Susu bayi : 4 Formula Susu Yang Terbaik Untuk Bayi Newborn!

ibu-hamil-sedih-dan-menangis-apakah-janin-bisa-merasakan-2002246-3x2 - KELUARGA

‘Tiada susu bayi yang terbaik selain dari susu ibu. Tetapi apa kan daya langit tidak lah selalu cerah’

Begitulah petikan dari seorang ibu yang memerlukan bantuan susu formula untuk si manja beliau. Tidak dinafikan lagi susu ini yang paling tinggi khasiatnya ialah dari susu badan si ibu. Namun begitu, ada segelintir ibu di luar sana tidak diberi nikmat untuk memberi susu badan beliau untuk si manja sejak lahir lagi disebabkan oleh kekangan fizikal, emosi dan masa si ibu. Sebagai contoh para ibu yang mengalami bengkak susu.  Oleh itu, tentu ibu-ibu di luar sana mencari jalan untuk kebaikan si manja dengan menggunakan susu formula.

Formula terbaik untuk si kecil

  1. Formula Khusus

Terhidrolisis adalah salah satu formula khusus di dalam susu formula yang selalu para ibu bapa beli. Ia terkandung protein yang telah dicernakan dahulu bagi menjejak alahan kepada protein di dalam susu lembu ataupun susu ibu.

Ianya juga baik untuk bayi yang mempunyai masalah kulit yang ketara seperti ruam ataupun ekzema. Formula ini tidak akan menimbulkan apa-apa alahan.

2. Formula Kacang Soya

Susu formula yang berasaskan susu soya diperbuat daripada kacang soya. Susu formula ini telah diubah-suai dengan penambahan vitamin, nutrien dan mineral. Kepada ibu bapa di luar sana yang inginkan susu formula tanpa laktosa atau  dikenali sebagai vegan, ibu bapa boleh dapatkan susu tepung bayi yang berasaskan kacang soya.

Namun, para ibu bapa perlulah peka ketika memberi sebarang susu kepada bayi. Hal ini kerana susu formula soya ini perlulah diberikan jika ia disarankan atau dinasihatkan daripada doktor dan pakar kanak-kanak. Tambahan pula, pakar kesihatan profesional tidak mengesyorkan untuk bayi di bawah 6 bulan dalam pengambila susu formula soya ini.

3. Susu Lembu

Susu lembu ini adalah susu yang paling banyak di pasaran. Mudah ditemui di kedai-kedai, pasaraya dan di farmasi. Namun tak semua bayi sesuai minum susu lembu kerana kandungan laktosa di dalam susu lembu ini. Susu lembu ini juga boleh menyebabkan sesetengah bayi cirit-birit. Walau bagaimanapun susu lembu ini sangat kaya dengan kandungan kalsium di mana ia dapat membantu dalam pertumbuhan dan memperkuat tulang bayi.

4. Susu Kambing

Khasiat susu kambing adalah hampir menyerupai susu ibu, oleh sebab itu susu kambing dikenali sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu. Namun harga susu kambing ini lebih mahal berbanding susu lain. Susu kambing mudah dihadam kerana ia mengambil masa 20 minit berbanding susu lembu selama 2 jam. Selain tu dapat mencegah bayi dari penyakit kuning. 

10 Jenama Susu Tepung Terkemuka Di Malaysia

  1. S-26 (Wyeth Nutrition)
  2. Similac
  3. Enfalac/ Enfagrow/ Enfamil – all by Mead Johnson (pengeluar sama dengan SUSTAGEN)
  4. Frisolac
  5. Anmum
  6. Isomil
  7. Nestle NAN Pro
  8. Mamex (Dumex)
  9. Pediasure
  10. Nutricia AptaGro

Senarai susu formula terbaik untuk bayi 

  1. Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold SMA

Formula susu lembu dan kacang soya keluaran jenama tempatan, Wyeth Nutrition iaitu dibawah Nestle adalah sesuai untuk bayi yang berusia sehingga ke satu tahun. Ianya tinggi dengan zat besi dan kolina, tetapi rendah kalsium berbanding susu tepung jenama lain untuk bayi:

susu Bayi

2. Susu Tepung Rumusan Bayi Anmum Infacare Langkah 1

Susu bayi : 4 Formula Susu Yang Terbaik Untuk Bayi Newborn!

Tidak hairanlah kebanyakan bayi suka akan susu formula ini.Susu Tepung Rumusan Bayi Anmum Infacare Langkah 1  ini tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan cirit-cirit. Tambahan pula ia merupakan susu formula yang kurang manis.

Ibu bapa diluarkan sana boleh dapatkan susu formula ini kerana sebahagian nutrisi penting tetapi lebih kurang berbanding dengan jenama  terkemuka yang lain.

3. Susu Tepung Rumusan Bayi Mamex Langkah 1

Susu tepung ini mempunyai kandungan zat besi dan zink yang lebih rendah berbanding dengan susu tepung jenama yang lain. Walaubagaimanapun Mamex Step 1 Infant Formula Milk Powder masih mempunyai nutrisi ysang tinggi seperti kalsium prebiotik dan juga kolina.

Mamex Step 1 Baby Formula for 0-12 Months 600g - Tesco Groceries

4. Susu Tepung Rumusan Bayi Frisolac Langkah 1

Frisolac Step 1 Harga & Review / Ulasan Terbaik di Malaysia 2021

Susu formula ini mengandungi kalsium tertinggi  diantara tepung susu jenama dalam senarai ini. Frisolac didatangkan jauh dari ladang lembu Holland, ianya dijual dalam 3 saiz berbeza iaitu :

  • 400g
  • 600g
  • 900g

Namun susu ini lebig berbuih berbanding dengan susu formula jenama yang lain.

  • Susu Soya Formula Isomil

Susu soya Isomil bukan sahaja mempunyai kalsium tinggi, malah merupakan formula susu berasaskan kacang soya yang 100% tanpa laktosa. Ramuan-ramuan tambahan termasuklah duo carbohydrates untuk memudahkan penyerapan lutein iaitu untuk penglihatan) dan prebiotik (FOS).

Isomil Soya 0-12 Months 850g

5. Susu Tepung Rumusan Enfalac A+

Susu bayi : 4 Formula Susu Yang Terbaik Untuk Bayi Newborn!

Susu formula ini merupakan  antara jenama yang sedikit memenuhi keperluan kolina minimum sebagai contoh 122mg vs 125mg. Namun, pakar-pakar mengesyorkan Susu Tepung Formula Enfalac A+ Infant untuk si manja yang baru lahir. Hal ini kerana ia mengandungi kalsium ARA, asid folik yang tinggi dan DHD. Selain daripada itu, ia juga telah disahkan halal oleh JAKIM.

6. Susu Tepung Formula Nestle NAN Pro Langkah 1

Susu bayi : 4 Formula Susu Yang Terbaik Untuk Bayi Newborn!

Tidak seperti jenama tepung susu lain yang lain Nestle NAN Pro Step 1 Infant Formula Milk Powder mengandungi probiotik untuk kesihatan perut si manja. Tambahan lagi, bahan khas seperti bifidobacterium lactis probiotic adalah untuk mengurangkan peluang si manja untuk mengalami cirit-birit! Wah, lepasni dah tak payah nak kerap tukar lampin bayi.

Cara-cara memberi susu formula kepada bayi newborn

Bahaya Biar Bayi Pegang Botol Sendiri Masa Menyusu. 7 Perkara Perlu Tahu Tentang Tersedak Susu

  • Setelah beberapa hari pertama

Bayi dalam tempoh ini mengambil 2 ke 3 auns (60-90 mL) formula setiap kali menyusu dan perlu disusukan setiap 3 ke 4 jam secara purata sepanjang beberapa minggu pertama. Selain itu, bayi yang menyusu susu ibu kebiasaannya mengambil sukatan yang lebih kecil dengan lebih kerap.

  • Semasa beberapa minggu pertama

Jika bayi anda tidur lebih lama daripada 4 ke 5 jam sehingga tertinggal untuk menyusu, bangunkan bayi dan susukannya.

  • Pada penghujung bulan pertama

Pengambilan susu akan meningkat kepada 4 auns (120 mL) sekali susuan, setiap 4 jam.

Susu bayi boleh didapatkan di mana?

Bagi mereka yang inginkan pilihan, ini senarai kedai dalam talian atau kedai berdekatan dengan rumah untuk dapatkan susu formula yang berkualiti seiring dengan harga yang berada di pasaran.

Online:

  • Lazada
  • Shopee

Offline:

Susu formula untuk newborn boleh juga didapati di pasaraya berdekatan anda seperti:

  • Tesco
  • Mydin Mall
  • Parkson
  • Speedmart
  • KK Mart
  • Jaya Grocer
  • Aeon

Akhir kalam

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kadang-kadang, berlakunya situasi yang menyebabkan para ibu tidak dapat menyusukan si manja disebabkan masalah fizikal dan kekangan masa, emosi dan tanggungjawab. Oleh itu, para ibu bapa di luar sana boleh dapatkan susu tepung terbaik di Malaysia untuk pertumbuhan yang baik untuk si anak.

Para ibu bapa di luar sana boleh mulakan dengan memilih beberapa jenama susu tepung mengikut kandungan dan harga yang mampu milik. Namun, si kecil juga akan memilih susu kesukaannya. Selamat maju jaya para ibu bapa!

Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel? Klik simbol Shopee ini:

File:Shopee.svg - Wikimedia Commons

Anda ingin menjadi agen Tasneem Naturel. Klik simbol Whatsapp di bawah ini :

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.