CARA ATASI RUAM LAMPIN YANG PATUT IBU BAPA TAHU

Tidak kira secermat mana pun anda, si kecil anda pasti akan terkena ruam lampin pada satu masa. Majoriti bayi dan kanak-kanak di dunia ini akan mengalami ruam lampin.

Jadi, anda perlu bersedia! Jom belajar cara merawat ruam lampin dan cara elakkan ruam lampin. Semoga bermanfaat untuk ibu bapa semua!
Ruam lampin ini adalah keadaan di mana kulit bayi akan menjadi sakit, kemerah-merahan, naik ruam dan kadangkala sehingga kelihatan seakan bersisik. Kebanyakan kes ruam lampin akan pulih secara sendiri dengan hanya menukar rutin tukar lampin atau tukar lampin.

Punca-Punca Ruam Lampin

Iritasi – Kulit bayi dan kanak-kanak akan mengalami iritasi apabila lampin pakai buang telah dipakai terlalu lama dan najis dalam lampin tersebut bergesel dengan kulit bayi secara kerap.
Jangkitan bakteria atau kulat – Air kencing bayi akan mengubah pH level kulit dan ini boleh membuatkan bakteria dan kulat tumbuh dengan mudah. Ciri di dalam lampin pakai buang yang membantu untuk mengelakkan lampin daripada bocor, juga secara tidak langsung akan menghalang kitaran udara berlaku. Keadaan ini menghasilkan persekitaran yang panas dan lembab di dalam lampin, satu persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan bakteria dan kulat, maka terhasillah ruam lampin.
Alergi – Bayi yang mempunyai kulit sensitif juga boleh mengalami ruam lampin.Sesetengah sabun mandian, sabun mandi, lampin pakai buang atau pun baby wipes boleh menyebabkan kulit sensitif mengalami ruam lampin.

Bayi juga akan lebih mudah mendapat ruam lampin apabila;

  • Berak semasa tidur
  • Mengalami cirit-birit
  • Mula makan makanan solid
  • Mengambil antibiotik ataupun meminum susu daripada ibu yang mengambil antibitotik.

Tips Merawat Ruam Lampin

Untuk merawat ruam lampin, pertama sekali anda perlu kerap memeriksa lampin anak anda. Terus tukarkan lampin tersebut sekiranya sudah basah ataupun bernajis besar. Bersihkan punggung bayi anda dengan perlahan menggunakan air dan sabun. Kemudian, lap sehingga kering. Doktor juga mencadangkan agar bayi tidak terus dipakaikan lampin. Biarkan selama lebih kurang sejam untuk membantu kulit yang mengalami ruam lampin untuk betul-betul kering dan ‘bernafas’. Untuk melakukan perkara ini, anda dicadangkan untuk meletakkan anak anda di dalam baby cot berlapikkan cadar kalis air. Anda juga boleh meletakkan bayi anda di atas lantai berlapikkan tuala besar.
Jangan lupa bersihkan tangan anda sebelum dan juga selepas pemakaian lampin. Sekiranya anda terpaksa menggunakan wet wipes untuk membersihkan anak anda, pastikan wet wipes tersebut tidak mengandungi wangian dan juga alkohol.

Sekiranya anak anda mengalami ruam lampin yang teruk, cuba untuk tidak menyentuh langsung kawasan ruam tersebut ketika membersihkannya. Cuma lalukan air sahaja sehingga ianya betul-betul bersih. Anda juga perlu kerap membiarkan anak anda bebas tanpa lampin selama yang mungkin. Ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan kulit bayi anda. Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak dingini terjadi, anda boleh lakukan perkara ini selepas anak anda membuang najis besar.

Krim, Minyak dan Bedak

Krim, minyak dan juga bedak yang diformulasi untuk merawat ruam lampin membantu mengurangkan kesakitan ruam tersebut atau menghasilkan sempadan antara kulit dan juga lampin.

  • Sekiranya anda menggunakan bedak talkum, jauhkan daripada muka anak anda. Talkum ataupun kanji jagung dalam bedak tersebut boleh menyebabkan masalah pernafasan. Letakkan bedak tersebut di tapak tangan anda dan baru sapukan ke kulit bayi anda.
  • Untuk krim dan minyak pula, sapukan ke kulit anak anda sebelum memakai lampin.

Elakkan memakai krim yang mengandungi steroid , melainkan diarahkan oleh doktor. Steroid boleh membuatkan kulit bayi anda semakin teruk.

Anda juga boleh sapukan balm Skeenz daripada Tasneem Naturel kerana balm ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, tidak melekit, tidak panas dan wangi. Ia diformulasi khas untuk bayi yang mempunyai kulit sensitive.

Tukar jenama lampin, sabun mandian dan sabun pakaian.

Tahukah anda, kadangkala jenis lampin, sabun mandian dan sabun pakaian juga merupakan faktor penyumbang ruam lampin. Jika boleh;

  • Tukar jenis lampin. Jika anda menggunakan lampin kain, cuba tukar ke lampin pakai buang. Dan jika anak anda menggunakan lampin pakai buang, cuba tukar ke jenama lain.
  • Jika anda membasuh lampin kain anda sendiri, cuba tukar sabun basuh pakaian tersebut. Cuba cari sabun yang ‘hypoallergenic’ dan sesuai untuk bayi.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya;

  • Ruam lampin masih tidak hilang selepas 2, 3 hari melakukan perkara-perkara di atas.
  • Anak anda mula demam dan kelihatan lembik.
  • Timbul bintik-bintik kekuningan yang berisi cecair di kawasan ruam. Ini mungkin menunjukkan berlakunya jangkitan bakteria dan memerlukan rawatan antibiotik.
  • Kulit anak anda mula melepuh, timbul kerawat merah di kawasan ruam lampin. Ini dikhuatiri berlakunya jangkitan kulat dan anak anda mungkin memerlukan ubat anti kulat untuk merawat sakitnya itu.

Bagaimana ibu bapa semua? Diharap artikel ini dapat membantu anda semua! Kongsikan ya untuk manfaat semua.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart