Manfaat Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil) Yang Ramai Tidak Tahu!

Kayu putih merupakan tumbuhan natif yang banyak didapati di Australia. Ramai yang mengenali minyak kayu putih dengan nama ‘eucalyptus oil’. Sekiranya anda perasan, minyak kayu putih banyak digunakan di dalam produk-produk yang membantu mengurangkan batuk, selsema dan sesak nafas. Ia juga boleh didapati di dalam krim dan minyak yang berfungsi untuk melegakan sakit urat dan otot.

Kayu putih dipercayai mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan walaupun tidak semuanya sudah dibuktikan dengan penyelidikan secara menyeluruh. Di bawah ini kami senaraikan beberapa kebaikan minyak kayu putih yang mungkin anda tidak sedari ataupun ketahu.

Bersifat anti-mikrobakteria

Pada penghujung abad ke 19, minyak kayu putih sering digunakan di kebanyakan hospital bagi mencuci kateter urin.Dengan itu, penyelidikan moden mula dijalankan bagi mencari sebab kenapa amalan ini dilakukan dan perlu dilakukan. Pada Febuari 2016, seorang penyelidik dari Serbia telah menemui bukti yang menyokong bahawa kayu putih sememangnya bersifat anti-mikrobakteria. Mereka mendapati dengan kehadiran minyak kayu putih, ia boleh menghasilkan interaksi positif dengan antibiotik sedia ada dan boleh dapat membantu dalam mengembangkan strategi rawatan untuk beberapa jenis jangkitan bakteria. Bukan itu sahaja, minyak kayu putih juga didapati dapat membantu mengurangkan jumlah mikrobakteria.

Selsema dan masalah pernafasan.

Kayu putih sering digunakan dalam rangkaian resepi untuk ubatan yang membantu melegakan simptom selsema contohnya di dalam ‘inhalants’.

Perubatan herba menggalakkan penggunaan daun segar pokok kayu putih untuk melegakan sakit tekak, selseama. Bukan itu sahaja, apabila anda menghidu wap minyak kayu putih ia dapat melegakan sesak nafas, selsema dan bronkitis. Ini kerana ia dipercayai boleh mencairkan kahak. Antara produk terkenal yang menggunakan minyak kayu putih di dalam kandungannya adalah Vicks Vaporub. Walau bagaimanapun, Vicks Vaporub tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.

Penjagaan Gigi

Sifat anti-bakteria dan anti-mikrobakteria kayu putih sering digunakan dalam penjagaan kesihatan mulut dan gigi. Kayu putih dikatakan dapat melawan bakteria yang boleh menyebabkan pereputan gigi dan pembengkakkan tisu sekitar gusi yang boleh menyebabkan gusi mengecut dan gigi bergoyang. Bukan itu sahaja, kayu putih juga boleh didapati di dalam ramuan ‘chewing gum’.

Boleh menghalau serangga

Kayu putih merupakan penghalau serangga yang sangat berkesan. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat telah mendaftarkan minyak kayu putih secara rasmi sebagai penghalau serangga. Bukan itu sahaja, pada tahun 2012, penyelidik dari New Delhi di India telah mendapati bahawa minyak kayu putih boleh menghentikan pembiakan telur lalat.

Jadi, minyak kayu putih bukan sahaj boleh digunakan untuk menghalau serangga malahan, kutu, hama dan juga lalat.

Melegakan kesakitan

Ekstrak kayu putih boleh bertindak sebagai pelega kesakitan manakala penyelidik juga mendapati bahawa minyak kayu putih bersifat ‘analgesic’ ; ejen yang boleh menghasilkan rasa tahan sakit dalam keadaan sedar.

Merangsang sistem ketahanan badan

Secara spesifiknya, minyak kayu putih ini didapati dapat membantu merangsang sistem ketahanan badan apabila ia didapati memerangkap dan menghapuskan bendaasing dalam badan melalui satu penyelidikan yang pernah dijalankan.

Bukan itu sahaja, minyak kayu putih juga didapati boleh membantu;

  • Arthritis’ (keradangan urat, urat sakit) – Minyak kayu putih bersifat anti-keradangan
  • Hidung tersumbat
  • Luka dan kesan melecur
  • Ulcers
  • Demam
  • Selsema

Kesan Sampingan & Langkah Berjaga-jaga

Menurut National Association for Holistic Aromatherapy (NAHA), sesetengah minyak pati tulen merbahaya, namun, buat yang sudah dikomersilkan, selamat digunakan sekiranya dibuat dengan betul. Amat penting untuk menggunakan minyak pati tulen yang original.

Produk-produk kayu putih selamat digunakan ke atas kulit, dengan syarat minyaknya dilarutkan  dengan ‘carrier oil’, sebagai contoh minyak zaitun. Jika tidak dilarutkan dengan ‘carrier oil’, ianya berrbahaya untuk kulit. Ia boleh menyebabkan kulit terasa panas dan rengsa. Ia juga tidak boleh digunakan di kawasan sekitar mata.

Adalah amat penting untuk anda melakukan ‘patch test’ dahaulu sebelum menggunakan produk yang mengandungi minyak kayu putih kerana ia boleh mengakibatkan reaksi alahan. Anda boleh meletakkan produk tersebut di lengan anda dan sekiranya tiada sebarang reaksi yang timbul, produk tersebut sesuai dan selamat digunakan.

Minyak kayu putih tidak boleh ditelan.

Buat sesetangah individu yang mempunyai asma, kayu putih boleh menyebabkan keadaan mereka bertambah teruk walau bagaimanapun, ada sestengan pesakit asma mendapati kayu putih dalam melegakan asma mereka. Ia nya berbeza mengikut individu.

Kesan sampingan yang lain adalah

  • Cirit birit
  • Loya
  • Muntah
  • Ketidakselesaan pada perut


Kesan keracunan kayu putih adalah pening-pening, rasa seperti tercekik, dan mata hitam mengecil.

Produk terkenal Tasneem Naturel yang mengandungi minyak kayu putih.

Terdapat dua produk terkenal Tasneem Naturel yang menggunakan minyak kayu putih sebagai ramuannya. Mereka adalah balsam CF Rub dan minyak urutan, Resty Oil. Kedua-dua produk ini mempunyai minyak kayu putih yang sudah dilarutkan dengan minyak badam manis dan juga minyak jojoba. Mereka juga sudah dilarutkan ke dos yang paling selamat dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

Balm CF Rub berfungsi untuk merawat bayi dan kanak-kanak yang menghadapi batuk, selsema dan juga demam. Ia tidak melekit, wangi dan tidak panas pada kulit. Manakala Resty Oil pula berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit anak anda dan juga boleh menghasilkan rasa ketenangan dan ceria pada merka. Resty Oil tidak mengandungi sebarang pewarna, tiada paraben dan juga sebarang minyak mineral.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart