Minyak Wangi – Semburan Penyegar Diri

Minyak wangi ditakrifkan mengikut Kamus Merriam-Webster sebagai campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut yang digunakan untuk memberikan “bau yang menyenangkan” kepada tubuh manusia, haiwan, makanan, objek, dan ruangan.

Teks-teks kuno dan penemuan arkeologi menunjukkan penggunaan minyak wangi dalam beberapa peradaban manusia yang paling awal. Pembuatan minyak wangi moden bermula pada abad ke-19 dengan penghasilan sebatian aroma seperti vanilin atau coumarin secara komersil, membolehkan wujudnya komposisi minyak wangi dengan bau-bauan yang tidak dapat dicapai daripada bahan aromatik semulajadi semata-mata.

Jenis-jenis wangian

Jenis minyak wangi mencerminkan kepekatan sebatian aromatik dalam pelarut, secara amya etanol atau campuran air dan etanol. Pelbagai sumber berbeza mentakrifkan secara tersendiri mengenai jenis minyak wangi yang ada. Kekuatan dan jangka hayat sesejenis minyak wangi itu adalah berdasarkan kepekatan, kekuatan dan umur panjang sebatian aromatik atau minyak wangian yang digunakan. Semakin meningkat peratusan sebatian aromatik, semakin meningkat juga kekuatan dan jangka hayat bauan tersebut. 

Terdapat istilah khusus yang digunakan untuk menggambarkan kepekatan anggaran wangian berdasarkan peratusan minyak wangian dalam jumlah produk akhir. Antara istilah yang paling meluas digunakan ialah:

  • Parfum atau extrait: 15-40% (IFRA: ~20% biasanya) sebatian aromatik
  • Esprit de Parfum (ESdP): 15-30% sebatian aromatik, cairan di antara EdP dan minyak wangi yang jarang digunakan 
  • Eau de Parfum (EdP), Parfum de Toilette (PdT): 10-20% (~15% biasanya) sebatian aromatik, kadangkalanya disenaraikan sebagai “eau de parfum” atau “millésime”; Parfum de Rias adalah yang kurang biasa jangka, paling popular di tahun 1980-an, yang biasanya sama dengan Eau de Parfum.
  • Eau de Toilette (EdT): 5-15% (~10% biasanya) sebatian aromatik
  • Eau de Cologne / air kelonyor (EdC): 3-8% (~5% biasanya) sebatian aromatik; lihat di bawah untuk lebih lanjut pada mengelirukan sifat istilah “cologne”

Sumber Aromatik

Wangian semulajadi didapati daripada sumber tumbuhan. Tumbuhan telah lama digunakan dalam minyak wangi sebagai sumber minyak pati dan aroma sebatian. Aromatik-aromatik ini biasanya merupakan bahan metabolik sekunder yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai perlindungan daripada herbivora, jangkitan, serta menarik perhatian pendebunga. Tumbuhan adalah sumber terbesar sebatian wangi yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Sumber-sumber sebatian ini boleh datangnya dari pelbagai bahagian dari sesebatang tumbuhan. Tumbuhan boleh membekalkan lebih daripada satu sumber aromatik: misalnya bahagian pucuk dan biji ketumbar mempunyai bau yang amat berbeza dari satu sama lain; daun, bunga, dan kulit buah oren masing-masing merupakan sumber petitgrainneroli, dan minyak oren.

Antara sumber tumbuhan yang sering dijadikan wangian ialah:

  • Kulit kayu: Pokok yang kerap digunakan termasuk kayu manis dan cascarilla. Minyak hasilan kulit akar sassafras juga digunakan sama ada terus atau disulingkan bagi memperolehi bahan utamanya safrol yang digunakan untuk pembuatan sebatian wangian yang lain.
  • Bunga: Sumber bahan aromatik paling banyak dan kerap didapati; termasuk beberapa spesies mawar dan melur, osmanthus, kemboja, semalu, harum sundal malam, narcissus, scented geranium, cassie, pokok kasturi, limau dan kenanga. Putik bunga cengkih kering turut kerap digunakan; begitu juga dengan vanila, sejenis bunga anggerik yang perlu disenyawakan bagi menghasilkan lenggai yang kemudiannya digunakan dalam pembuatan wangian.
  • Buah: Buah yang kerap digunakan untuk mendapatkan bahan aromatiknya dari kulit buah termasuk oren, limau dan limau nipis. Meskipun kulit limau gedang masih digunakan bagi mendapat bahan aromatiknya, ia semakin banyak diganti secara komersil oleh bahan gantian sintetik kerana bahan aromatik asal berbau apabila ia mereput disebabkan kandungan sulfurnya.
  • Daun dan rantinglavender, patchouli, sejViola, rosmari, dan daun limau. Kadangkalanya daun digunakan untuk membangkitkan rasa “segar” pada minyak wangi, antara contohnya termasuk rumput kering dan daun tomato.
  • Resin: digunakan sejak zaman dahulu kala secara meluas dalam setanggi dan kemenyan, misalnya morhabshi.
  • Akar, rizom dan bulba: termasuk Iris dan spesies keluarga halia.
  • Biji: lobak merah, ketumbar, jintan, koko, buah pala, pelaga dan bunga lawang.
  • Kayuan: gaharu, cendana, rosewood, araz, juniper dan pain; selalunya dalam bentuk sulingan kering.
Bunga ros sentiasa menjadi pilihan untuk dijadikan wangian.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart