Rouzan al-Najjar; bidadari Ramadan berhati malaikat.

Masih ingatkah kita dengan sosok ahli paramedik muda yang syahid dengan berlumuran darah tatkala sedang membantu pejuang Palestin Ramadan lalu?

2 Jun 2018 menyaksikan suasana pilu di kejiranan Khuzaa Khan Younis, Semenanjung Gaza. Pemergian seorang ahli paramedik muda, Rouzan Ashraf al-Najjar yang ditembak oleh tentera Israel telah menyentuh hati ramai rakyat Palestin. Ribuan rakyat Palestin menghadiri pengebumian Razan termasuk ramai pekerja perubatan, rakan-rakan, serta rakan sekerjanya.

Rouzan sudah berminggu-minggu bekerja merawat mangsa yang tercedera semasa demonstrasi besar-besaran ‘Great March of Return’. Protes ini bertujuan menuntut kembali penduduk Palestin ke rumah mereka yang dibuang dari tahun 1948, yang kini berada di Israel.


Pegawai di kementerian kesihatan Gaza berkata 100 orang telah tercedera oleh tentera Israel pada hari Jumaat, termasuk 40 peluru hidup. Empat ahli paramedik turut cedera semasa membantu memberi rawatan berhampiran pagar.

Rakan sekerja Rouzan, Reda menceritakan detik ketika dia ditembak oleh penembak tepat Israel.

“Saya berada di sana ketika Rouzan cedera. Kami cuba mendekati penunjuk perasaan yang terkena gas pemedih mata. Apabila kami semakin dekat dengan pagar, pasukan Israel secara intensif melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup kepada kami,” katanya.

“Gas pemedih mata dan asap hitam mula mengisi tempat itu. Ia sangat sukar untuk kami bernafas. Tiba-tiba Razan menunjuk ke belakang, dan kemudian dia rebah ke tanah, dan darah merebak ke seragamnya.”


Dikenali dengan jolokan ‘pelindung yang baik”, Rouzan al-Najjar pernah menyatakan bahawa beliau bangga menyarung baju seragamnya yang penuh darah merah.

“Baju seragam saya sudah menjadi merah dengan darah mangsa-mangsa yang tidak bersalah, dan saya bangga menyarungnya.” 

Ibu Rouzan, Sabreen menunjukkan seragam yang dipakai Rouzan berlumuran darah.

Rouzan langsung tidak gentar berhadapan dengan rejim Zionis malah bertekad untuk terus membantu mangsa-mangsa yang cedera dan memerlukan. Sifat melindungi yang ditunjukkan oleh Rouzan sangat bertepatan dengan bunga ros. Kuntuman wangi yang cantik tapi dipagari duri-duri tajam.

Namamu kekal mewangi, Rouzan.

Wangian aromaterapi Rouzan dan Sabreen

Rouzan, seindah nama dan pekerti, diibaratkan sekuntum mawar yang wangi. Harumannya disebarkan ke serata alam seperti mana semangat jihadnya melekat di hati kita semua.

Demi memperingati perjuangan Rouzan al-Najjar di medan perang, Tasneem Naturel telah menghasilkan satu wangian aromaterapi yang mengabadikan nama Rouzan. Kami berharap agar setiap kali wangian ini digunakan, pemakai akan turut merasai aura semangat juang dan keberanian Rouzan. Moga namanya kekal terkenal di langit dan bumi.


Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart