Diabetes : Bukan Hanya Pada Orang Dewasa

diabetes

Penyakit ini sangat jarang berlaku pada kanak kanak berumur 5 tahun dan kebawah. Tetapi, sekiranya mereka menghidapi penyakit tersebut, ianya merupakan satu perkara yang amat serius. Artikel kali ini akan berkongsikan bagaimana untuk mengenalpasti simptom penyakit diabetes pada kanak kanak.

Apa Itu Diabetes

Penyakit ini merupakan sesuatu yang mampu mengancam nyawa dimana paras glucose (gula) dalam darah berada pada tahap yang tinggi. Glucose dikawal oleh hormon insulin, yang dihasilkan oleh pancreas. Penyakit ini akan berlaku sekiranya pancreas tidak berfungsi dengan baik ataupun apabila badan tidak menggunakan insulin dengan betul.

Terdapat pelbagai jenis diabetes yang berlainan. Paling biasa berlaku pada kanak kanak adalah diabetes tahap 1. Ini adalah penyakit auto imun dimana sistem imun dalam badan menghapuskan sel di dalam pancreas yang menghasilkan insulin. Kondisi ini merupakan penyakit yang akan berkekalan dan hanya boleh dirawat dengan menggunakan suntikan insulin.

Tahap 2 pula adalah lebih biasa dihidapi oleh orang berumur 40 dan keatas. Ianya berlaku apabila badan tidak menggunakan insulin dengan sebaiknya. Tahap 2 juga semakin kerap berlaku pada orang dewasa yang lebih muda tetapi sangat jarang untuk berlaku pada kanak kanak.

Perkara yang teramat jarang berlaku adalah dimana bayi lahir dengan penyakit ini. Selalunya, penyakit ini akan hilang dengan sendirinya apabila bayi tersebut berusia 1 tahun tetapi akan datang semula apabila dewasa.

Simptom Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Kebawah

Amat sukar untuk mengesan simptom penyakit ini pada kanak kanak. Simptom selalunya timbul dengan sangat pantas, dan ianya adalah seperti berikut :

  • berasa sangat dahaga dan lapar
  • kerap membuang air kecil
  • rasa penat dan lemah pada setiap masa
  • hilang berat badan tanpa sebarang sebab
  • masalah penglihatan secara tiba tiba
  • selalu meragam, gelisah ataupun murung

Sekiranya anak anda mempunyai simptom seperti di atas, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Sangat penting untuk merawat penyakit ini kerana ianya mungkin akan menjurus kepada masalah yang lebih serius seperti penyakit jantung, atau kerosakan pada buah pinggang, saraf, kulit dan penglihatan.

Mengapa Penyakit Ini Terjadi

Punca penyakit diabets tahap 1 tidak dapat dikenalpasti tetapi mungkin ada sejarah penyakit ini dalam keluarga. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri sekiranya penyakit ini terjadi.

Tahap 2 pula selalunya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan ataupun diet yang tidak seimbang. Walaupun tahap 2 adalah sangat jarang berlaku pada kanak kanak, kebanyakan orang cenderung untuk menghidapi penyakit ini sekiranya mereka mempunyai berat badan yang berlebihan semasa kecil. Pastikan anak anda mengamalkna diet yang seimbang dan selalu bersenam. Pastikan berat badan mereka berada pada tahap yang optimum untuk membantu menghindari penyakit ini pada masa akan datang.

Sekiranya anda menghidapi penyakit ini semasa hamil, anak anda juga mungkin berisiko menghidapi penykit ini kelak. Selalunya, tahap 2 dapat dielakkan dengan mengamalkan makan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal dan senaman.

Rawatan Diabetes Untuk Kanak Kanak

Kanak kanak yang menhidapi penyakit ini memerlukan suntikan insulin beberapa kali sehari. Cara lain adalah dengan menggunakan pam insulin, alatan kecil yang perlu dipakai selama 24 jam yang akan menghantar insulin kepada tubuh badan melalui tiub plastik. Anda perlu sentiasa memerhatikan para glucose dalam darah, sehingga 6 kali dalam masa sehari.

Untuk memastikan glucose berada dalam tahap yang betul, anda perlu berhati hati dalam mengimbangi diet, aktiviti fizikal yang dilakukan dan insulin.

Anda juga boleh memastikan mereka kekal sihat dengan memberikan diet yang seimbang serta memastikan mereka melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com