basmi kuman botol susu anak anda sekurang-kurangnya sehingga anak anda berusia 6 bulan.
Barangan yang diperlukan untuk membasuh dan membasmi kuman botol susu:

  1. Berus botol susu.
  2. Sabun botol susu yang bersesuaian.
  3. Steriliser unit

Cara basuhan

  1. Bersihkan tangan anda menggunakan sabun dan air terlebih dahulu. Kemudian, keringkan tangan anda.
  2. Bilas botol susu dan puting botol dengan air sejuk sejurus selepas bayi selesai minum susu.
  3. Kemudian, basuh botol dan puting botol menggunakan sabun dan bilas dengan air panas.
  4. Seterusnya, gunakan berus botol untuk membersihkan lebihan susu yang tertinggal di dalam botol.
  5. Cuba terbalikkan puting susu dan bersihkan sisa-sisa lebihan susu dan semburkan air sehingga ia keluar daripada lubang puting botol susu tersebut.
  6. Bilas sekali lagi botol dan puting botol dengan air bersih tanpa sabun.

Membasmi kuman botol dan peralatan botol susu.

Segala peralatan yang digunakan untuk menyusukan anak anda harus dibasmi kuman termasuklah penutup botol susu, sudu yang digunakan untuk mengambil susu formula, sebarang bekas dan lain-lain.
Anda boleh basmi kuman menggunakan 3 cara. Setelah kesmua peralatan sudah dibasmi kuman, keluarkan peralatan susu tersebut menggunakan tangan yang bersih dan simpan di dalam bekas yang tertutup dan bersih. Sekiranya anda tidak menggunakan barang-barang tersebut dalam masa 24 jam, anda perlu basmi kuman sekali lagi sebelum penggunaan.

Cara basmi kuman

  • Gunakan mesin sterilizer.
    – Anda boleh dapatkan mesin sterilizer di mana-mana kedai bayi ataupun secara atas talian dengan harga serendah RM170.
    – Ikut arahan yang disediakan dengan betul.
    – Botol susu gelas dan sebarang logam tidak digalakkan untuk diteakkan sekali di dalam mesin sterilizer  ini.
    – Setelah selesai, keluarkan peralatan botok susu dengan tangan yang bersih. Simpan barangan di tempat yang bersih dan kering.
  • Didihkan peralatan menyusu.
    – Letakkan segala peralatan menyusu di dalam periuk yang besar.
    – Tuangkan air sejuk ke dalam periuk tersebut.
    – Pastikan semua peralatan betul-betul terendam dengan air tersebut dan tiada buih terhasil.
    – Tutupkan periuk tersebut dengan penutupnya. Hidupkan api dan biarkan sehingga air mendidih. Setelah air mendidih, biarkan ia mendidih selama 5 minit. Selepas itu, tutup api. Biarkan air sejuk barulahh boleh keluarkan semua peralatan tersebut.
    – Buang lebihan air dan simpan semua peralatan di tempat yang kering dan bersih.
  • Gunakan sterilizer jenis kimia.
    Steriliser jenis kimia berbentuk tablet boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM20. Sila ikuti arahan penggunaan steriliser tersebut seperti yang diarahkan.
    – Barangan logam tidak sesuai menggunakan teknik pembasmian kuman yang ini.
    – Letakkan kesemua peralatan di dalam bekas yang bersesuaian. Tutup bekas menggunakan campuran air dan sterilizing tablet dengan rapat.
    – Bersihkan bekas yang digunakan selepas menggunakannya.
    – Bersihkan juga tangan anda dengan betul selepas menyentuh campuran air ini.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Dan tahukah anda, Tasneem Naturel bakal mengeluarkan pencuci botol susu organic hujung bulan 8 ini? Nantikan!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart