5 Cara Hilangkan Sembelit Si Manja | Tasneem Naturel
5 Cara Hilangkan Sembelit Si Manja

5 Cara Hilangkan Sembelit Si Manja

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut :

  1. Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
  2. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.

Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.

Tanda-tanda Bayi Sembelit

Bayi yang mengambil susu badan tidak semestinya akan berak setiap hari. Kesemua nutrien yang berada di dalam susu ibu selalunya habis diserap oleh bayi. Oleh itu, kebanyakkan bayi yang menghisap susu ibu selalunya tidak mengalami masalah bayi sembelit.

Bayi yang mengambil susu formula pula akan membuang air besar sekali ataupun lebih daripada sekali sehari. Oleh itu, masalah bayi yang tak berak sangat bergantung kepada jenis susu yang diambil oleh bayi. Ia juga bergantung dengan jenis makanan yang diambil oleh bayi ataupun kanak-kanak.

Beberapa tanda bayi sembelit adalah:

1) Kurang buang air besar

Bilangan buang air besar oleh bayi selalunya tidak tetap setiap hari. Jika anak anda tidak buang air besar selama beberapa hari kemudian mempunyai najis yang keras, anak anda mungkin mengalami sembeli

2) Meneran

Jika anak anda seperti meneran ketika ingin membuang air besar tetapi hanya sedikit najis yang keluar, anak anda mungkin sedang menghadapi sembelit

3) Darah pada najis

Jika anda perasan pada najisnya mempunyai darah, ia menandakan anak anda telah meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najis tersebut hingga mencederakan duburnya.

4) Perut yang kembung

Perut yang kembung dan keras, mungkin petanda anak anda mempunyai masalah ini.

5) Tidak mahu makan

Anak anda mungkin cepat kenyang dan tidak mahu makan ataupun menyusu disebabkan perut yang sudah penuh.

Cara Merawat Sembelit

Jika anda perasan anak anda mengalami sembelit, terdapat beberapa cara yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Cara-caranya adalah:

1) Tukar susu

Jika anak anda, menyusu badan sahaja, anda boleh tunggu beberapa hari untuk melihat samada bayi itu dapat buang air semula ataupun tidak. Tetapi jika tidak, ibubapa perlu membawa bayi ke klinik untuk pemeriksaan. Jika bayi tersebut sudah mula makan, anda boleh cuba mengubah diet dalam permakanannya.

Bayi yang mengambil susu botol mungkin boleh menukarkan jenis susunya.

2) Tingkatkan pengambilan serat

Kanak-kanak yang sudah mula mengambil makanan boleh meningkatkan pengambilan serat supaya najis lebih lembut dan mudah dikeluarkan. Beberapa jenis makanan yang tinggi serat adalah:

  • Broccoli
  • Sayur sayuran yang lain
  • Buah pear
  • Buah prun
  • Buah epal

3) Berikan makanan dalam bentuk Puri

Jika umur bayi telah lebih 6 bulan dan mula mengambil makanan yang lembut, pengambilan makanan berbentuk puri iaitu sayur-sayuran yang dilenyekkan adalah sesuai untuk bayi yang mengalami masalah ini.

4) Berikan air lebih

Air yang mencukupi akan menyebabkan makanan dalam usus dapat bergerak seperti biasa. Air dan susu adalah cecair yang sesuai untuk memastikan anak anda sentiasa terhidrasi.

5) Senaman ringkas untuk bayi

Senaman ringkas juga baik untuk bayi. Baringkan bayi diatas tilam ,kemudian mula menggerakkan kakinya seperti dia mengayuh basikal. Urutan yang mesra dan lembut menggunakan minyak bayi juga dapat membantu menenangkan bayi.

Kami sarankan anda menggunakan balm T-Rub atau blend oil Tasneem Naturel. Balm dan blend oil ini selamat digunakan oleh bayi kerana menggunakan bahan yang berasaskan bahan semulajadi iaitu essential oil.

Contoh urutan untuk melegakan sembelit dan perut kembung bayi

Jika anak anda mengalami simptom-simptom seperti:

  • Muntah dengan kerap
  • Perutnya membesar lebih daripada biasa
  • Bayi berterusan menangis
  • Bayi nampak keletihan dan lembik
  • Tidak mahu menyusu ataupun makan

Sila bawa jumpa pakar dengan segera! Anda tidak digalakkan untuk memberikan ubat kepada bayi tanpa nasihat dari doktor.



Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart