Teknik Mandikan Bayi Dengan Betul

Tahukah anda, bayi tidak perlu dimandikan setiap hari? Cukuplah sekadar 3-4 kali seminggu sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya bayi anda berpeluh, anda boleh mandikan bayi anda dengan hanya menggunakan air sahaja bagi mengelakkan ruam terjadi dan buat bayi anda selesa.

Waktu mandi adalah waktu yang seronok untuk anda dan bayi anda. Bayi akan merasa gembira dan seronok kerana boleh menendang dan bergerak dengan ringan (tanpa pakaian). Waktu mandi juga adalah masa yang terbaik untuk bersembang dengan bayi anda.

Tips Keselamatan

Di bawah ini merupakan tips ekstra yang perlu anda ingat apabila memandikan bayi anda;

  • Sediakan barang-barang yang akan diperlukan sebelum sesi mandi.
  • Pastikan suhu air adalah 37°C untuk mengelakkan bayi berasa sejuk ataupun terlalu panas. Sekiranya anda tidak mempunyai thermometer mandian, anda boleh celupkan siku anda ke dalam air. Pastikan anda merasa suam, bukan panas.
  • Pastikan anda sentiasa memegang bayi anda kerana tangan yang terkena sabun akan licin.
  • JANGAN SESEKALI TINGGALKAN BAYI ANDA WALAU SESAAT. Air tinggi seinci pun boleh melemaskan bayi anda.

Cara Mandikan Bayi Yang Betul

  1. Basuh tangan anda dengan bersih.
  2. Isikan besen mandian dengan air suam tidak melebihi 3 inci tinggi. Jangan isi air terlampau penuh. Check suhu air dengan betul, pastikan suam, bukan panas.
  3. Susun barang-barang yang diperlukan dalam jangkauan tangan sahaja.
  4. Tanggalkan pakaian bayi anda. Baringkan bayi anda di atas tuala (rujuk gambar).
  1. Mata: Basuh kelopak mata bayi dengan bucu kain tuala kecil dengan mencelup sedikit demi sedikit tuala ke dalam air. Mulakan basuh dari hujung kelopak mata hingga ke dalam masa. Gunakan bahagian tuala yang berbeza untuk setiap mata.
  2. Muka : Basahkan tuala dan basuh muka bayi anda menggunakan tuala tersebut. Jangan sabunkan muka bayi anda.
  3. Telinga : Cuci bahagian luar telinga dengan tuala yang sudah dibasahkan. Keringkan telinga secepat mungkin.
  4. Rambut dan kulit kepala ; Angkat bayi anda. Pegang belakang kepalanya dengan betul. Letakkan punggung bayi pada pinggang anda (rujuk gambar). Cara pegangan ini membuatkan bayi rasa selamat dan selesa. Basahkan kepala bayi dengan air suam. Letakkan syampu sedikit sahaja pada tangan anda kemudian baru letakkan ke kepala bayi anda. Usap kepala perlahan-lahan dalam bentuk bulatan. Alihkan kepala bayi anda ke arah besen dan nilas kepala bayi anda menggunakan tangan anda sahaja. Apabila sabun telah hilang, lap kepala bayi anda sehingga kering
  1. Badan : Letakkan bayi anda semula di atas tuala. Hasilkan buih sabun pada tangan anda. Mula letakkan sabun tersebut dari leher dan gosok sehingga ke seluruh badan bayi. Pastikan anda membersihkan setiap lipatan badan bayi anda, antara jari dan juga bahagian kemaluan mereka. (Sekiranya bayi lelaki anda masih belum disunatkan, jangan tarik kulit kepala zakar bayi anda ke belakang untuk membersihkannya! Ini boleh mencederakan zakar bayi anda).  Bilas sabun tersebut menggunakan tuala kecil yang basah. Selesai bilas, keringkan dengan tuala kering. 

Tips Jagaan Ekstra Untuk Kulit Kepala Bayi

  • Sekiranya kulit kepala bayi anda menjadi kering dan kelihatan bersisik, letakkan sedikit minyak rambut bayi selepas anda syampukan kepalanya. Tinggalkan minyak rambut tersebut seharian. Keesokan harinya, sikat rambut kulit kepala bayi anda untuk membuang kotoran di kepala anak anda  kemudian baru mandikan mereka.
  • Sekiranya kulit kepala bayi anda masih tidak bersihkan, lakukan perkara yang sama setiap hari sehingga kepalanya bersih.
  • Sekiranya anda sudah melakukan perkara ini beberapa hari dan masih tiada kesan, anda perlulah berjumpa dengan doktor.
  • Jangan lupa basuh, sabun, bilas dan keringkan sikat yang digunakan setiap hari.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart