Susu Full Cream atau Susu Fresh ; Yang mana lebih baik untuk anak anda?

Apabila anak menginjak ke usia 1 tahun, ini merupakan perbalahan monolog dalaman yang sering ibu-ibu alami. Nak bagi anak minum susu yang mana ya, susu full cream ataupun susu fresh? Yang mana lebih bagus? Si A cakap susu full cream lebih bagus, si B pula cakap susu fresh lebih bagus. Pening!

Baiklah ibu-ibu semua, jangan pening-pening dah ya. Di sini kami kongsikan info kesihatan mengenai kandungan susu full cream dan juga susu fresh berdasarkan Dr Aishah Alsagoff, doktor perubatan Hospital Pakar Kanak-Kanak.

Walau apa-apa pun doktor sekali lagi menegaskan bahawa SUSU IBU adalah susu yang terbaik untuk anak-anak anda. Beliau bagaimana pun faham sekiranya ada sesetengah ibu yang tidak mempunyai peluang untuk menyusukan badan atas sebab masing-masing.

Sebelum kita masuk ke isu utama, susu mana yang lebih baik dan sesuai untuk anak anda, kami akan terangkan terlebih dahulu terma-terma yang digunakan dalam dunia penghasilan susu.

  1. Pasteurized : Pesteruized bermaksud, susu tersebut telah pun dipanaskan menggunakan suhu yang tinggu dengan tujuan untuk membunuh bakteria dan memanjangkan jangka hayat susu tersebut.
  2. UHT : Susu yang telah dipanaskan dengan menggunakan suhu yang LEBIH TINGGI dengan tujuan membunuh bakteria dan memanjangkan jangka hayat susu tersebut.
  3. Homogenized : Susu telah pun melalui proses untuk menghasilkan tekstur susu yang lembut dan sekata.
  4. Fortified : Susu telah pun melalui proses di mana nutrisi akan ditambahkan bagi menggantikan nutrisi yang telah pun hilang akibat proses pemanasan di atas ini.

Proses penghasilan susu akan melalui proses-proses di atas ini. Selalunya di kotak, akan dilabelkan sama ada susu tersebut adalah ‘homogenized’ atau ‘pasteurized’. Anda perlu baca dahulu label pada kotak susu ya.

SUSU FULL CREAM

Susu full cream juga dikenali sebagai whole milk. Dengan perkataan whole milk ini pun sudah menggambarkan kandungannya. Susu full cream ini adalah susu lembu yang telah diproses dan dicukupkan kandungan nutrisinya. Ianya kaya dengan lemak, protein, karbohidrat dan vitamin vitamin lain yang diperlukan. Susu full cream amat sesuai untuk diberikan kepada anak anda.

SUSU FRESH

Susu fresh pula merupakan susu segar yang hanya disterilkan dan tidak melalui proses-proses seperti yang dinyatakan di atas. Ianya kerana susu tersebut ‘segar’ dari ladang. Semua kandungan lemak, protein, dan karbohidrat susu segar sama seperti susu full cream. Susu fresh walau bagaimanapun, kekurangan vitamin A dan juga vitamin D3. Jadi, susu fresh kurang kesuai untuk diminum anak anda untuk jangka masa yang lama.


Yang penting, elakkan memberi ‘unpasteurized fresh milk’ kepada anak anda ya. Susu ini betul-betul diperah dari lembu dan tidak melalu proses sterile, dikhuatiri mengandungi bakteria dan kuman kepada anak anda.

Jadi, bagaimana ibu-ibu semua? Anda sudah tahu hendak berikan susu apa? Sekiranya anda sudah pun perkenalkan susu fresh kepada anak anda, jangan khuatir. Perbezaannya hanyalah dari segi kandungan vitamin D3 dan juga vitamin A.

Kongsikan kepada ibu bapa yang lain ya. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart