POSISI TIDUR BAYI

Tahniah buat ibubapa yang baru sahaja menimang cahaya mata! Semestinya anda rasa excited, lebih-lebih lagi buat ibubapa yang baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama.
Posisi tidur bayi yang betul dan selamat WAJIB diketahui oleh ibubapa tau! Perkara ini penting bagi mengelakkan Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-tiba ataupun Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Posisi Tidur Bayi Yang Betul

Tidur terlentang

Peratusan SIDS dapat dikurangkan secara signifikan jika bayi tidur secara terlentang. Latih bayi anda untuk tidur secara terlentang sama ada semasa tidur siang mahupun tidur malam.
Kami faham sekiranya ada ibubapa yang gusar akan bentuk kepala bayinya yang akan leper / rata apabila bayi mereka tidur terlalu lama dalam posisi terlentang. Tetapi, tahukah anda, apabila bayi mula menginjak umur setahun, kepala mereka akan kembali kepada bentuk normal? Berikut kami kongsikan tips-tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kondisi kepala bayi leper / rata .

  1. Kerapkan ‘tummy time‘ apabila anak berjaga.
  2. Baringkan juga bayi secara mengiring semasa mereka berjaga.
  3. Kurangkan masa di dalam stroller / car seat semasa mereka berjaga.
  4. Banyakkan ‘cuddle time’

Posisi Tidur Bayi Yang Salah

Tidur Meniarap

Tahukah anda bayi yang tidur meniarap akan mengalami tekanan di bahagian rahangnya dan boleh mengakibatkan laluan udara menjadi sempit dan menyukarkan mereka untuk bernafas? Bukan itu sahaja, oksigen di otak akan lebih menjadi rendah. Mereka mungkin kelihatan lena tetapi ada banyak perkara yang berlaku pada masa yang sama.
Bayi yang tidur meniarap di atas tilam yang lembut berkemungkinan akan lemas dek kerana ketidakupayaan mereka untuk mengangkat dan mengalihkan kepala mereka sendiri. Dan yang lebih menakutkan, mereka juga berkemungkinan menghirup udara yang mempunyai kuman (microbes) dari tilam mereka.
Jadi, elakkan bayi untuk tidur secara meniarap ya, melainkan di atas sebab-sebab medikal.

Tidur Mengiring

Tidur mengiring dibenarkan sekali sekala JIKA ibubapa berjaga. Tidur mengiring tidak digalakkan untuk bayi kerana berkemungkinan besar mereka akan tergolek dan tidur secara tertiarap. Jadi jika mereka tidur mengiring semasa ibu bapa berjaga, ibubapa boleh alihkan semula bayi mereka ke keadaan tidur terlentang.

TIPS EKSTRA UNTUK BAYI TIDUR DENGAN SELAMAT

  1. Jangan guna cadar yang terlalu lembut dan longgar, takut ia menutup kepala bayi.
  2. Jangan letak terlalu banyak benda dalam katil bayi. Biar ringkas!
  3. Jangan tutup kepala bayi dengan selimut atau kain.
  4. Jangan pakaikan pakaian yang tebal, takut mereka terlalu panas.
  5. Guna baby monitor.
  6. Kongsi bilik yang sama dengan si manja. Tapi, jangan kongsi katil! Biar mereka di dalam katil sendiri
  7. Sapukan Sleep Time / Calm Time balm Tasneem Naturel untuk tidur lebih lena dan selesa.

Semoga bermanfaat untuk ibubapa semua. Semoga si manja anda sentiasa dilindungi !

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart