Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Ikuti 15 Tips Ini Untuk Pastikan Minyak Wangi Anda Tahan Lama dan Kekal Baunya!

Semua orang gemar berbau wangi sepanjang hari, betul? Namun sedarkah anda, wangian yang anda pakai selalunya bertahan sehingga tengahari sahaja? Ini mungkin kerana cara pemakaian yang salah. Masih ramai yang tidak mengetahui cara yang betul untuk memakai wangian yang boleh memastikan baunya tahan lama.

Di sini kami akan kongsikan cara untuk memastikan wangian anda tahan lama, sama ada dari segi pemakaian dan juga simpanan.

Bagaimana Untuk Memastikan Wangian Anda Tahan Lama

1.  Sembur selepas mandi.

Memakai wangian dengan betul boleh memastikan baunya tahan sepanjang hari. Untuk hasil yang terbaik, semburkan wangian anda sejurus selepas anda mandi dan biarkan ia kering sendiri.

2.   Pakai pelembab kulit sebelum memakai wangian.

Dengan memakai pelembab kulit yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur wangian akan melembabkan kulit anda dan juga mengunci wangian anda dengan lebih baik.

3.  Sembur atau letakkan wangian terus ke atas kulit.

Jauhkan fabric pakaian anda dari wangian anda. Bau yang wangi akan terhasil dan tahan lama apabila wangian anda bergabung dengan minyak semulajadi dari badan anda sendiri.

4.  Sembur di bahagian nadi.

Minyak wangi bertindak balas dengan haba, dengan memakai wangian di bahagian nadi boleh membantu bau tersebut tersebar sepanjang hari. Semburkan di bahagian leher, lipatan siku, pergelangan tangan atau belakang lutut anda.

5.  Calitkan sedikit Vaseline di bahagian nadi anda.

Jika anda memerlukan bauan wangi anda bertahan ekstra lama, calitkan Vaseline di bahagian nadi anda. Ia akan bertindak pelembab dan dapat mengekalkan bau wangi tersebut dan tahan lebih lama.

6.  Jangan gosok wangian di tangan anda.

Menggosok kedua pergelangan tangan selepas memakai wangian boleh menyebabkan bahan kimia wangian anda terpecah lebih awal dari yang sepatutnya. Sebaiknya sembur ke pergelangan tangan satu demi satu.

7.  Sembur di sikat anda.

Jika anda mahukan rambut anda wangi, cuba semburkan di sikat anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat tersebut. Jangan terus sembur ke rambut anda kerana kandungan alkohol (jika ada) wangian anda boleh menyebabkan rambut anda rosak.

8.  Gunakan losyen dan produk lain yang baunya hampir sama.

Antara cara lain untuk memaksimumkan bau wangian anda adalah memakai losyen, mandian dan produk lain yang mempunyai bau yang hampir sama.

9.  Sembur minyak wangi pada bebola kapas & simpan di dalam beg plastik untuk touch-ups.

Untuk rasa segar bila-bila masa, semburkan wangian anda pada beberapa bebola kapas dan terus simpan di dalam beg plastik. Wangian tersebut akan kekal lembab sepanjang hari untuk digunakan pada bila-bila masa.

10.  Tuangkan lebihan minyak wangi anda yang lama ke dalam botol losyen yang tidak berbau untuk elakkan pembaziran.

Gunakan minyak wangi hingga ke titisan terakhir. Jika botol minyak wangi anda sudah tidak boleh menyembur lebihan minyak wangi yang tertinggal, tuangkan minyak wangi yang berlebihan tersebut ke dalam botol losyen yang tidak berbau. Dengan itu, losyen anda akaan berbau sama seperti minyak wangi anda.

11. Letakkan minyak wangi di dalam almari baju.

Jika anda mempunyai bauan yang anda suka, anda juga boleh buat pakaian anda berbau wangi sama seperti minyak wangi anda. Lapikkan pakaian anda dengan tisu yang telah disemburkan minyak wangi anda. Dengan itu, pakaian anda akan berbau wangi sama seperti minyak wangi anda. 

12. Simpan minyak wangi anda dalam tempat yang gelap dan sejuk. 

Minyak wangi boleh terurai apabila disimpan dalam suhu yang tidak menentu ataupun di tempat yang lembab. Daripada anda menyimpan minyak wangi anda di dalam bilik air, simpankan ia di dalam laci yang sejuk dan jauh dari sinaran matahari secara langsung.

13. Simpan minyak wangi anda di dalam botolnya sendiri. 

Jangan terkejut, ada sesetengah orang suka menukar minyak wangi yang dibeli ke dalam botol yang lebih digemari dan lebih cantik. Luarannya akan nampak lebih cantik, namun ia akan terdedah kepada udara dan mengubah struktur kimia minyak wangi tersebut. 

14. Jangan goncang botol minyak wangi anda.

Jika anda menggoncang botol minyak wangi anda akan menyebabkan udara bercampur ke dalam minyak wangi anda dan memendekkan jangka hayatnya. 

15. Beli minyak wangi dengan kekuatan bau yang betul.

Ada sesetengah minyak wangi yang tahan lebih lama berbanding minyak wangi lain. Anda kena tahu perbezaan antara minyak wangi dan cologne kerana nisbah kepekatan wangian dan alkohol yang digunakan berbeza. 

Jenis Minyak Wangi Yang Tahan Lama

Seperti yang anda semua sedia maklum, minyak wangi mempunyai kepekatan yang berbeza. Lagi pekat minyak wangi dengan minyak asli, akan lebih mahal berbanding minyak wangi yang mempunyai kandungan minyak asli yang tidak begitu pekat.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping