Sendawakan Si Kecil Untuk Elak Si Kecil Kembung Perut

Selain persiapan fizikal dan mental, banyak pengetahuan yang perlu diambil tahu oleh ibu bapa baru bagi menjaga cahaya mata baru. Seperti bab penjagaan bayi seperti memandikan dan menidurkannya, ibu bapa juga perlu prihatin dalam hal sendawa bayi.

Hampir semua wanita yang bergelar ibu pernah melalui pengalaman berhadapan dengan masalah bayi yang menangis tanpa henti, berbeza daripada hari-hari biasa. Dalam sesetengah kes, ibu bapa berada dalam keadaan panik apabila tangisan si bayi semakin berpanjangan dalam tempoh melebihi sejam. Bagi pasangan muda yang tidak ada pengalaman, lazimnya tangisan tersebut menimbulkan pelbagai andaian yang negatif. Selain tidak mengetahui punca tangisan, pasangan juga tidak tahu cara yang berkesan untuk meredakan si anak.

Bayi menangis sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi. Apabila bayi menangis, ia memberi isyarat kepada ibu-bapa atau penjaga ketidakselesaan yang dialami. Mungkin mereka menangis kerana lapar, mengantuk, sakit, bosan, keseorangan, letih, takut atau memerlukan pertukaran lampin. Bayi juga menangis kerana mood tidak baik, menyangka ibu bapa marah atau merengus dan ada kalanya bayi kembung perut. Kembung perut merupakan antara punca yang selalu menyebabkan bayi meragam. Keadaan ini terjadi di kalangan bayi baru lahir sehingga berusia setahun. Ia merupakan keadaan yang normal dan sering terjadi kepada mana-mana bayi sekali pun.

KEMBUNG BAYI SEBABKAN TANGISAN BERLARUTAN

Tanpa memilih jantina, keturunan atau bangsa bayi akan mengalami kembung perut yang menyebabkan perut tidak selesa dan sakit. Bayi yang mengalami kembung perut akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari biasanya pada lewat petang atau awal malam. Masalah ini lebih kerap dialami oleh bayi yang baru lahir berusia antara dua minggu enam bulan. Dalam sesetengah kes ada bayi yang berterusan menangis sehingga mereka berusia dua tahun ke atas. Ironiknya dalam menghadapi situasi tersebut katanya ada ibu bapa yang membuat tanggapan si anak berada dalam keadaan kritikal dan mereka dibelenggu kebimbangan terlampau.

Ibu bapa perlu bertenang dan melakukan pemeriksaan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung. Periksa perutnya keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan bengkak atau mengeluarkan bunyi lompong apabila ditepuk dengan perlahan-lahan menggunakan jari. Elakkan membawa berjumpa bomoh atau dukun untuk mendapat rawatan lanjut jika anak menangis tanpa henti sebaliknya rawat dengan menggunakan kemahiran sendiri.

4 CARA SENDAWAKAN BAYI

1. Sandar pada bahu si ibuSendawa Bayi Untuk Elakkan Si Kecil Kembung

Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu ibu. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara berdiri atau duduk di kerusi. Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu ibu dengan sapu tangan kecil.

     2. Duduk

Sendawa bayi Untuk Elakkan Si Kecil Kembung

Bayi duduk secara posisi tepi di atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya. Dudukan bayi pada salah satu belah paha ibu samada kiri atau kanan dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Tahan dadanya dengan tangan ibu. Hati-hati kerana mungkin ia akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang. Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.

    3. Meniarap

Sendawa Bayi Untuk Elakkan Si Kecil Kembung

Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha ibu. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.

   4.Dukung

Pelbagai posisi sudah dicuba tapi belum berjaya untuk buat bayi sendawa. Mungkin korang boleh dukung bayi dan rapatkan pada dada. Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, korang boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah.

  5. Sapukan T-Rub produk khusus untuk bayi

sendawa bayi

T-Rub, pembantu ibu ayah untuk melegakan masalah penghadaman dan kembung bayi tanpa kesan sampingan. Balm T-Rub dari Tasneem Naturel ni tak panas dan melekit. Sungguh selesa pada kulit bayi. Baunya pun wangi. Anak mesti suka. T-Rub bukanlah pengganti kepada rawatan konvensional, tetapi sekadar ikhtiar alternatif dengan kaedah semula jadi yang terbukti berkesan. Balm T-Rub telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran NOT180903474K & diyakini selamat.

Legakan Sendawa Bayi

Beberapa langkah telah dikenal pasti yang diamalkan oleh ibu-ibu dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi:

  • Sendawakan bayi secara lebih kerap kerana bayi menelan angin bila menghisap susu. Ini menyebabkan angin terkumpul dalam perut dan menimbulkan rasa kurang selesa.
  • Sendawakan bayi setiap kali ibu menukar puting jika anda menyusukan sendiri bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi yang menyusu botol,” katanya.
  • Ibu bapa boleh mempraktikkan beberapa kaedah untuk menyendawakan bayi. Antaranya tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
  • Anda juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
  • Ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah memegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
  • Akhir sekali tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol yang mengandungi air suam.

Faktor Sendawa Bayi Gagal

Terdapat juga bayi yang gagal diredakan tangisan mereka menyebabkan seluruh badan menjadi kejang dan kebiru-biruan. Memang sukar menguruskan bayi yang menangis dan ibu bapa tidak memahami apa yang mereka inginkan. Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi mungkin disebabkan penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu ibu secara berlebihan.

Mungkin juga bayi mengalami alahan kepada susu formula yang diminum atau mengalami situasi berulang sebagaimana menimpa ahli keluarga yang lain. Fenomena ini ada hubung kaitnya dengan genetik yang mana setiap ahli keluarga ketika bayi mengalami masalah yang sama. Ibu bapa mampu mengelak bayi daripada berterusan menangis dengan mewujudkan suasana tenang apabila sampai saat-saat mereka mengulanginya seperti hari sebelumnya.

  • Jika bayi kerap menangis sebelah petang, tenangkan mereka dengan membawa bersiar-siar ke taman, mainkan muzik dengan perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen.
  • Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti pembersih vakum, mesin basuh atau biarkan mereka menggunakan puting kopek sambil mendodoi.

Sendawa Bayi, Bilakan waktu yang sesuai?

Mungkin ibu tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk menyendawakan bayi. Memilih waktu yang terbaik untuk sendawakan bayi juga memainkan peranan yang sangat penting bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

  • Bagi bayi yang menyusu dengan menggunakan botol, masa terbaik untuk menyendawakan bayi ialah selepas bayi menyusu sebanyak 2 hingga 3 auns atau 60 hingga 90 ml susu. Jika bayi menyusu lebih daripada jumlah ini, berhenti sejenak semasa mencapai jumlah ini untuk menyendawakan bayi, kemudian sambung semula proses penyusuan.
  • Sementara bagi bayi yang menyusu badan pula, para ibu perlu sendawakan bayi sebelum bertukar kepada payudara sebelah. Ianya adalah bertujuan supaya memberikan ruang kepada perut bayi untuk minum lebih susu di samping membantu membuatkan bayi lebih kenyang. Bagi bayi yang menyusu badan, para ibu perlu sendawakan bayi anda sebaik sahaja bayi anda selesai menyusu.

Jika masalah ini berterusan sehingga bayi nampak kurang aktif, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.