Projek Tasneem Prihatin adalah salah satu projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tasneem Business Legacy Sdn Bhd, dimana kami akan mengedarkan 500 buah hamper berisi produk Tasneem kepada 500 ibu-ibu yang mengandung di seluruh Malaysia secara PERCUMA. Di fasa pandemik ini, ramai ibu-ibu mengandung menghadapi banyak ujian dan cabaran berbanding zaman sebelum wabak. Oleh itu, kami ingin memberi sedikit keceriaan agar ada senyuman yang bakal meniti di bibir mereka yang mendapat hadiah ini.Â