Dilema Pam Susu: Manual atau elektrik? Single atau Double?

Dilema memilih pam susu adalah perkara biasa yang akan dialami ibu-ibu baru. Anda akan pening memikirkan jenama apa yang sesuai, yang mana paling berkesan untuk ekspreskan susu anda dan yang mana murah tetapi serasi dengan anda. Tahukah anda, pemilihan pam susu adalah sangat penting buat ibu-ibu bekerja ataupun ibu yang memang menggunakan pam 100% bagi meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun? Sememangnya benar, ada sesetengah pam yang tidak sesuai dengan anda kerana tidak dapat mengekspreskan susu badan sehingga betul-betul kosong. Jadi nak pilih yang mana ini?

Pam Susu Manual atau Elektrik?

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan adalah sama ada nak beli pam manual ataupun elektrik. Untuk memilih sama ada manual ataupun elektrik, anda perlu pertimbangkan berapa kali akan anda pam sehari, berapa lama anda akan gunakan pam tersebut, dan jangkaan masa yang akan diambil semasa mengepam. Sekiranya anda seorang ibu yang bekerjaya, anda diwajibkan untuk mengepam setiap 2 jam bagi mengelakkan anda mengalami bengkak susu atau lebih teruk , mastitis.

Pam Susu Elektrik

Pam susu elektrik atau pun bateri adalah lebih baik sekiranya anda akan mengepam susu secara kerap contohnya jika anda mahu mulabekerja ataupun bayi anda berada dalam wad yang menyebabkan anda tidak dapat menyusu badan secara langsung. Pam elektrik/bateri juga sangat bagus dalam menjimatkan masa kerana ia susu lebih cepat di ekspreskan berbanding pm manual. Beikut merupakan ciri yang patut anda pertimbangkan semasa memilih pam elektrik/bateri;

  1. Pam yang mempunyai pilihan untuk suction level. Mudah utuk anda memilih level yang paling hampir dengan hisapan bayi anda.
  2. Pam yang mempunyai pilihan untuk massage dan juga expression. Anda boleh tukar bila-bila masa untuk massage dan juga ekpresi.
  3. Pam yang ringan. Pam yang ringan penting supaya anda tidak terasa terbeban untuk membawa pam anda ke mana-mana.
  4. Pam yang tidak bising. Semestinya anda tidak mahu menarik perhatian orang sekeliling ketika mengepam bukan?

Pam Susu Manual

Pam susu manual sangat berguna sekiranya anda hanya mengepam sekali-sekala contohnya apabila anda tiba-tiba terpaksa berjauhan dengan bayi ataupun anda mengalami bengkak susu secara tiba-tiba. Pam susu manual sangat ringan dan semestinya anda tidak perlu risau akan bekalan elektrik ataupun bateri ketika ingin menggunakannya. Sesetengah ibu akan merasakan tangan mereka mudah lenguh ketika menggunakan pam susu manual. Sebagai penyelesaian, cuba cari pam susu manual yang ergonomik ya.

Pam Susu Elektrik Yang Single ataupun Double?

Semua ibu semestinya faham akan betapa pentingnya untuk jimatkan masa semasa mengekspresi susu badan. Anda boleh jimat masa mengepam susu dengan menggunakan pam susu elektrik double! Masa mengepam menggunakan pam susu elektrik double hanya mengambil masa 15 minit berbanding pam susu elektrik yang single!
Tahukah anda, apabila anda mengepam susu serentak di kedua-dua belah, ia akan membantu merangsang lebih hormone prolaktin dan juga membuatkan pengeluaran susu badan lebih produktif. Anda juga boleh memakai bra yang sesuai untuk mengepam susu di mana anda tidak perlu memgang botol anda sepanjang masa.
Pam elektrik yang single sesuai sekiranya anda ingin menyusukan anak serentak dengan mengepam. Pam susu elektrik single juga sesuai buat ibu-ibu yang tidak mampu berbelanja lebih untuk pam susu.

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada ibu-ibu semua ya. Pilihlah mana-mana pam yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart