Urutan TUINA bantu legakan batuk pada kanak-kanak.

Urutan TUINA bantu legakan batuk pada kanak-kanak.

Ibu ayah pasti risau jika anak selalu batuk dan selesema. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan anak kecil sukar tidur pada waktu malam. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan batuk anak selain daripada mendapatkan rawatan khusus di klinik atau hospital. Cara ini boleh dilakukan sendiri oleh ibu ayah di rumah.

Ahli akupuntur berlesen dan ahli herba Robin Green menyarankan ibu bapa mengurut cara Tuina untuk melegakan batuk pada kanak-kanak.

Cara mengurut ini lain dari biasa kerana ia sangat lembut dan hanya mengenakan tekanan pada kawasan tertentu untuk merangsang keupayaan tubuh badan untuk “menyembuhkan diri.”

  • Untuk melegakan batuk, cubit kawasan di bawah tulang kipas (shoulder blade) dengan menggunakan sedikit tekanan untuk merangsang fungsi paru-paru dan dada.
  • Tarik otot yang dicubit ke atas dengan ibu jari dan dengan perlahan-lahan tarik ke bawah seperti menguli dua biji doh yang kecil.
  • Teruskan urutan ini selama 30 saat – 2 minit sehingga kulit kelihatan sedikit kemerahan atau apabila anak rasa lebih tenang.

Ibu bapa boleh baca dengan lebih lanjut mengenai teknik mengurut untuk melegakan batuk anak cara Tuina di sini

Boleh juga tonton di sini cara urutan tuina.

Ibu ayah boleh juga cuba dapatkan balm CFRub daripada Tasneem Naturel untuk legakan batuk selesema bayi. Boleh dapatkan di Shopee.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart