Dari Bisnes Produk Kanak-kanak ke Balm Tasneem Naturel. | Tasneem Naturel
Dari Bisnes Produk Kanak-kanak ke Balm Tasneem Naturel.

Dari Bisnes Produk Kanak-kanak ke Balm Tasneem Naturel.

Masa sertai Tasneem Naturel, saya sudah ada bisnes produk kanak-kanak. Bisnes ini saya bangunkan sejak tahun 2015.

Namun saya masih belum boleh berpuashati dengan bisnes ini kerana sasaran jualan saya belum tercapai. Saya bersyukur dengan rezeki kurniaanNYA alhamdulilah. Namun dalam masa yang sama saya sedar perlu berusaha untuk ke tahap yang lebih baik.

Sepanjang bisnes retail, saya selalu idamkan JUALAN 5 ANGKA. (Jualan ya, bukan untung. Kena faham, ia perbezaan yang besar).

Walaupun pelbagai usaha saya dah buat, rasa perit nak kekalkan jualan 5 angka setiap bulan. Memang kena fullswing nak dapat macam tu. Kudrat bekerja seoarang banyak mana la sangat kan.

Bila sertai Tasneem Naturel, barulah saya faham bagaimana orang lain mudah-mudah buat jualan 5 angka. Kerana jualan itu bukan datang dari individu, tetapi jualan bersama dalam 1 team.

Bila team agen kita ramai, memang senang-senang ja boleh buat jualan 5 angka. Tapi sebenarnya untung tak lah besar macam jualan sendiri.

Yang penting jalan untuk mengejar tahap yang lebih tinggi sudah nampak lebih jelas. Jika sebelum ini saya tersekat untuk besarkan jualan, hari ini saya lebih fokus pada besarkan keuntungan. Itu pencapaian bisnes yang sebenar.

Dan alhamdulillah, buat masa ini keuntungan bulanan juga semakin baik. Lebih penting lagi kami di Tasneem Naturel akan mendapat komisen lumpsum setiap bulan. Macam ada gaji la jugak kan. Lebih mudah nak uruskan duit.

Begitulah satu lagi fasa pencapaian bisnes yang saya alami bila bersama bisnes ini. In syaa Allah sasaran diteruskan untuk mencapai keuntungan 5 angka konsisten setiap bulan. Dengan izinNYA saya yakin perjalanan yang disediakan oleh syarikat akan membantu kami sampai ke tahap itu bila sampai masanya.

Begitulah dunia bisnes. Andai kita bermula dan berhenti separuh jalan, kita tidak akan ke mana-mana. Namun bila terus melangkah walaupun sukar, akan terbuka jalan untuk kita daki ke tahap yang lebih baik, in syaa Allah.

#viraltasneemnaturel
#tasneemnaturel
#sehangatusapanibu

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart