Kebaikan Mengurut Anak Anda

Mengurut badan anak anda menawarkan pelbagai jenis kebaikan kesihatan kepada mereka. Dan sentuhan adalah merupakan tanda semulajadi yang akan dipamerkan oleh manusia sebagai tanda cinta dan sayang. Sentuhan dapat merangsang badan untuk membesar dengan positif. Mengurut sangat bagus untuk semua orang tetapi lebih memberi manfaat kepada anak anda kerana waktu kanak-kanak adalah masa di mana mereka akan membesar dengan cepat. Bukan itu sahaja, mengurut juga ia merupakan salah satu cara untuk merapatkan silaturrahim antara ibu bapa dan juga anak.

Menaikkan Berat Badan Bayi

Bayi pramatang selalunya akan menghadapi kesukaran untuk menaikkan berat badan. Sentuhan, selalunya diperoleh melalui urutan lembut dan pelukan, akan membantu menghasilkan hormon tumbesaran yang semestinya akan membantu tumbesaran bayi anda sekaligus membantu juga perkembangan otak dan juga organ-organ penting bayi. Satu penyelidikan telah dijalankan di Washington akan urutan terhadap bayi pramatang. Hasilnya menunjukkan bahawa bayi pramatang yang kerap diurut akan mempunyai kenaikan berat badan yang lebih banyak berbanding bayi pramatang yang jarang diurut.

Melegakan Stress dan Kebimbangan

Urutan dapat mengurangkan tahap hormon stress dan gula dalam darah. Menurut Maria Hernandez-Reif, penyelidik di Touch Research Institute, apabila tahap hormon stress dikurangkan, ia sekaligus dapat membantu pembentukan sistem pertahanan badan yang lebih baik. Sistem pertahanan badan anak anda melawan toksin, parasit, bakteria, virus dan lain-lain. Bukan itu sahaja, mengurut juga dapat membantu mengurangkan simptom asma dalam kalangan kanak-kanak dek kerana efek ketenangan yang diterima apabila mengurut.

Merangsang Perkembangan Motor

Kemahiran motor kanak-kanak berkembang sepanjang mereka membesar. Dengan urutan, ia dapat mengurangkan ketegangan dan kesakitan dalam perkembangan motor yang sebenarnya diperlukan untuk meluaskan lagi kemahiran motor anak anda.

Merangsang Perkembangan Kognitif

Menurut Early Child Development & Care, kanak-kanak pra sekolah memperolehi keputusan yang lebih baik dalam ujian IQ selepas 15 minit diurut, berbanding membaca buku sebelum ujian dijalankan. Urutan juga terbukti membantu fungsi otak sekaligus membantu melajukan pengiraan dan ketepatan dalam masalah matematik.

Resty Oil daripada Tasneem Naturel adalah minyak urutan yang diformulasi khas untuk membantu meredakan tantrum, memudahkan anak tidur lena, membantu mengurangkan demam, batuk dan selsema selain daripada memberi efek ketenangan. Ia diperbuat daripada pati minyak jojoba, rosemary, lavender, lemon, eucalyptus dan lain-lain lagi. Bahan-bahan semulajadi yang bebas paraben, dan sebarang bauan sintetik. Urutkan anak anda dengan Resty Oil ini, moga anak anda lebih tenang dan membesar dengan sihat.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart