Contact us

My Cart
RM0.00

Cara Azan Bayi Baru Lahir

Pertama sekali, tahniah buat anda yang sedang membaca ini! Tahniah kerana anda mungkin bakal dan sudahpun menimang cahaya mata ataupun anak saudara mahupun mana-mana ahli keluarga yang lain.

Pastinya keseronokan ini sukar digambarkan dengan kata-kata dan kami yakin adalah merupakan impian setiap ibubapa untuk menyambut kedatangan cahaya mata masing-masing dengan sahutan azan / iqamah.

Tahukah anda?

Tahukah anda, bacaan azan dan iqamah di telinga mereka ini merupakan sunnah yang dianjurkan oleh nabi kita, Muhammad SAW. Perkara ini telah dilihat dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ke atas Husein bin Ali.


رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ (صلى الله عليه وسلم) أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَة ِرضي الله عنهم

Maksudnya; Aku melihat Rasulullah SAW. mengadzankan seperti adzan solat pada telinga (cucunya) Husein bin Ali ketika Fatimah RA melahirkannya.

Ahli keluarga lelaki bagi bayi baru lahir seharusnya membacakan azan dan iqamah terhadap bayi tersebut. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kehadiran sesiapa pun ahli keluarga lelaki bayi tersebut, adalah dibolehkan bagi ahli keluarga perempuan untuk membacakan azan dan iqamah hatta ibu bayi tersebut itu sendiri.

Bagi ibubapa yang tidak sempat membacakan azan di telinga anak sebelum ini, tidak mengapa. Ini bukanlah perkara yang diwajibkanAllah SWT, dan tidak jatuh hukum dosa ke atas ibubapa tersebut.

Bacaan azan dan iqamah ini juga adalah bertujuan untuk melindungi bayi daripada gangguan jin yang suka menganggu bayi iaitu Ummu Sibyan.

LANGKAH MENGAZANKAN BAYI;

  1. Letakkan kepala bayi menghadap kiblat.
  2. Bacakan azan di telinga sebelah kanan bayi.
  3. Bacakan iqamah di telinga sebelah kiri bayi.
  4. Letakkan bayi semula ke atas katilnya dengan perlahan.

Sebagai maklumat tambahan, bagi sesiapa yang membacakan azan, orang tersebut tidaklah perlu sehingga meletakkan jari di telinganya. Perkara ini sering dilihat ketika muazzin melaungkan azan secara kuat bagi memanggil umat Islam menunaikan solat. Cukuplah sekadar membacakan azan dengan suara biasa kerana bacaan ini bukanlah bertujuan untuk menyeru orang ramai menunaikan solat.

Selain daripada itu, apabila tiba bahagian bacaan ‘Hayya ‘Alas Salah’ di dalam azan dan juga iqamah, adalah digalakkan agar ayat tersebut dibacakan di telinga sebelah kanan bayi tersebut.

Jadi bagaimana? Kami berharap info ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa di luar sana.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Color
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping