Gunakan 6S Ini Untuk Hentikan Bayi Menangis | Tasneem Naturel
Gunakan 6S Ini Untuk Hentikan Bayi Menangis

Gunakan 6S Ini Untuk Hentikan Bayi Menangis

Tidak cukup tidur merupakan perkara biasa bagi mereka yang bergelar ibu ayah. Anak kecil yang selalu meragam dan menangis pada waktu malam cukup meresahkan ibu ayah. Dr Harvey Karp, pakar pediatrik ada mengajar satu teknik praktikal untuk hentikan bayi menangis melalui Teknik 5S.

Teknik ini berkesan kerana ia memfokuskan kepada cara meniru pergerakan serta bunyi yang boleh didengari oleh bayi ketika mereka berada dalam rahim ibu. Bayi sebenarnya sudah biasa dengan keadaan sempit dan pelbagai bunyi bising ketika berada dalam kandungan ibunya selama 9 bulan. Oleh sebab itu, bayi mudah untuk meragam apabila diletakkan di dalam bilik yang terlampau sunyi sambil tangan dan kakinya bebas bergerak.

1) Swaddling (Membedung)

Melalui cara swaddling atau membedung, kita perlu membalut bayi dengan selimut nipis dan emmastika tangannya berada di sisi badannya dan dibalut kemas. Bedung perlu dilakukan dengan cara yang betul dan perlu dilakukan sebeum waktu tidur.

Cara yag betul membolehkan bayi menggerakkan kaki dan mengelakkan tangannya daripada bergerak bebas. Selain itu, bayi yang dibedung juga perlu dibaringkan secara menelentang. Balutan juga perlu kemas dan ketat bagi mengelakkan balutan longgar dan mudah tercabut serta dikhuatiri akan meningkatkan risiko bayi lemas.

Image result for swaddle

2) Stomach/Side Position (Berbaring secara meniarap atau mengiring)

S yang kedua ialah side position di mana ibu ayah perlu membaringkan bayi secara meniarap atau mengiring. Kemudian, tepuk dengan lembut bahagian belakang atau sisi bayi.

Namun begitu, ibu ayah tidak boleh meninggalkan bayi tidue bersendirian semasa membuat teknik ‘S’ yang kedua ini.

3. Shush (Membuat bunyi ‘shuhhh’)

Teknik seterusnya yang ibu ayah boleh gunakan ialah membuat bunyi ‘shuuhh’. Bilik yang terlalu sunyi sebenarnya tidak akan dapat menenangkan bayi yang sedang merengek. Semasa berada dalam kandungan, mereka sudah biasa dengan bunyi bising. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu membuat white noise.

Buat bunyi “shuushhh” dengan kuat di telinga bayi ketika dia menangis dan perlahankan suara anda apabila dia mula tenang. Teruskan membuat teknik bunyi ini sehingga anak anda terlena.

Image result for baby shushing

4. Swing (Membuai)

Teknik ini sebenarnya antara teknik terbaik untuk hentikan bayi menangis. Dukung bayi dan gerakkan badan anda ke depan dan belakang atau ke kiri dan kanan dengan perlahan sehinggalah bayi tenang dan terlena.

5. Suck (Menghisap)

Teknik suck ialah kaedah memberi puting (pacifier) atau membiarkan bayi menghisap jari.

Pergerakan mulut bayi ketika menghisap dapat memberikan rasa selesa dan boleh menghentikan tangisan serta menggalakkan bayi anda untuk tidur lena.

Image result for baby sucking pacifier

6. Sleep Time

Sleep Time merupakan balm semulajadi yang berasaskan sumber tumbuhan. Balm ini berfungsi untuk memberi ketenangan dan membantu anak kecil untuk tidur dengan lebih lena dan bangun dalam keadaan yang ceria.

Balm ini boleh didapati di Shopee atau di sini.

Ibu ayah bolehlah gunakan teknik-teknik ini untuk redakan bayi menangis. Nak lagi senang, boleh cuba Sleep Time ni. Calit-calit di nadi dan sekitar ubun-ubun bayi, insyaAllah bayi akan tidur dengan lena.

Sumber: Diolah daripada TheAsianParent Malaysia.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart