Ylang-ylang ; si manis yang menenangkan. | Tasneem Naturel
Ylang-ylang ; si manis yang menenangkan.

Ylang-ylang ; si manis yang menenangkan.

Ylang-ylang atau nama kampungnya, bunga kenanga merupakan tumbuhan berasal dari hutan malar hijau dan banyak terdapat dikawasan tropika yang natif dari kawasan Indo-Malayan (termasuk Malaysia). Bunga kenanga adalah sejenis bunga yang mengeluarkan bau wangi dan harum. Jadi tak hairanlah jika bunga ini dikenali dengan nama ‘perfume tree’. Wangi beb.

Sumber : Dr Axe

Bunga yang biasa ditaburkan di atas tempat tidur pengantin baru ini ternyata memiliki banyak khasiat setelah melalui proses distilasi menjadi essential oil. Minyak kenanga (yg dah jadi essential oil) sangat sesuai dijadikan aromaterapi kerana dapat mengatur aliran kelenjar adrenalin dalam sistem saraf sehingga menimbulkan perasaan senang dan  tenang serta menghilangkan rasa gelisah, marah dan panik.

Antara khasiat lain si ylang-ylang ni;

🌷Membantu stabilkan hormon
🌷Baik untuk kesihatan kulit dan rambut
🌷Memberi ketenangan
🌷Mengurangkan masalah emosi (trauma)

Ha! Sebab tu kita masukkan minyak pati ylang-ylang ni dalam balm sleeptime. Senang bagi tidur. Mata yg celik, luas dan bertenaga pun boleh tumbang bila kena calit dgn balm ni. Elok untuk anak mak, elok jua untuk mak. Maka beradulah kalian bersama-sama. Ewahhh.

Gabungan ylang-ylang dan pati tumbuhan lain seperti lavender, cedarwood dan lain-lain dalam balm sleep time membantu anak kecil untuk tidur lebih lena dan bangun dalam mood yang ceria.

Balm ini boleh didapati di Shopee atau melalui konsultan kami.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart