Bayi Cirit-Birit: Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk merawatnya?

Siapa di sini yang kerap meneliti najis anak selepas mereka selesai membuang, mendebarkan bukan? Bagaimana anda tahu anak anda sedang mengalami cirit-birit? Di bawah ini, kami senaraikan tanda-tanda anak anda mengalami cirit-birit dengan beberapa rawatan yang boleh dilakukan di bawah.

Tanda-tanda cirit birit

  • Najis kelihatan berair
  • Najis lebih banyak daripada biasa

Punca cirit-birit

  • Perubahan diet makanan
  • Kesan alergi
  • Bakteria
  • Virus
  • Kesan pengambilan ubat

Perlu diingatkan, sekiranya bayi anda mengalami ciri birit, segeralah berjumpa doktor untuk nasihat medikal. Cirit-birit dalam kalangan bayi berbahaya kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan seorang bayi boleh meninggal disebabkan dehidrasi !

Makanan yang BAGUS untuk bayi anda

  1. Pisang
    Pisang mengandungi kandungan potassium yang tinggi, bagus untuk membantu urus menyerap air.
  2. Nasi
    Nasi membekalkan tenaga kepada bayi anda. Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit yang teruk, hentikan sementara pemberian nasi. Lebihkan meminum air.
  3. Epal
    Epal mengadungi pectin , bagus untuk memekatkan makanan dalam usus agar tidak dikeluarkan dalam keadaan cair (cirit).
  4. Roti
    Sama juga seperti nasi, roti dapat membekalkan tenaga kepada anak anda.

Sekiranya anak anda berusia 6 bulan ke bawah, kerapkan pemberian susu badan untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
Ibu bapa juga perlu berjaga-jaga. Sentiasa perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak anda. Contoh tanda-tanda hidrasi adalah, menangis tidak mengeluarkan air mata, lampin kering, kulit apabila dicubit halus mengambila masa lebih dari 2 saat untuk kembali ke bentuk asal, segera berjumpa dengan doktor!

Makanan yang perlu DIELAKKAN untuk bayi anda.

  1. Makanan tenusu
    Dikhuatiri akan membantu pembiakan bakteria dan virus di dalam perut, kecuali yogurt yang mengandungi bakteria baik.
  2. Buah pic, prun, apricot dan plum
    Buah-buah ini dikatakan membantu melembutkan najis bayi anda.
  3. Makanan tinggi fiber

TIPS EKSTRA : Ibu bapa juga boleh sapukan T Rub Balm daripada Tasneem Naturel sebagai alternatif perubatan. Balm tersebut diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan sangat bermanfaat untuk anak anda.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart