Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

9 Punca Anak Anda Sukar Tidur Malam, Jom Semak Ada Tak Pada Anak Anda!

Masalah anak sukar tidur pada waktu malam ini boleh dikatakan masalah sejagat setiap ibubapa. Benda ini boleh dikatakan nightmare bagi ibubapa terutamanya buat mereka yang bekerja. Setiap ibubapa mahukan anak masing-masing untuk tidur awal pada waktu malam dan dengan mudah, namun jika ianya tidak berlaku seperti yang anda inginkan, adalah penting untuk anda kenalpasti dahulu apa sebenarnya punca anak anda sukar tidur pada waktu malam. Setelah punca dapat dikenalpasti, barulah mudah kita tanganinya.

Berikut adalah beberapa punca popular yang menyebabkan anak-anak anda sukar tidur malam.

1.Sudah menjadi kebiasaan perlukan bantuan untuk tidur

Ada anak perlukan buaian untuk tidur dan ada anak perlukan ibubapa di sebelah untuk tidur. Jika anak anda sudah besar sedikit, cubalah latih secara perlahan untuk tidurkan mereka tanpa buaian. Dan jika anda sudah berjaya melepasi fasa ini, cubalah latih mereka untuk tidur tanpa anda di sisi.

Antara bantuan-bantuan lain selain yang dinyatakan di atas adalah botol susu, puting dan lain-lain lagi. Kebanyakan ibu bapa terus membuang ‘bantuan-bantuan’ ini apabila anak sudah mencapai satu peringkat umur. Oleh kerana bantuan ini adalah rutin tidur mereka yang ditarik secara tiba-tiba, ia akan secara langsung mengganggu pola tidur anak anda. Belajarlah untuk menghapuskan bantuan-bantuan tersebut secara berkadar, dan bukanlah secara tiba-tiba.

2. Terlalu penat atau langsung tidak tidur siang.

Tidur siang atau ‘nap time‘ amat penting bagi anak kecil untuk mereka berehat sebentar. Tidur sekejap dapat mengembalikan tenaga mereka dan buat mood menjadi ceria. Jika seharian tidak tidur, mereka akan berasa penat. Namun, jangan khuatir. Ada sesetengah budak memang bukan jenis yang tidur siang, namun budak-budak ini selalunya akan tewas awal dek kerana kepenatan seharian.

Kebanyakan anak yang tidak tidur petang lebih cenderung untuk susah tidur di waktu malam dan mengamuk disebabkan mereka berasa penat sebenarnya. Cuba rutinkan anak untuk tidur waktu siang sekurang-kurangnya selama sejam. Pastikan waktu tidur siang anak anda itu tidak terlalu lama dan bukanlah pada lewat petang.

3. Terlalu banyak berehat/tidur

Samalah seperti yang dinyatakan di atas, memang anak perlukan waktu tidur atau waktu rehat pada siang hari namun perlu berpada-pada. Jangan dibiarkan tidur siang anak anda sehingga 3-4 jam. Jika anak anda tidur terlalu lama dan waktu tidurnya pula sudah menjengah lewat petang, sudah pasti anak anda akan mempunya tenaga yang banyak di waktu malam. Sekiranya anak anda sudah tidur terlalu lama, pastikan anak anda melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga yang banyak supaya tenaga yang tersimpan dapat disalurkan sebetulnya.

4. Rutin tidur anak tidak tetap

Ada budak diminta tidur jam 9 malam, esoknya jam 10 malam dan lain-lain waktu. Waktu yang berbeza menyukarkan anak anda untuk bersedia untuk tidur. Rutin tidur anak ini sebenarnya sudah boleh dibentuk semasa berpantang lagi. Ibubapa perlu ingat, rutin adalah perkara sama yang dilakukan setiap hari. Untuk melatih anak anda tidur awal, cipta satu rutin yang tetap dari mereka kecil agar fizikal dan mental mereka sudah terlatih untuk tidur malam dengan mudah.

5. Tidak sihat

Batuk tidak berhenti-henti, selsema, hidung tersumbat dan sakit lain-lain lagi boleh menyebabkan anak anda tidak selesa untuk tidur. Bagi bayi pula, kembung perut, lampin yang penuh, terlalu sejuk mahupun panas juga boleh menyebabkan mereka meragam dan sukar untuk tidur.

6. Takutkan sesuatu.

Mimpi ngeri adalah perkara biasa yang dialami oleh kanak-kanak terutamanya selepas mereka terlihat sesuatu yang menakutkan mereka. Apabila mereka terjaga dari tidur, kebiasannya mereka akan berasa ketakutan dan akan susah untuk tidur semula. Selalunya perkara ini akan surut sendiri seiring dengan usia anak anda.

7. Ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat boleh menyebabkan gangguan pola tidur, bergantung pada kekerapan ubat itu perlu dimakan. Ada ubat boleh menyebabkan mengantuk dan menyebabkan anak untuk tidur di bukan waktu tidur. Sebaiknya berbincang dengan doktor akan kesan ubat mengantuk ini berserta dos pemberian ubat yang betul.

8. Terdedah kepada gadjet.

Jaga masa skrin anak anda sekiranya mereka sudah didedahkan kepada gadjet! Peruntukkan 20 minit masa menonton gadjet dengan 2 minit waktu berehat dalam masa 20 minit tersebut. Ini untuk memberi ruang kepada mata anak anda untuk berehat. Selain itu, pastikan anak anda bebas gadjet dan televisyen sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur.Perkara ini boleh dilatih sedari kecil. Ini penting kerana otak anak anda akan sangat aktif selepas menonton televisyen dan juga gadjet.

9. Sifat ingin tahu yang tinggi

Kanak-kanak selalunya mempunyai imaginasi yang pelbagai terutamanya apabila sudah terbaring berseorangan di dalam bilik. Kadangkala mereka membayangkan perkara-perkara ajaib yang sedang berlaku di dalam rumah semasa semua orang sudah terbaring dalam bilik masing-masing. Bukan itu sahaja, sambil anak anda terbaring, mereka akan mengamati bunyi orang bersembang, bunyi televisyen (sekiranya masih ada yang menonton) dan sebarang bunyi di sekeliling rumah. Jika ada bunyi yang menarik perhatian mereka, mereka selalunya akan membayangkan pelbagai kemungkinan apa yang sedang terjadi dan ini membuatkan mereka sukar tidur. Sebaiknya, ibubapa pastikan rumah dalam keadaan senyap dan pasangkan white noise atau sebarang zikir yang menandakan itu adalah waktu tidur.

Ini adalah antara punca-punca yang mungkin menyebabkan anak anda sukar tidur pada waktu malam. Kenalpasti yang mana merupakan penyumbang kepada faktor anak anda sukar tidur dan carikan penyelesaian yang terbaik untuk anak anda demi kebaikan bersama. Semoga bermanfaat!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping