Contact us

My Cart
RM0.00
Kesan Negatif Laman Sosial kepada Si Anak

Kesan Negatif Laman Sosial kepada Si Anak

Zaman sekarang dah semakin canggih, semua benda kita hanya lakukan di hujung jari sahaja, betul tak? Tambahan pula jika anda mempunyai akaun laman sosial. Siapa je yang masih tiada akaun laman sosial pada era digital ini? Semua pasti ada! 

Daripada si kecil hinggalah pangkat datuk dan nenek. Bukan main aktif lagi bermain laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Twitter, Tiktok dan pelbagai lagi aplikasi laman sosial ye. Tetapi adakah anda peka tentang apa padahnya jika anak-anak anda terdedah dengan laman sosial? Hal ini amat signifikan kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya.

Keburukan laman sosial kepada tumbesaran si anak

  1. Pembaziran masa 

Jika kita lihat, anak-anak lebih cenderung untuk menghabiskan masa di laman sosial dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Lambakan aplikasi yang ada sekarang membuatkan fokus mereka lari kerana terlalu seronok di laman sosial. Ketagihan laman sosial akan menyebabkan si kecil melengah-lengahkan masa dan tidak cakna tentang arahan yang diberikan oleh para ibu bapa. 

     2. Terdedah kepada bentuk informasi tidak baik yang sedang tersebar luas

Cabaran yang dihadapi dalam melayari laman sosial adalah berkenaan dengan ketulenan atau kesahihan sesuatu berita atau maklumat tersebut. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memastikan anak-anak tidak terpengaruh dan tidak terdedah kepada sebarang informasi yang tidak baik. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan anak-anak anda kelak. 

   3. Terdedah kepada pelbagai bahaya khususnya yang melibatkan pedolifia

Ibu bapa perlu bertindak tegas dan mengambil tahu apa kegiatan si anak di laman sosial. Jangan biarkan mereka leka hingga memudaratkan diri. Hal ini kerana kes jenayah melibatkan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari. Ia termasuk kes pedofilia. Lazimnya, kes pedofilia ini adalah terdiri dari kaum lelaki yang cenderung untuk bersifat biseksual iaitu tertarik dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan. 

Pedofilia sangat gemar untuk mengambil gambar atau menyimpan video kanak-kanak sama ada berpakaian ataupun tidak. Sesiapa sahaja boleh jadi pedofilia. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal anak dalam melayari laman sosial. 

  4. Lebih gemar berkomunikasi secara maya dan tidak mampu berkongsi dengan baik di alam nyata 

Anak-anak gemar menghabiskan masa di laman sosial dan kurang berinteraksi dengan individu yang berada di sekeliling. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan laman sosial secara berlebihan atau tidak terkawal akan menyebabkan kesan negatif kepada kemahiran interpersonal serta kemerosotan prestasi akademik anak-anak. Ini mengakibatkan mereka bersikap ‘introvert’ dan kurang bersosial. 

Cegah sebelum terlambat!

Sebagai ibu bapa anda memainkan peranan yang penting dalam menangani kesan negatif laman sosial terhadap anak-anak. Keprihatinan ibu bapa memantau pergaulan anak-anak melalui laman sosial dapat mencegah kegiatan tidak berfaedah yang dilakukan anak-anak dari awal. Apa yang perlu anda lakukan? Jom sama sama kita ‘take note’ langkah ini.

  • Kawal penggunaan laman sosial dan gajet anak anda.

Jika kanak-kanak pada zaman dahulu hanya tahu bermain lego, baling selipar dan kejar-kejar, kanak-kanak zaman ini lebih advanced dengan YouTube, Facebook dan Instagram. Hadkan masa mereka di laman sosial agar mereka tidak menjadi ketagih. Elakkan penggunaan gajet dan laman sosial melebihi 30 minit sehari. 

  • Tunjukkan contoh teladan yang baik.

Jadilah ibu bapa yang mementingkan interaksi antara keluarga. Jika anda inginkan keluarga yang mesra, anda harus memulakannya terlebih dahulu.  Anak-anak sangat mudah terpengaruh dengan perilaku orang tuanya. Jadi luangkan masa untuk bermain dan bertukar cerita dengan anak-anak anda.

  • Pantau penggunaan laman sosial.

Kelonggaran untuk menggunakan laman sosial adalah tidak salah, tetapi sebagai ibu bapa anda perlu ajar mereka menggunakan cara dengan betul. Jelaskan kepada si anak apa yang perlu di lakukan dan apa yang tidak perlu. Anda juga boleh letakkan telefon kepada mod parenting control untuk mengelakkan mereka membuka laman-laman yang tidak sepatutnya.

  • Galakkan anak anda berkomunikasi

Wujudkan komunikasi  di mana-mana sahaja. Bukan sahaja pada waktu anak sedang bermain tapi juga pada waktu anak anda berkeseorangan. Ini akan membantu anak faham kepentingan belajar berkomunikasi. Sebagai ibu bapa, elakkan untuk bertanya soalan. Malah anda perlu lebih kepada menerangkan, ceritakan, komen tentang apa yang berlaku. Selain itu, galakkan mereka ‘mingle’ dengan orang sekeliling dan kurangkan melayari laman sosial. 

Sementara anak kecil ni lah kita perlu didik jika anak sudah besar kemungkinan besar mereka susah untuk menerima teguran. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Generasi yang lebih bermoral dan berwawasan dapat dilahirkan jika tidak terpengaruh dengan kesan  negatif laman sosial. Jom didik anak kita supaya lebih menikmati masa bersama keluarga. 

Masa yang ada sangat bermakna jika diluangkan bersama. Okay, ibu bapa sekalian? 

Moga artikel ini memberi manfaat buat anda! Jom sama-sama kongsi artikel ini kepada kenalan yang lain 😉 

 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping