FB Ads merupakan singkatan kepada Facebook Advertising. Melalui FB Ads, usahawan boleh mengiklankan produk, servis, event dan sebagainya kepada pengguna yang benar-benar targeted. Iklan anda boleh disasarkan secara terus kepada mereka sekaligus meningkatkan potensi untuk menghasilkan jualan berlipat kali ganda berbanding medium pemasaran konvensional. Melalui FB Ads, iklan anda berpotensi untuk mencapai jutaan pengguna Facebook berdasarkan :

• Data geografi
• Data demografi
• Data sosiografi
• Data psikografi

Untuk menghasilkan iklan FB, terdapat beberapa cara. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan Create Ads Tools.

****

CREATE ADS TOOLS (C.A.T)

LANGKAH 1 : Klik pada “Create Ads”.

 

LANGKAH 2: Untuk hasilkan iklan, pilih Post Engagement.

 

LANGKAH 3: Klik button “Continue”

 

LANGKAH 4 : Sekarang anda sudah masuk ke bahagian ad set. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda perhatikan di sini.

  1. Ad Set Name : Namakan adset mengikut keselesaan anda.
  2. Audience : Maklumat berkenan customer avatar anda akan diisi di bahagian ini.
  3. Audience Definition : Pada bahagian ini, anda boleh melihat jumlah reach yang berpotensi dicapai berdasarkan kriteria customer avatar yg telah ditetapkan. Estimated Daily Reach pula menunjukkan jumlah Reach yang berpotensi dicapai oleh iklan anda berdasarkan amaun budget yg telah ditetapkan.

 

LANGKAH 5 : Sekarang kita beralih ke bahagian Audience. Untuk location, terdapat 4 pilihan lokasi. Sebaiknya anda memilih “People who live in this location”. Setting ini akan mengurangkan risiko iklan anda keluar kepada mereka yg bukan warganegara Malaysia.

Pada bahagian include, masukkan nama lokasi yang hendak disasarkan.

Satu lagi, anda boleh “drop pin” untuk mensasarkan secara tepat ke lokasi yg ditandakan pada maps.

LANGKAH 6: Seterusnya, pilih umur dan jantina audience anda. Pada bahagian language, anda boleh biarkan kosong atau memilih bahasa Melayu dan English.

 

LANGKAH 7 : Pada bahagian Detailed Targeting, anda boleh masukkan lebih banyak maklumat berkaitan audiens anda. Anda boleh taip terus di ruangan kosong (rujuk rajah di bawah) atau klik pada button “browse”.

 

LANGKAH 8 : Di bawah “Demographics”, banyak pilihan yang akan muncul. Pilih maklumat yg perlu sahaja.

 

LANGKAH 9: Anda mahu iklan anda keluar melalui paparan mana? Mobile, Instagram, Desktop? Right column? Anda boleh pilih di bahagian “placement’ ini. Jika anda baru hendak bermula, anda dicadangkan menggunakan Mobile News Feed shj.

 

 

 

 

LANGKAH 10 : Seterusnya, anda perlu lengkapkan bahagian budget dan schedule ini.

  1. Budget: Untuk permulaan, dicadangkan anda menggunakan daily budget dan mulakan dgn bajet rendah dahulu iaitu RM10.
  2. Schedule : Jika anda mahu iklan anda terus berjalan sebaik shj diapproved, pilih Run my ad set continuosly starting today. Jika anda mahu ianya bergerak pada masa tertentu, pilih set a start and end date.
  3. Optimization for ad delivery : Kekalkan post engagement.
  4. Bid strategy : Tiada perubahan
  5. When you are charged : Tiada perubahan
  6. Ad scheduling: Tiada perubahan
  7. Delivery Type: Tiada perubahan
  8. Klik “continue” apabila selesai.

 

 

LANGKAH  11: Sekarang kia sudah berada pada bahagian ads. Ada beberapa langkah yg perlu dilakukan pada bahagian ini.

  1. Pilih fanpage anda
  2. Pilih post yang hendak diiklankan
  3. Klik “review”

 

 

LANGKAH SETERUSNYA : Semak semula iklan anda. Jika semuanya ok, teruskan dengan klik butang “CONFIRM”.

Iklan anda sudah siap! Anda hanya perlu tunggu untuk memastikan iklan anda di approve ataupun tidak.

Semoga berjaya 🙂

 

 

Close Menu
×
×

Cart