Difteria – Vaksin atau Maut?

Masihkah anda ingat sebuah kes kematian kanak-kanak di Johor akibat penyakit Difteria? Sudah lama kita tidak mendengar kematian disebabkan penyakit Difteria. Kenapa sekarang kembali semula? Hasil siasatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak tersebut langsung tidak menerima imunisasi sejak lahir. Salah siapa? Adakah ibu bapa yang tidak tahu akan bahaya penyakit Difteria? Ataupun ada sebab-sebab lain? Jadi, topik pada hari ini adalah, Difteria: Vaksin atau Maut?

Apa itu Difteria?

Difteria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae . Bakteria ini akan menjangkiti bahagian tekak dah menghasilkan lapisan tebal tisu mati dan keradangan pada tekak dan hidung yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas ataupun menelan. Ia juga boleh menyebabkan bengkak leher. Penyakit ini berbahaya kerana ia boleh menyerap ke dalam darah lalu melumpuhkan saraf, menyebabkan keradangan jantung dan akhirnya menyebabkan kematian. Kadar kematian penyakit difteria adalah tinggi, iaitu sebanyak 25% – 50%.

Difteria boleh tersebar apabila sesorang yang menghidapi difteria batuk dan bersin, atau sentuhan fizikal dengan pesakit difteria.

Apa itu Vaksin Difteria?

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Siapa yang TIDAK PERLU AMBIL vaksin Difteria?

Vaksin difteria ini perlu diambil oleh semua orang. Namun, anda tidak perlu mengambil vaksin difteria sekiranya;

  • Anda mempunyai alergi terhadap kandungan vaksin yang boleh membawa maut
  • Anda pernah mengalami tindak balas serius terhadap vaksin difteria, kancing gigi ataupun batuk kokol sebelum ini.

Anda juga perlu memberitahu doktor sebelum divaksinkan sekiranya;

  • Mempunyai masalah sawan (pergerakan secara tiba-tiba atau tidak normal) atau sebarang masalah saraf
  • Pernah mengalami kesakitan ataupun bengkak selepas pengambilan vaksin difteria, kancing gigi ataupun batuk kokol.
  • Pernah/sedang menghidapi penyakit Have had Sindrom Guillain-Barré

Kesan sampingan vaksin Difteria

Anda dinasihatkan agar memastikan badan anak anda betul-betul sihat sebelum pengambilan vaksin. Kesan sampingan vaksin Difteria yang mungkin anak anda alami adalah ringan dan akan pulih dalam beberapa hari sahaja. Antara kesan-kesan yang mungkin anak anda alami adalah;

  • Sakit, bengkak atau kemerah-merahan di kawasan suntikan
  • Demam yang tidak tinggi suhu
  • Sakit kepala atau badan sakit-sakit
  • Mudah mengamuk

Vaksin Difteria ini juga boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang berikut tetapi peratusnya kebarangkaliannya sangat rendah. Antara kesan-kesan sampingan yang lain adalah;

  • Sawan (Lebih kurang 1 dalam 14,000 kanak-kanak).
  • Menangis tanpa henti
  • Demam suhu tinggi (39 darjah Celcius dan ke atas)

Sama seperti kebanyakan ubat-ubat yang lain, vaksin Difteria juga mempunyai peratus kebarangkalian yang rendah yang boleh mengakibatkan reaksi serius terhadap anggota badan.

Tetapi ingat, menerima vaksin Difteria adalah lebih selamat berbanding menerima penyakit Difteria! Kongsikan pada ibu bapa yang lain ya.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart