Manfaat Minyak Jojoba

Minyak jojoba (disebut ho-ho-ba) adalah cairan daripada tumbuhan jojoba. Walaupun namanya adalah minyak, ia sebenarnya adalah cairan lilin tumbuhan jojoba dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lebam dan luka-luka.
Kini, minyak jojoba lazim digunakan bagi merawat jerawat, kulit terbakar akibat terdedah kepada matahari, psoriasis dan juga kulit kering. Ia juga merupakan ramuan utama dalam kebayakan produk melebatkan rambut.
Untuk pengetahuan anda, minyak jojoba merupakan minyak pembawa di dalam kegunaan pati minyak tulen, yang sering digunakan dalam produk semulajadi untuk kulit dan rambut. Ia sebenarnya pelembab kulit yang berkesan! Ini kerana, minyak jojoba kaya dengan vitamin E, vitamin B kompleks, dan lain-lain lagi. Ia juga kaya dengan iodin, di mana membuktikan minyak jojoba mempunyai kebolehan untuk menyembuh.

8 Kebaikan Minyak Jojoba

Melembabkan kulit

Betul ke minyak jojoba merupakan pelembab muka yang bagus? Ya betul! Ia sebenarnya merupakan manfaat utama minyak jojoba kerana ia boleh bertindak sama seperti minyak yang dihasilkan oleh kulit muka sendiri.
Kalenjar sebum kita adalah kalenjar yang sangat kecil di dalam kulit yang menghasilkan sebum. Tekstur dan kegunaan sebum adalah sama seperti minyak jojoba, iaitu untuk melembabkan kulit. Semakin usia meningkat, penghasilan sebum akan berkurangan, jadi kulit akan menjadi lebih kering, manakal untuk rambut, ia boleh menyebabkan kelemumur dan juga gatal-gatal.
Jojoba bertindak sebagai sebum dengan melembabkan kulit dan rambut di saat kulit kita mula mengurangkan penghasilan sebum. Ada sesetengah masa, badan akan menghasilkan sebum yang banyak, seperti contoh ketika proses akil baligh, dan ia boleh mengakibatkan kulit berminyak dan berjerawat. Dengan minyak jojoba, ia dapat membuang lebihan minyak yang terhasil untuk memastikan kandungan minyak kulit kita seimbang. Oleh itu, minyak jojoba sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai ekzema ataupun kulit kering.
Bukan itu sahaja, minyak jojoba juga adalah emolien – boleh melembabkan kulit dan mencegah kerengsaan pada kulit, dan juga pada kulit bersisik dan juga kering. Kulit kering terjadi kerana kehilangan air yang banyak pada lapisan paling atas kulit. Minyak jojoba membantu melembabkan kulit dengan membentuk satu lapisan minyak di atas lapisan kulit dengan tujuan untuk memerangkap air daripada hilang.

Membantu Menanggalkan Solekan.

Minyak jojoba sudah terbukti selamat dan berkesan untuk menanggalkan solekan anda. Ianya bukan sahaja berkesan untuk menanggal solekan, malahan bagus untuk kulit. Selamat digunakan untuk mata dan juga bersifat hypoallergenic – tidak menyebabkan sebarang reaksi alahan.

Mencegah Rasa Pedih Bercukur

Kini anda tidak lagi perlu menggunakan krim mencukur, gunakan minyak jojoba sebagai alternatif anda! Tekstur minyak jojoba yang sedikit berlilin membantu menghapuskan kemungkinan untuk terluka semasa bercukur. Tambahan pula, tidak seperti bahan kimia krim pencukur lain yang boleh menyebabkan pori anda tersumbat, minyak jojoba adalah 100% semulajadi dan menyihatkan kulit.
Sapukan minyak jojoba sebelum bercukur untuk menghasilkan permukaan yang lembut dan rata semasa mencukur dan boleh juga disapu selepas mencukur untuk merawat sebarang luka akibat mencukur, sekaligus dapat melembabkan kulit juga.

Menyihatkan Kulit

Bagaimana minyak jojoba membantu menyihatkan kulit? Tahukan anda, minyak jojoba adalah non comedogenic – tidak menyumbatkan liang pori. Walaupun ia adalah minyak, minyak jojoba bekerja sebagai pelindung dan juga pembersih kulit kita.
Minyak jojoba sangat kaya dengan iodin. Iodin melawan pembentukan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan kulit mengalami breakouts. Sifat minyak jojoba yang anti oksida juga membantu mengurangkan garisan halus dan kedutan pada muka.
Minyak jojoba juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit. Satu kajian telah dijalankan di Itali dan hasilnya menunjukkan minyak jojoba sememangnya mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Menyihatkan Rambut & Menggalakkan Pertumbuhan Rambut


Minyak jojoba membekalkan kelembapan dan membetulkan tekstur rambut anda, di samping merawat kulit kepala dan menghapuskan kelemumur. Anda juga boleh menggunakan minyak jojoba untuk mengilatkan dan melembutkan rambut anda serta menghilangkan keriting secara semulajadi. Minyak jojoba semestinya adalah pilihan yang lebih baik berbanding syampu dan perapi rambut lain yang mungkin mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya.
Minyak jojoba kini sudah mula digunakan untuk merawat rambur gugur. Satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa untuk merawat rambut gugur, penggunaan aromaterapi sangat berkesan. Pati minyak tulen seperti lavender, rosemary, cedarwood adalah merupakan antara pati minyak tulen yang berkesan untuk merawat rambur gugur. Namun begitu, pati minyak tulen didapati boleh menyebabkan kerengsaan kulit pada sesetengah orang. Jadi, dengan mencampurkan pati minyak tulen tersebut dengan minyak jojoba, efek tersebut dapat dihindari.

Mengandungi Vitamin E

Vitamin E memainkan peranan yang penting sebagai ejen anti oksida. Ia mampu menguatkan dinding kulit anda dan memperbaiki tahap kelembapan kulit dan keanjalan, sekaligus bertindak sebagai ejen anti penuaan dalam badan anda.
Bukan itu sahaja, vitamin E juga mengurangkan keradangan di dalam kulit dan badan anda, lalu membantu mengekalkan penampilan yang sihat dan muda kepada anda.

Mengandungi Vitamin B Kompleks

Vitamin B juga boleh bertindak sebagai ejen anti-oksida dan mereka membantu badan kita melawan radikal bebas dan juga kerosakan sel-sel. Ia bagus untuk kulit kerana boleh mengekalkan kestabilan hormone dalam badan secara semulajadi. Vitamin B5 pula membantu merawat sebarang reaksi kulit terhadap terapi radiasi dan juga mempercepatkan penyembuhan luka-luka. Bukan itu sahaja, vitamin B juga turut diketahui dapat menangguhkan penampilan penuaan seperti kedutan dan tompokan hitam pada kulit.

Melawan Kulat dan Jangkitan

Minyak jojoba mempunyai ciri-ciri anti kulat dan juga anti keradangan. Ia boleh merawat kulat jari kaki, ‘Athlete’s Foot’ dan juga menghapuskan ketuat.

Antara produk yang terkenal di Tasneem Naturel adalah minyak urutan, Resty Oil. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit, membantu kulit kering, memberi efek tenang dan ceria kepada si pemakai dan yang paling penting sesuai dipakai oleh semua peringkat umur. Semestinya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan kaya dengan minyak jojoba!

This Post Has One Comment

  1. Menariknya manfaat Jojoba Oil ni. Memang favourite kami sekeluarga. Sakit kepala pun sapu ni. Alhamdulillah pening hilang.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart