Mesti risau kan bila anak asyik menangis sebab mengalami selsema, tersumbat kahak, kembung, cirit-birit, sembelit, ruam di kulit dan sebagainya. Dukung sudah, menyusu pun sudah, macam-macam sudah dibuat tapi si manja masih lagi meragam sampai kita pun naik stress. Nak buka majalah atau cari petua di internet kena buat banyak bacaan pula. Silap-silap tips yang diberi tak selamat atau tak berkesan pun, terbuang masa. Nak pergi ke klinik, klinik dah tutup sebab sudah tengah malam. Kan senang kalau ada rangkaian balm Tasneem Naturel di rumah, terus capai saja bila nak guna. Terutama sekali waktu kecemasan. Bayi tidur lena, mommy & daddy pun tak tertekan kena bangun tengah-tengah malam. Yang paling best sekali, ‘me-time’ yang dapat dinikmati dengan lebihan masa yang ada untuk ibu-bapa recharge.
Tasneem Naturel merupakan syarikat yang mengkhususkan penghasilan rangkaian balm bayi & kanak-kanak yang berasaskan ramuan semula jadi & essential oil. Kami telah membantu ribuan ibu-bapa menyelesaikan pelbagai masalah kebiasaan yang dihadapi kanak-kanak & bayi. Kami pernah mendapat liputan di TV Al-Hijrah, akhbar Sinar Harian, Harian Metro, Majalah Pa&Ma dan pernah memenangi tempat ketiga Anugerah Usahawan MDEC.