RAHSIA MENULIS DI FACEBOOK | Tasneem Naturel

TEKNIKALITI AKAUN PROFIL FACEBOOK

 

Penggunaan gambar profile

Gambar profil yang disediakan oleh Facebook agak kecil berbanding keluasan gambar cover. Untuk menjadikan penulisan (konten) berpengaruh, pemilik akaun yang menulis dan menaik status perlu dikenali dengan jelas. Apabila kita meletakkan gambar yang bukan gambar sendiri (contohnya gambar produk, anak-anak, pasangan dan gambar beramai-ramai), profil kita akan menjadi tidak lengkap dan tidak mempunyai daya kredibiliti tinggi.

Caranya ialah dengan :

  1. Pilih gambar yang menampakkan wajah kita dengan jelas.
  2. Jika gambar tidak besar, crop dari paras dada ke kepala.
  3. Jika tidak ada gambar yang sesuai, guna gambar passport. Lebih mudah dan senang.

Kesilapan-kesilapan meletakkan gambar profil.

  1. Gambar artis atau ikon
  2. Gambar pejuang atau poster
  3. Gambar pasangan
  4. Gambar keluarga
  5. Gambar bersama rakan-rakan
  6. Gambar pemandangan
  7. Gambar tumbuh-tumbuhan
  8. Gambar makanan
  9. Gambar haiwan kesayangan
  10. Gambar orang lain

 

Penggunaan nama yang betul

 Nama pemilik akaun dan gambar perlu seiring. Penggunaan nama sendiri (atau nama samara – yang penting nama manusia) sangat penting bagi meningkatkan kepercayaan terhadap penulisan kita. Kebanyakan pengguna Facebook sangat suka menggunakan nama samara yang tiada kaitan dengan diri sendiri seperti Mat Rock, Timtim Poli dan sebagainya. Penggunaan nama seperti ini mengundang ketidakseriusan dalam penulisan dan menyebabkan orang tidak mempercayai pemilik akaun tersebut. Identiti setiap artikel, kisah, coretan dan kemaskini kehidupan perlu datang dari nama kukuh yang logik dan normal.

Nama adalah pengenalan diri. Perkara pertama yang akan masuk ke dalam kompak otak untuk menganalisis penulisan yang sedang dibaca adalah nama. Jika pengenalan diri tidak jelas, maka penulisan kita berpotensi menjadi tulisan ‘biasa-biasa’ yang wujud di laman sosial.

Kesilapan paling besar ialah menggabungkan nama sendiri atau nama samaran dengan nama perniagaan. Sebagai contoh, Yati Novelis, Zailan Tukang Urut, Ibrahim Pakar Air Tapis dan sebagainya. Nama seperti ini memberi gambaran hard selling sebelum menjual.

Penggunaan nama profil yang PERLU DIELAKKAN ialah:

  1. Gabungan nama suami dan isteri
  2. Gabungan nama sendiri dan perniagaan
  3. Gabungan nama sendiri dan jenama produk jualan
  4. Nama samaran yang diciplak
  5. Nama yang berubah-ubah (ubah nama tiga bulan sekali)

 

TEKNIKALITI MENDAPATKAN PENGIKUT DAN SASARAN

Untuk dapatkan jumalah pengikut yang betul (kena dgn hal yang mahu ditulis) sasaran penulisan perlulah kena pada tempatnya. Sebagai contoh, jika kita masih lagi pelajar, maka penulisan kita perlu seiring dengan perkara yang kita sendiri lakukan. Semua aktiviti yang kita mahu masukkan untuk menaikkan nama melalui penulisan perlulah dengan hemah tinggi dan mempunyai konten.

Sebagai contoh mudah, seorang pelajar jurusan matematik kerap memuat naik status mengenai bagaimana mengira menggunakan kaedah congak dengan mudah. Ia seiring dengan status beliau sebagia pelajar jurusan matematik.

Terdapat beberapa x-factor dalam menyusun atur sasaran pengikut.

  1. Tentukan siapa kita di bahagian about di Facebook
  2. Tulis dan kongsi apa yang ada kaitan dengan about
  3. Ulas isu dengan ilmu yang ada kaitan dengan about
  4. Boleh rujuk Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Semua ini akan menaikkan kredibiliti kita.

 

PERMULAAN PENGIKUT MENGIKUTI FACEBOOK KITA

Setiap kali artikel kita menjadi perhatian dan pengikut sudah mula menekan butang follow, maka kita perlu lakukan ini.

  1. Perkenalkan diri
  2. Beritahu apakah yang kita suka tulis
  3. Maklumkan status diri

Perkara ini perlu dilakukan secara tersusun. Jika jumlah pengikut mula konsisten lebih 200 orang setiap hari, maka sesi pengenalan diri perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

 

IKLAN “SHOW, DON’T SELL”

Apabila artikel penulisan kita menjadi viral, kita sama sekali tidak digalakkan membuat hard sell. Ia bermaksud, ‘menjual terus barangan dengan ayat-ayat promosi seperti,” Sale! Jualan murah weh, mari dapatkan brownies!”

Ini amat perlu dielakkan dengan serius.

Ketika artikel kita menjadi pemangkin untuk kawan-kawan lain mengikut kita dengan istiqamah, ketika itulah cara terbaik memperkenalkan produk kita dengan hanya memberi penerangan sahaja.

Contohnya:

Balm Calm Time, RM49/unit. Berminat, hubungi 012-12345678

Ini sudah cukup memberi maklumat tentang jenis produk yang dijual. Biasanya kepercayaan yang datang daripada hasil penulisan akan membuahkan kepercayaan untuk mendapatkan produk.

 

LARANGAN KERAS

Sekiranya mahu membuat ulasan, pastikan ulasan tersebut TIDAK :

  1. Memuat naik status politik
  2. Memuat naik status yang dituju kepada orang perseorangan dengan nada perli dan sinis.
  3. Memuat naik status dengan kata-kata kesat dan hina
  4. Mencarut
  5. Memuat naik status dengan ayat membenci dan menghasut
  6. Memuat naik status dengan gambar lucah, gambar bersifat jahat dan bersifat kebencian
  7. Memuat naik status bersifat rasis
  8. Memuat naik status bersifat benci-membenci antara pengikut fahaman dan agama
  9. Memuat naik status bersifar biadab, pergaduhan serta memaki hamun
  10. Memuat naik status dengan berkongsi video, gambar serta ayat-ayat bersifat jahat dan membawa keburukan kepada yang menonton, membaca dan menyebarkan.

 

TEKNIKAL-TEKNIKAL LAIN

Terdapat beberapa perkara teknikal yang kita tidak gunakan tetapi beri impak dalam penulisan dalam media sosial terutama di Facebook.

  1. Perenggan

Apabila menulis artikel atau mana-mana status di Facebook, pastikan setiap empat baris dibuat perenggan. Ini bukan sahaja mencantikkan penulisan kita, ia memudahkan eye catch bagi yang suka membaca menggunakan telefon bimbit.

  1. Tidak menggunakan tajuk

Setiap kali meletakkan tajuk untuk satu-satu penulisan, kebiasaannya pembaca akan terus lompat kepada kesimpulan dan tidak membaca sehingga habis artikel tersebut.

  1. Impak penggunaan satu gambar

Untuk posting yang hanya menggunakan satu gambar sahaja, pastikan cerita tersebut tidak terus jatuh kepada kesimpulan. Gambar tersebut mesti tidak secara 100 peratus terkait dengan perkara yang ingin diceritakan. Ia boleh jadi audien tidak mahu membaca dan biarkan sahaja artikel tersebut.

  1. Impak penggunaan lebih dari satu gambar

Untuk posting yang mempunyai lebih dari satu gambar seperti resepi, travel, ulasan filem dan sebagainya, pastikan pada muka hadapan posting diletakkan ayat pendahuluan sahaja. Kemudian pada setiap satu gambar, ditulis caption secara berasingan. Satu gambar, satu caption. Ia akan menambah nilai dan memberi daya penarik kepada satu-satu posting yang menggunakan lebih daripada satu gambar.

  1. Tidak membuat ucapan tetapi menggunakan ayat penyata

Perkara yang paling bagus untuk menulis status dengan beri ucapan dalam bentuk penyataan ialah “Hari ini hari lahir kawan saya, Khairul. Saya berharap kita semua dapat doakan kebaikan untuknya hingga bila-bila.”

  1. Gantikan Jangan kepada Tidak

Perkataan jangan akan memberi andaian kepada audien yang kita ingin memberi tunjuk ajar. Biasanya, perkataan jangan ini terjadi apabila kita ingin memuat naik status berbentuk renungan, pesanan dan nasihat.

  1. Tidak menggunakan smiley atau ikon

Jika ingin mendapatkan kredibiliti dalam mana-mana penulisan di media sosial, jauhkan diri dari kerap menggunakan smiley dan ikon (sticker). Ia akan mengundang rasa tidak serius dalam kalangan audien yang ingin memberi anda kerja yang boleh memberi pulangan wang ringgit kepada anda. Smiley dan ikon boleh digunakan pada ruangan komen.

 

Disclaimer: Tips-tips ini diambil daripada buku “Rahsia Bapa Viral Kebangsaan” tulisan Tuan Khairul Hakimin Muhammad.

Close Menu
×
×

Cart